|
E: Konsert BAGAIKAN SAKTI 1 JANUARI 2010 (SIARAN LANGSUNG @ ASTRO)
[Copy link]
|
|
MENGUMUMKAN BAHAWA DATO SITI SUDAH TIBA DI AIRPORT!!!
khyree Post at 31-12-2009 13:32
ni buktinya..haha |
|
|
|
|
|
|
|
kannn.. hehehe.. aku sampaikan berita dari rumah jek... coz nak jemput zoners lahhhh.... mmg gerak ati nak pergi.. tapi terlari larik nanti!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ditanya tentang kelainan yang akan ditampilkannya di dalam konsertini, kata Siti, tidak banyak perbezaan yang akan dilakukan seperti manakonsert-konsertnya sebelum ini. Selain menyanyikan kira-kira 14 ...
khyree Post at 31-12-2009 13:22
asl tak m nasir wat satu lagu duet tuk KD ngan ct kan |
|
|
|
|
|
|
|
ktibaan mnasir maner khai...hahahaha motifff |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi gambo DCT rehearsal ngan M.Nasir
Credit : mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
M. Nasir jejak singapore xde gambar exclusive ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
menunggu lebih kurang 7 jam untuk mlm nieee..... |
|
|
|
|
|
|
|
kann... korang kat KL tak sabar nak tengok kat TV, aku llagiklahhhhhh tak sabar nak jejak esplande.... layan CTKD dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
amboii besaq nya spek tokti...xder besar laie ker??? |
|
|
|
|
|
|
|
wah! tak sabar nak tengok DCT malam ni..mintak2 la cuace cerah je mlm ni kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by uwekkk at 1-1-2010 15:28
Mana Konsert 1 Wajah?
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]
asyik tepek pic senyum jek, skali skala nk jg masam..wakaka
credit to: wartawan tu.
PERTAMA kali Nasir dan Siti digandingkan dalam sebuah konsert istimewa di Singapura.
SEBELUM ini Konsert Satu Wajah M Nasir yang sepatutnya berlangsung pada Julai lalu ditangguhkan penganjur atas alasan ingin memberi laluan kepada penaja mengatur semula strategi pemasarannya.
Maya Maxis Creative, selaku penganjur turut memaklumkan bahawa satu tarikh baru akan diumumkan dan besar kemungkinan konsert itu dianjurkan selepas Aidilfitri lalu.
Namun, sehingga kini, tiada khabar terbaru yang menunjukkan tanda-tanda konsert itu akan diadakan. Malah, dalam laman facebook milik penyanyi yang mendapat jolokan sifu ini, turut memberitahu yang konsert ini ditangguhkan sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Persoalannya, bilakah tarikh baru itu akan diumumkan, sedangkan peminat penyanyi ini sudah tidak sabar-sabar untuk melihat dia beraksi di pentas Stadium Negara.
Kali terakhir Nasir membuat persembahan di stadium itu pada 1994, menerusi Konsert Canggung Mendonan. Selepas 15 tahun sudah tentu si empunya diri begitu teruja untuk mengulangi detik-detik manis yang pernah dilaluinya.
"Saya sendiri tidak tahu apakah status konsert itu. Saya tidak dimaklumkan apa-apa oleh penganjur. Sehingga kini mereka senyap saja. Mungkin pihak pengurusan saya lebih mengetahui perkara ini," kata Nasir ketika ditemui pada sesi raptai Konsert Bagaikan Sakti di Bsync Productions di Kuala Lumpur, malam Selasa lalu.
M NASIR akui tidak tahu akan status terkini konsert 1 Wajah.
Hadir sama, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengarah Urusan Beyond DDB Sdn Bhd, Amin Hussen.
Untuk konsert yang diadakan di Esplanade, Singapura pada malam tahun baru itu, Nasir berduet dengan penyanyi wanita tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.
Biarpun tidak menunjukkan sebarang perasaan kecewa, namun dari riak wajahnya seolah-olah menyatakan yang dia sudah tawar hati untuk meneruskan konsert itu.
