CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

[Tempatan] Apa lagi Wak Yiddin mahu??

[Copy link]
Post time 28-7-2015 09:13 AM | Show all posts
Muhyiddin, 4 others out in Cabinet reshuffle, say sources
BY JAHABAR SADIQ, EDITOR

Published: 28 July 2015 6:59 AM

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is likely to be dropped out of the Cabinet after criticising Datuk Seri Najib Razak’s handling of the 1MDB issue. – The Malaysian Insider pic by Seth Akmal, July 28, 2015.
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is likely to be dropped out of the Cabinet after criticising Datuk Seri Najib Razak’s handling of the 1MDB issue. – The Malaysian Insider pic by Seth Akmal, July 28, 2015.


Datuk Seri Najib Razak is to reshuffle his Cabinet this week, dropping five out of the 35-strong slate of ministers, including his deputy, Tan Sri Muhyiddin Yassin, who has been critical of the prime minister's handling of government-owned 1Malaysia Development Bhd's RM42 billion debts, say sources.
Government sources say apart from Muhyiddin, two other Umno ministers – vice-president and Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; and Domestic Trade, Cooperative and Consumerism Minister Datuk Seri Hasan Malek – will be dropped in a mid-term review of Najib's Cabinet which took office in 2013 after the prime minister won his own mandate.

Umno's most popular vice-president and Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi is expected to be the new deputy prime minister while Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan is set to be a full minister.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.8iaWLes8.dpuf


babai wak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 09:19 AM | Show all posts
asan malek muntri ayam itik nih tiap kali ada rumours rombakan kabinet namanya wajib masuk senarai
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 09:21 AM | Show all posts
mat maslan naik pangkat..x sia2 masak nasi goreng
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 09:21 AM | Show all posts
Dari Sabah, peluru pertama buat Muhyiddin

8:56PM - 27 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306369



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin patut meletakkan jawatan kerana tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata speaker Sabah.

Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Muhyiddin patut meneladani jejak langkah Tun Musa Hitam, timbalan perdana menteri ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.



Kenyataan Muhyiddin semalam, kata Salleh (gambar), secara tersirat bermaksud undi tidak percaya terhadap perdana menteri selepas didakwa menyebabkan orang ramai tertanya-tanya dalam isu 1MDB.

“Perkara mulia dan terhormat untuk dilakukan Muhyddin, seperti dilakukan Musa Hitam dulu, letak jawatan kerana apabila beliau tidak lagi yakin dengan perdana menteri, berdasarkan prinsip beliau tidak layak lagi kekal dalam kerajaan,” katanya dalam blog hari ini.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata  Muhyiddin memberikan gambarkan bahawa kabinet dan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak tahu menahu berkaitan isu sekitar kontroversi syarikat pelaburan kontroversi negara itu.

Muhyiddin semalam memberi amaran bahawa Umno berdepan krisis kepercayaan ekoran kontroversi 1MDB.

Bercakap di Mesyuarat Agung Umno Cheras malam, Muhyiddin berkata jika pilihan raya umum diadakan dalam masa yang terdekat, Umno akan tewas.

Timbalan perdana menteri juga berkata tiada seorang pun yang boleh memberi penjelasan sebenar berhubung isu 1MDB termasuk yang berada dalam kabinet.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
rakyat johore x mengamuk ke klu Tsmy ditendang dr kabinet bijan.lama tu tsmy jd mb johore.rakyat semakin benci umno n bijan nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Yudin berminat masuk GHB ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2015 09:27 AM | Show all posts
rosmahisham replied at 28-7-2015 09:22 AM
rakyat johore x mengamuk ke klu Tsmy ditendang dr kabinet bijan.lama tu tsmy jd mb johore.rakyat sem ...

Bermusuh dgn sultannya.... dgn muhyidinnya kalau disingkirkan..... tapi tak apalah sbb nanti pru 14 ni bn pun akan kalah.... at least muhyidin dapat bisnes bela ayam dulu.... depa depa yg lain tu nak masuk bisnes susahlah bila kena kick out nanti sbb set ni dah secure bisnes dulu.... depa bawak lari duit tu, i rasa gov baru tentu ada strategi bekukan akaun anak bini.... so, present pembangkang.... mulakan spy skrg untuk locate mana pi puak perasuah ni simpan duit depa...nanti boleh senang rampas balik
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
..Yudin akan diAnuwarTkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 09:30 AM | Show all posts
NAT_11 replied at 27-7-2015 08:44 PM
Sebab keling nyamok ni penjilat.
Biarlah dia - untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Kalu  ...

