CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enchikfitz

Akim! Stacy! Bergabung! Bertunang yaw! Gambar #12

[Copy link]
Post time 28-9-2015 06:07 PM | Show all posts
congrats n cantik sgt!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2015 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
nsibla akim leh move on..btw sekitar thn 2011 dlu akim ni gilakn ex gf yg dia tggalkn dlu kjap mse heol curang gn stacy..tp ex dia xlyn dah..sbb akim wat hal dlu..dah dgdgn stacy tp hti stil tuk ex gf dia..lagu jnji tu tuju tuk ex dia tp hti ex dia keras nk trime blk..ex dia nun kt jb...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 06:52 PM | Show all posts
Edited by AprilLova at 29-9-2015 12:23 PM

EKSKLUSIF: Akim-Stacy rancang ke jenjang pelamin tahun depan


KUALA LUMPUR: Penyanyi Akim Ahmad, 24, dan tunangnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 25, atau Stacy, merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh setahun dari tarikh pertunangan mereka yang diadakan Sabtu lalu.

"Kami merancang namun menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT," kata Akim kepada BHOnline.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad menjelaskan, keputusan bertunang dengan Stacy walaupun baharu saja memeluk Islam dibuat atas permintaan kedua ibu bapa mereka.

"Keputusan untuk bertunang dibuat dua minggu sebelum tarikh itu dipilih. Kami sepakat mengadakan pertunangan secara sederhana saja," katanya.

Akim memohon maaf jika ada pihak tersinggung dengan keputusannya bertunang Stacy dalam satu majlis tertutup dan sederhana pada Sabtu lalu. Beliau meminta supaya semua pihak memahami perkara itu setelah mereka menjalinkan hubungan cinta sejak enam tahun lalu.

"Maaf sekiranya ada pihak tersinggung dengan keputusan kami untuk bertunang dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat saja.

"Kami menghormati keputusan kedua ibu bapa untuk bertunang secepat mungkin. Tidak salah rasanya menunaikan impian mereka memandangkan kedua ibu saya juga sangat menyukai Stacy.

"Lagipun, saya ingin mengikat Stacy sebagai tunang kerana risau jika ada pihak mendahului saya. Alhamdulillah, cubaan melamar Stacy berjaya dan niat baik itu diterima keluarganya.

Dua bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) itu selamat mengikat tali pertunangan di sebuah banglo bertempat di Amber Hills, Melawati, di sini pada 26 September lalu.

Dalam pada itu, Akim berkata ada pihak mempertikaikan tindakan mereka bertunang memandangkan Stacy baru sahaja memeluk Islam pada 24 Ogos lalu.

"Apabila berita pertunangan kami dihebohkan, pelbagai reaksi dan maklum balas diterima. Ada gembira begitu juga sebaliknya.

"Bagi saya tidak salah untuk kami bertunang kerana secara jujurnya kami sudah berkawan selama lebih enam tahun. Tidak manis rasanya untuk kami terus menangguhkan niat baik itu.

"Benar, Stacy baru saja memeluk Islam namun dia sudah lama mendalami dan mempelajari agama Islam secara dekat. Tidak salah jika saya berada di sisi Stacy bagi membimbingnya," tegas Akim.

BH


Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 01:22 PM | Show all posts
aku nmpk si akim ni mcm sungguh2 cinta kan stacy
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 01:37 PM | Show all posts
somaki replied at 27-9-2015 11:28 AM
Yup ramai ummah melayu claim kaler rambut haram. Dh kalau permanent boleh buat solat ye adik kakak ...

Boleh iols tau apa nama produk yg air boleh meresap masuk tu
Iols suka gak nak dye2 rambut ni tp takut air tak masuk, so tak berani nak bikin
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 01:39 PM | Show all posts
AprilLova replied at 28-9-2015 06:52 PM
EKSKLUSIF: Akim-Stacy rancang ke jenjang pelamin tahun depan

Bravo Akim
Akim mmg encem
Stacy..kurang2kan lah seksi tu bila buat persembahan especially yang melibatkan tarian
Pakai short legging hitam
Dulu2 mak bapak Akim tak berkenan jugak, siap suruh Akim cari ppuan yg sedia Islam
So sekarang since dah diterima, Stacy sila jaga adab susila ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2015 01:45 PM | Show all posts
crazypink replied at 28-9-2015 11:15 AM
Congrats Stacy and Akim

Baju & Mekap Stacy cantik n sesuai sgt

Kalau Stacy pakai selendang panjang nampak jambul sikit pun lagi lawa rasanya
Yg ni nampak macam gown masa acara potong kek
Anyway, still nampak cantik
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 01:52 PM | Show all posts
cari_cahaya replied at 29-9-2015 01:22 PM
aku nmpk si akim ni mcm sungguh2 cinta kan stacy

mcm tu la bagus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2015 03:15 PM | Show all posts
bawak2 la kawen cepat, lagi bagus..
elak fitnah lg..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 06:42 AM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 29-9-2015 01:37 PM
Boleh iols tau apa nama produk yg air boleh meresap masuk tu
Iols suka gak nak dye2 rambut ni tp  ...