"Saya bukanlah seorang yang mudah kecewa dengan hal seperti ini. Kalau betul mereka ada masalah, kenapa sedari awal mereka tidak maklumkan pada saya," tegasnya.
M NASIR dan Siti menyampaikan lagu Suatu Masa dan Bagaikan Sakti dengan penuh perasaan.
Begitupun, apabila ada yang dapat menghidu kononnya konsert ini seolah-olah tidak dapat direalisasikan, mereka dengan pantas menawarkan konsert yang sama kepada penyanyi, komposer, pelakon, pengarah, penulis dan pelukis ini.
"Memang ada yang menawarkan konsert solo pada saya apabila mereka dapat tahu yang status konsert ini yang masih menjadi tanda tanya. Tapi saya lebih suka dengan Konsert Bagaikan Sakti ini, yang menggabungkan saya dengan Siti. Dalam hal ini tak timbul saya tumpang populariti Siti kerana saya sendiri yang memilih dia untuk menjadi rakan duet saya," kata Nasir sambil dipersetujui Siti yang berada di sebelahnya.
Mengenai perancangannya menjelang tahun baru ini, Nasir berkata dia akan menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja penerbitan dan pengarah filem.
"Buat masa ini saya sedang dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah filem. Masih dalam peringkat awal lagi dan ceritanya berunsurkan aksi dan juga serius. Mungkin saya akan terbabit sebagai pengarah saja dalam cerita ini.
"Walaupun saya mahu meneruskan usaha untuk lebih aktif dalam bidang penerbitan, namun pada masa sama, album tidak pernah saya lupakan. Buat masa ini, saya masih lagi mencari material dan lebih kurang 25 peratus sudah pun dihasilkan," katanya.
Ditanya apakah dia masih berminat untuk meneruskan filem Aduh!Saliha yang sudah tertangguh sekian lama ini, dengan pantas Nasir mengatakan yang dia sudah pun melupakan terus perkara itu.
"erkara itu sudah lama saya tolak ke tepi," katanya penuh makna.
Astro siar Konsert Bagaikan Sakti
Sementara untuk Konsert Bagaikan Sakti, khabarnya Nasir dan Siti akan menyanyikan sebuah lagu baru, selain lagu popularnya bersama Siti iaitu Bagaikan Sakti. Dan apakah mungkin lagu itu dimuatkan dalam sebuah album khas yang akan menggabungkan dua penyanyi hebat ini?
"Memang saya ada mencipta sebuah lagu khas untuk konsert ini dan Siti ditugaskan untuk menulis liriknya. Namun judulnya masih belum ada. Mengenai album berdua, itu belum terfikir lagi, tengoklah macam mana," kata Nasir sambil tergelak besar.
Dalam pada itu, Siti yang turut serta dalam sidang media itu berkata dia begitu teruja apabila mendapat tahu dia akan bergandingan dengan penyanyi pujaannya dalam sebuah konsert khas di Singapura.
"Sebelum ini kami memang selalu berkongsi pentas dalam beberapa majlis atau program televisyen. Namun inilah kali pertama kami berduet dalam sebuah konsert di luar Malaysia. Memang Siti gembira sangat kerana dia adalah penyanyi kesukaan Siti.
"Antara lagunya yang Siti suka ialah Suatu Masa dan Bonda," kata penyanyi yang baru saja melahirkan album duet bersama Krisdayanti. Sebanyak 12 lagu solo akan mereka sampaikan dalam konsert yang memakan masa tiga jam ini dan enam buah lagu pula akan dinyanyikan secara duet.
Apa yang menarik mengenai konsert ini adalah, tiketnya sudah pun terjual selepas seminggu kaunter jualan dibuka dan secara tak langsung mencatat kenangan manis buat dua penyanyi ini.
"Sebelum ini pun Siti pernah membuat persembahan di sana dan tidak dinafikan orang Singapura memang suka apabila ada artis yang datang membuat persembahan di sana. Jadi apabila tiket konsert ini laku, Siti tak hairan. Lagipun abang Nasir masih mempunyai tarikan tersendiri, Siti yang tumpang dia bukan dia tumpang populariti Siti," akuinya sambil ketawa.