kan..ni lah politik yang malaysia perlukan sekarang..saling serang menyerang..semua telus n transparent..baru lah jadi rujukan kepada bakal pemimpin seterusnya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 09:32 AM | Show all posts
rosmahisham replied at 28-7-2015 09:22 AM
rakyat johore x mengamuk ke klu Tsmy ditendang dr kabinet bijan.lama tu tsmy jd mb johore.rakyat sem ...

dari johor pun beliau kena tendang..mana ada johorean suka beliau ni..tanya @nat_11
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 09:34 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 28-7-2015 01:35 AM

Najib makan bersama Muhyiddin selepas minta sabar tunggu siasatan 1MDB

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Published: 27 July 2015 9:56 PM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-makan-bersama-muhyiddin-selepas-minta-sabar-tunggu-siasatan-1mdb


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menikmati jamuan makan malam bertentangan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rumah Terbuka CIMB di Kuala Lumpur. Kedua-dua pemimpin tertinggi BN itu dilihat kurang bercakap dengan Muhyiddin duduk bersebelahan Tuan Yang Terutama Melaka Tun Khalil Yaakob. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 27 Julai, 2015.

Datuk Seri Najib Razak menikmati jamuan makan malam ini bertentangan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Pejabat Perdana Menteri (PMO) meminta timbalan perdana menteri itu bersabar menunggu hasil siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib yang mengenakan baju batik hitam dilihat kurang bercakap dengan Muhyiddin yang duduk bersebelahan dengan Tuan Yang Terutama Melaka Tun Khalil Yaakob.

Rumah Terbuka CIMB diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang turut diserikan dengan kehadiran Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim.

Antara tetamu kehormat yang disaksikan memeriahkan majlis itu ialah bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandez, Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak dan lain-lain.

PMO petang tadi meminta semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran kerajaan termasuk Muhyiddin perlu menunggu hasil siasatan ke atas 1MDB sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Menurut PMO, seharusnya anggota pentadbiran kerajaan mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap Putrajaya dan Umno.

"Siasatan sedang berjalan dan kita perlu memberi ruang kepada pihak yang terbabit untuk menjalankan tugas mereka."

Semalam Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, laporan The Wall Street Journal (WSJ) RM2.67 bilion dipindahkan dari firma pelaburan negara itu ke dalam akaun peribadi Najib adalah satu perkara yang serius dan memerlukan penjelasan.

"Apabila berita yang pertama keluar, saya menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Perdana Menteri yang mengatakan: "Tuan, ini adalah sesuatu perkara yang serius anda perlu menafikannya". Beliau menjawab, terima kasih dan memberitahu saya beliau sudah berbuat demikian.

"Walaupun ada penafian, ia adalah dari Jabatan Perdana Menteri. Saya memberitahunya lagi bahawa beliau perlu menafikannya sendiri kerana dakwaan itu dibuat terhadapnya dan beliau perlu menafikan," katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno Cheras di Kuala Lumpur malam semalam. – 27 Julai, 2015.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2015 09:50 AM | Show all posts
EJALTI replied at 28-7-2015 09:34 AM
Najib makan bersama Muhyiddin selepas minta sabar tunggu siasatan 1MDB

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK ...

Ada rupanye najib....ingatkan dok beraya kat kazakhstan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 09:55 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 28-7-2015 01:58 AM

Jangan ambil serius tindakan Muhyiddin, kata ahli MT Umno

Published: 27 July 2015 5:57 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... li-majlis-tertinggi


Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata teguran timbalan perdana menteri semalam bukan isyarat berlakunya masalah dalaman parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2015.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyarankan agar rakyat tidak terlalu cepat menganggap teguran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam sebagai isyarat akan berlakunya masalah dalaman parti.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu dalam kenyataan medianya hari ini mengingatkan supaya mengambil pandangan yang disuarakan Muhyiddin itu sebagai nasihat, demi kelangsungan parti.

"Saya benar-benar mengharapkan, agar kita tidak terlalu cepat mengangkat 'teguran dan pandangan' Muhyiddin ini sebagai mesej untuk berlakunya masalah dalaman di peringkat parti.

"Saya juga mengharapkan agar kita dapat menyantuni teguran Muhyiddin ini dengan komitmen dan tekad baru untuk memperteguh semula kepercayaan rakyat," kata Reezal.

"Saya ingin menzahirkan rasa kesal kerana ada portal dan platform media baru yang sudah memberikan label dan gelaran kurang sesuai kepada pandangan Muhyiddin ini.  Pada saya, ini tidak wajar berlaku.

" Muhyiddin semalam berkata kekeliruan mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semakin rumit sehingga menyebabkan kerajaan masih gagal menerangkan situasi sebenar kepada rakyat.