Konsert istimewa ini juga bakal menyaksikan dua pengarah muzik terkemuka akan bekerjasama iaitu Aznan Alias dan Aubrey Suwito. Nasir di bawah pimpinan Aznan, manakala Siti pula bersama Aubrey serta diiringi 30 pemuzik.
Dalam perkembangan berkaitan, konsert ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Box Office Events (saluran 955). Menurut Khairul, pelanggan Astro bolehlah menyaksikan konsert ini dengan harga RM10
"Apabila melanggan, selain menonton secara langsung, mereka juga boleh menonton siaran ulangan yang akan bermula 2 Januari hingga 10 Januari. Kalau durasi konsert itu 3 jam, bermakna penonton boleh menyaksikan konsert itu sebanyak lapan kali dalam masa sehari," kata Khairul.
suka baca knyataan yg d highlight tu.. ada harapan utk album, ada lawak sinis dr CT, M.Nasir suka ngn konsert ni n pcayakan CT tulis lirik lagu dia, n konsert d ulang tayang mybe smpai |
|
|
|
|
|
|
|
cam ada bau2 next duet album by tokti jer pasni... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by uwekkk at 1-1-2010 18:17
nk share lagi..bacalah klu rajin yek..
Sakti sulung Siti dan M. Nasir
Oleh HARYATI KARIM
[email protected]
M. NASIR dan Siti bersungguh-sungguh berlatih untuk konsert Bagaikan Sakti yang berlangsung di Singapura malam ini.
BELUM pun sempat promosi diadakan dua minggu sebelum konsert berlangsung, tiket telah habis dijual. Itulah penangan yang diberikan oleh dua penyanyi hebat, Datuk Siti Nurhaliza dan Sifu M. Nasir apabila mereka bergabung dalam konsert yang diberi nama Bagaikan Sakti.
Konsert yang akan berlangsung di Esplanade, Singapura pada 1 Januari sempena membuka tirai tahun 2010 itu buat pertama kalinya menggabungkan mereka berdua dalam sebuah konsert besar.
Siti yang ditemui semasa sesi latihan di Petaling Jaya baru-baru ini memberitahu, M. Nasir merupakan penyanyi lelaki yang dihormati dan dikaguminya.
Justeru, undangan yang dilayangkan daripada Beyond Events Sdn. Bhd. diterima dengan hati yang terbuka.
"Ini pertama kali saya berkongsi pentas dalam sebuah konsert dengan penyanyi lelaki. Perasaan saya pastinya gembira dan seronok sebab kami pernah beberapa kali buat persembahan pentas bersama dan menyanyikan lagu duet Bagaikan Sakti," ujarnya.
Namun, selepas mengadakan beberapa konsert solo sudah pasti peminat mengharapkan sesuatu yang berlainan dan lebih hebat berbanding konsertnya sebelum ini.
"Memang konsert ini berbeza sebab ia bukan konsert solo sebaliknya duet bersama M. Nasir. Selain masing-masing menyanyikan secara solo lagu sendiri, kami juga akan menyanyi berduet dalam enam buah lagu termasuk sebuah lagu baru yang belum diberi judul.
"Lagu baru itu dicipta khas oleh M. Nasir untuk peminat yang menonton konsert Bagaikan Sakti. Liriknya pula ditulis oleh saya sendiri. Kalau nak dengar macam mana kena tunggulah tetapi apa yang boleh saya cakap lagu itu memang sedap," katanya dalam tawa.
Jelas Siti yang akan membuat persembahan solo selama 45 minit dengan menyanyikan lebih kurang 14 buah lagu popularnya, konsert Bagaikan Sakti merupakan pembuka tirai untuk kerjayanya pada tahun 2010.
"Saya bersyukur saya mulakan langkah tahun 2010 dengan sebuah konsert, harap pada masa akan datang saya boleh buat lebih banyak konsert bukan sahaja di Singapura dan Malaysia sebaliknya di negara-negara lain," katanya yang baru muncul dengan sebuah album duet bersama Krisdayanti yang telah berada di pasaran pada 28 Disember lalu.