"Mungkin apa yang dicadangkan oleh Muhyiddin itu boleh dijadikan sebagai asas awal untuk menyelesaikan isu kekurangan maklumat ini.

Kita tidak boleh ada jurang masa yang terlalu lama dalam mengisi pengharapan dan keinginan rakyat," katanya.

Reezal yang ahli Parlimen Kepala Batas itu turut memuji isu 1MDB sedang ditangani dengan baik dan telus oleh kerajaan.

"Siasatan sedang berlaku, malahan beberapa individu sudah pun ditahan untuk membantu siasatan," katanya.

Katanya, dengan siasatan dan keberanian pasukan petugas khas dan pihak berkuasa lain wajar diteruskan tanpa sebarang gangguan sambil memuji keberanian kerajaan untuk membuka dapatan kajian laporan interim tersebut.

"Laporan interim tidak bersifat konklusif. Maka dengan itu ianya masih terbuka untuk dianalisa dengan sekomprehensif mungkin apabila siasatan lain sudah lengkap nanti," katanya. – 27 Julai, 2015.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 09:58 AM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 28-7-2015 09:32 AM
dari johor pun beliau kena tendang..mana ada johorean suka beliau ni..tanya @nat_11

KO ORANG JOHOR ke - boleh bercakap bagi pihak kami.............?????
Mahyiddin jadi MB johor in the early 80ies.
Masa tu, he is in his 30ie.
Mak aku kata, Mahyidinlah yang mula-mula membangunkan Johor.
Dia yang tambak jalan Selat Teberau jadi besar.
Malangnya dia tak lama jadi MB Johor - rasanya cuma sepenggal jah.
Dia bukan ditendang keluar, dia tak ngham dengan SULTAN JOHOR.
Dia stop sume projek Sultan mahu jual tanah kepada Cina S'por.
Sultan komplen kat Mahadir.
Mahadir asik jah turun ke Johor to pacify Almarhom.
Akhirnya, Mahadir bawak dia naik ke persekutuan.
MB lain, ikut jah kehendak Sultan.
Nak-nak Khalid sekarang.
Telok Teberau pun dia diistiharkan jadi kawasan ANTARABANGSA sekarang.
Habis kawasan rezeb Melayu kat sekudai kena amik.
Yang tinggal cuma kawasan skudai kanan - belakang Mesjid Tun Aminah jah.
Aku ada tanah kat situ - mungkin akan dirampas jadi kawasan ANTARABANGSA......







Last edited by NAT_11 on 28-7-2015 09:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyokong wak yidin nie ramai jgk... Silap besar kalu dia tendang wak nie..

Berpeluh jgk Tun masa dia dia tendang anwar.. Ms tue takde isu lain sgt tp kalu kali nie dgn isu 1mdb, akaun peribadi, buang wak yidin lg..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 10:07 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 28-7-2015 02:08 AM

Muhyiddin, 4 menteri terkeluar dalam rombakan Kabinet, kata sumber

OLEH JAHABAR SADIQ, PENGARANG
Published: 28 July 2015 6:51 AM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-4-menteri-terkeluar-dalam-rombakan-kabinet-kata-sumber


Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) melambai kepada hadirin di Rumah Terbuka CIMB di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 28 Julai, 2015.

Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan rombakan Kabinet minggu ini, menggugurkan 5 daripada 35 menteri termasuk timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang mengkritik cara perdana menteri menguruskan hutang RM42 bilion syarikat milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata sumber.

Sumber kerajaan berkata, selain Muhyiddin, 2 lagi menteri Umno termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek akan digugurkan dalam rombakan Kabinet Najib – yang mendapatkan mandat sendiri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib presiden Umno paling popular dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal dilantik menjadi timbalan perdana menteri baharu dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan akan dijadikan menteri penuh.

Zahid akan mengekalkan portfolio menteri dalam negeri, kata sumber itu, dan menambah beberapa menteri kanan akan kekal untuk menyokong Najib – perdana menteri keenam Malaysia.

Dua lagi menteri dijangka digugurkan daripada Kabinet Najib adalah Datuk Seri G Palanivel – yang baru digugurkan sebagai presiden dan ahli MIC, serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala.

Idris yang mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) kini berada dalam penggal keduanya sebagai senator.

“Rombakan Kabinet akan dilakukan minggu ini dan perdana menteri mengubahsuai senarai menteri untuk Yang di-Pertuan Agong pertimbangkan,” kata sumber Putrajaya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur malam tadi.

“Senarai Kabinet akan dipersembahkan kepada Agong pada Rabu,” kata sumber itu, dan menambah perundingan dengan anggota kanan Umno bermula awal minggu ini.

Muhyiddin yang berusia 68 tahun dijangka akan digugurkan selepas memperbaharui kritikannya terhadap 1MDB dalam mesyuarat tahunan Umno Bahagian Cheras pada Ahad. Hutang RM42 bilion 1MDB dikritik hebat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang.

Mereka turut mempersoalkan Najib selepas akhbar perniagaan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan beliau menerima AS$700 juta (RM2.67 bilion) sebelum PRU13 melalui akaun peribadinya seperti berada dalam kertas siasatan penyiasat Malaysia.

Najib dikatakan mempertimbangkan untuk menyaman akhbar perniagaan AS itu selepas pentadbirannya menggantung permit 2 akhbar perniagaan, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily kerana laporan mereka tentang 1MDB.

Selain itu, blog Sarawak Report disekat daripada diakses di Malaysia kerana melakukan pendedahan sama.

Najib menubuhkan 1MDB selepas mengambil alih kuasa daripada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Beliau masih belum melakukan rombakan Kabinetnya sejak 2009 dan selepas PRU13, Najib menambah senarai menteri penuh kepada 35.

Selain Ahmad, timbalan menteri lain yang akan dijadikan menteri penuh adalah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sumber lain berkata, bekas pegawai khas Najib dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim akan turut dinamakan sebagai timbalan menteri pada ketika perdana menteri mengukuhkan kuasanya menjelang pilihan raya umum tiga tahun lagi.

Tidak diketahui siapa yang akan menggantikan Idris dan Palanivel. Idris merupakan salah seorang daripada menteri di Jabatan Perdana Menteri – jabatan terbesar dalam sejarah Malaysia moden.

“Penyokong setia Najib akan menjadi dominan dalam Kabinet kali ini,” kata sumber itu dan menambah perdana menteri mempertimbangkan untuk mengambil anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat isu 1MDB.

PAC diketuai ahli Parlimen Pulai tiga penggal Datuk Nur Jazlan Mohamed, seorang akauntan bertauliah. “Ini bukanlah rombakan besar-besaran, tetapi lebih kepada pengubahsuaian,” kata sumber itu.

Najib melihat kejatuhan popularitinya walaupun melakukan pelbagai inisiatif dan memenangi PRU13, di mana Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 47% daripada undi popular.

Najib sudah melakukan pelbagai langkah-langkah ekonomi termasuk membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 dan memperkenalkan bantuan tunai BR1M, namun hutang besar 1MDB dan pemindahan wang ke akaun peribadi menjatuhkan popularitinya.

Muhyiddin mempersoalkan skandal menyelubungi hutang 1MDB dan wang dalam akaun peribadi Najib seperti dilaporkan WSJ, tetapi Pejabat Perdana Menteri mengatakan semalam beliau sepatutnya menunggu keputusan siasatan.

Sekurang-kurangnya empat sudah ditahan berkait skandal 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd di mana penyiasat mengatakan kes ini sangat kompleks.

Kerajaan mengatakan siasatan awal sudah membersihkan 1MDB, tetapi masih menunggu keputusan audit. – 28 Julai, 2015.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 10:07 AM | Show all posts
rilek2 ambil asah2 kuku jah
seronok juga feeling2 jadi isroel senyum sinis tgk negara2 arab bercekau sesama sendiri
burn baby burn
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 10:09 AM | Show all posts
NAT_11 replied at 28-7-2015 09:58 AM
KO ORANG JOHOR ke - boleh bercakap bagi pihak kami.............?????
Mahyiddin jadi MB johor in t ...

aku orang johor gak..mostly yang aku dengar dari kenalan di johor..semua xsuka muhyidin sebab jual tanah johor pada singapore..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 10:13 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 28-7-2015 10:09 AM
aku orang johor gak..mostly yang aku dengar dari kenalan di johor..semua xsuka muhyidin sebab jual ...

Aku bukan orang johor,,,, tp bila orang johor bercerita pasal negeri tu masuk kanan keluar kiri,,,, tapi aku dengar terbalik pulak...katanya dia yg tak bagi jual tanak kat singapore hence kontra dgn sultan waktu tu.... tp tu la... mungkin aku dengar salah
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 10:15 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 28-7-2015 10:09 AM
aku orang johor gak..mostly yang aku dengar dari kenalan di johor..semua xsuka muhyidin sebab jual ...

dia ngan syed mokhtar & sorang lg penah kena bawak ke court psl kes tanah ....nak sampai 70% mana org x marah ...last2 settle luar court
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.195903 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list