Siti yang akan berduet lagu Suatu Masa, Gembira, Ghazal Untuk Rabiah dan Bagaikan Sakti bersama M. Nasir memberitahu, sesi latihan konsert itu berjalan lancar meskipun dia baru sahaja pulang daripada bercuti di Sepanyol dan London.
Sudah rezeki M. Nasir
Cerita M. Nasir pula dia sebenarnya terlebih dahulu mendapat tawaran konsert solo di Singapura tetapi dia memilih untuk mengadakan konsert bersama Siti.
SITI menulis lirik untuk sebuah lagu yang dicipta khas oleh M. Nasir.
Bukan kerana kecewa dek Konsert 1Wajah yang masih belum tiada khabar berita, sebaliknya konsert duet bersama Siti sesuatu yang belum pernah dicubanya.
"Orang panggil kerja, saya pergi. Buat apa nak menolak rezeki. Saya pernah kerja dengan Siti sebelum ini dan saya tahu cara kerjanya bagaimana.
"Kalau suara penyanyi itu sedap tetapi tiada keserasian apabila berduet, saya pun tidak berani nak terima tawaran ini. Bagi saya kami mempunyai keserasian suara, itu yang penting," katanya mengenai konsert di bawah pimpinan Aznan Alias dan Aubrey Suwito itu. (ada harapan bleh bt album duet ni)
Penyanyi berusia 52 tahun itu tenang menjawab apabila disoal tentang penjualan tiket yang mungkin laris disebabkan nama Siti bukannya M. Nasir, malah dia tidak kisah dengan persepsi orang di luar sana.
"Ada orang datang dan tiket habis dijual dalam masa yang singkat, baguslah. Kalau orang datang nak tengok Siti, mereka pun kena tengok saya juga. (btul2)
"Saya tidak kisah apa orang nak cakap, paling penting malam konsert itu semua yang hadir terhibur kerana mereka datang bukan secara percuma," tuturnya yang akan muncul dengan album baru sekitar bulan Februari depan.
Tonton konsert di rumah
Ada berita gembira buat peminat Siti dan M. Nasir yang tidak berkesempatan ke Singapura kerana mereka boleh menontonnya secara langsung dari rumah mereka sendiri.
Ini kerana pihak Astro akan membawakan siaran langsung konsert Bagaikan Sakti secara eksklusif menerusi Astro Box Office Events (saluran 955) pada 1 Januari pukul 8 malam hanya dengan bayaran sebanyak RM10.
"Tempat di Esplanade terhad iaitu sebanyak 1,900 kerusi sahaja manakala tiketnya antara RM146 sehingga RM439. Pelanggan Astro dapat menyaksikan konsert itu secara langsung di rumah dengan bayaran yang cukup murah iaitu RM10.
"Bagi mereka yang sibuk dan tidak sempat untuk menonton konsert pada 1 Januari, siaran ulangan konsert berkenaan akan dimulakan pada 2 Januari sehingga 10 Januari di saluran yang sama," kata Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh. |
|
|
|
|
|
|
|
album duet ni akn ku beli
sbb lagu M Nasir tak prnh menghampakan ak...arapnye betol la
nk kongsi sedikit:
betul ke artikel ni?
Siti will produced her english album in the near future as her next upcoming album. Currently she still working on searching more materials for these projects as this gonna be her big attempts after the unreleased singles of Don't Put My Heart On Hold in 2002. Furthermore, this projects will began around 2011 and the huge collaboration of Siti Nurhaliza Productions and Astoria Studios (UK's top recording studio). The composer who working on these will be herself, and a few composer from Singapore, Malaysia and UK. Siti's next concert will be held in Esplanade Theatre, Singapore alongside with Malaysian top producer-composer-songwriter, M Nasir. |
|
|
|
|
|
|
|
156# dauswq Artikel dari mana ni daus? hmm.. wow, giler memang terujaa lah kalau betol news ni... |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tgk tok ti malam ni yeay!..
setuju sangat m nasir dan tok ti buat konsert together..
laki boleh tgk m nasir..pempuan tgk tok ti..hehe.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|