Xkesah sis. Asalkan permanent dan kat kotak dia tulis halal.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 08:02 AM | Show all posts
Yeke die permanent masuk air smayang uols?mokcik ingat yg x permanent..tapikan dulu pernah dye rambut anak.lama2 kaler tu hilang jugak...


makcik, kaler tu hilang sbb rambut anak makcik tumbuh, makin panjang...bile anak makcik potong rambut, hilang terus laa rambut yg kaler tuh. Lg satu, kalo makcik syampu rambut sehari sebelum dye, warna dye mmg xkan lekat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 08:37 AM | Show all posts
wah tahniah semoga cepat kawen yer
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 09:17 AM | Show all posts
aku pun pelik bila org cakap masuk islam sbb nak kawin..

mmgla bila nak kawin kenala masuk islam.. pastu tanggungjawab sama2 la
untuk belajar lebih lagi pasal islam...

kakak stacy pun masuk islam kan..stacy bnyk tnya2 dr kakak dia dulu...

aku ada baca bnyak org tnya pasal husky dia .. soalan2 camtu saja nak menjerat dia...


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 10:02 AM | Show all posts
semoga berbahagia hendaknya utk akim & stacy
humble & chillax je dgn komen yg mcm2 tu



Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 10:20 AM | Show all posts
tahniah laa...kawin je la cepat2, masing2 da nampak semakin matang
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 10:49 AM | Show all posts
imthegirl replied at 26-9-2015 12:21 PM
Dah rupa adira muka stacy dalam pic atas tu

yelah kan muka dia nampak lain sekarang, makin cantik.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2015 12:10 PM | Show all posts
Edited by AprilLova at 30-9-2015 12:13 PM

Nikah tahun depan, Stacy belum tetap tarikh



Sirih bertepuk, pinang pun menari, semuanya saling merestui dua jiwa yang sudah memaut janji untuk saling memiliki.

Teka-teki perjanjian hati Stacy dan Akim kini sudah terang lagi bersuluh. Cincin sudah di jari, tinggal lagi saat dihitung untuk sama-sama bergelar raja sehari.
Biarpun mengadakan majlis pertunangan secara tertutup di sebuah banglo di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 26 September lalu, Akim dan Stacy tidak boleh terus mengunci mulut kepada media tentang perancangan perkahwinan mereka.

Akim sudah mengakui, bahawa mereka akan berkahwin dalam tempoh setahun selepas bertunang. Mengikut perkiraan umum, jika tiada aral melintang, pernikahan mereka dijangka berlangsung sekitar akhir tahun depan.

“Saya tidak boleh cakap lebih sebab perkara kahwin belum difikirkan buat masa sekarang. Ia masih belum dibincangkan oleh kedua-dua pihak dan sampai masanya nanti kami akan beritahu kepada semua,” kata Stacy yang belum boleh memberikan jawapan konkrit saat dihubungi Kosmo!

Dari satu sudut yang lain, sejak pengislaman Stacy pada 24 Ogos lalu juga, spekulasi bahawa pasangan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia itu akan berkahwin dalam masa terdekat sudah bertiup tanpa henti.

Stacy mahupun Akim, mereka sedia maklum perkara itu. Bukan sekali, bahkan berkali-kali persoalan media tentang agenda pertunangan perkahwinan disangkal dengan pelbagai alasan.

Dua kali menggemparkan dunia hiburan tentang pengislamannya dan majlis pertunangan, ternyata Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 25, punya hati yang cukup kuat untuk berdepan fasa baharu dalam hidupnya.

Ikuti penjelasan daripada penyanyi lagu Not For Sale itu tentang majlis pertunangan rahsianya baru-baru ini.

KOSMO!: Tahniah atas pertunangan Stacy dan Akim. Boleh ceritakan sedikit mengenai majlis tersebut.
STACY: Kami hanya bertunang dalam sebuah majlis yang membabitkan ahli keluarga terdekat dan dilakukan secara sederhana, sebab itu kami tidak menghebahkannya kepada umum.

Tidak menghebahkan kepada umum itu apa maksudnya?
Kami bukannya sengaja mahu berahsia, sebaliknya saya tidak mahu terlalu terbuka berkongsi soal peribadi dengan khalayak. Lagipun, majlis pertunangan kami diputuskan dua minggu sebelum ia dilangsungkan.

Itu pun atas permintaan keluarga yang mahukan perkara baik seperti ini disegerakan. Saya tahu, keluarga mahukan yang terbaik untuk kami sebab mungkin selepas ini, lebih banyak dugaan yang tidak dijangka akan berlaku. Jadi, keputusan bertunang ini dibuat demi kebaikan kedua-dua belah pihak agar terhindar daripada perkara atau fitnah yang tidak elok.

Pertunangan kalian berlangsung sebulan selepas anda memeluk Islam, perkara itu menguatkan spekulasi bahawa anda memeluk Islam kerana ingin mengahwini Akim. Komen?
Kalau saya masuk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan Akim, kenapa saya tukar agama lebih awal? Kalau ada pihak pertikaikan saya masuk Islam kerana Akim, baik saya lakukan perkara itu seminggu atau sebulan sebelum kahwin. Itu baru betul saya masuk Islam kerana mahu berkahwin. Untuk apa saya ambil risiko masuk Islam awal-awal sedangkan tiada jaminan yang Akim merupakan jodoh sebenar saya. Logik bukan?

Saya tidak kisah orang mahu berkata apa pun mengenai hal itu, yang penting niat saya hanya Allah dan keluarga yang tahu baik buruknya. Mungkin ia nampak seperti mengiakan dakwaan itu apatah lagi kini saya sudah bergelar tunangan Akim. Apa yang boleh saya katakan, ini semua di luar kawalan kami, dipendekkan kata, jodoh saya mengikat pertunangan dengan Akim telah tiba.

Kalian mengambil keputusan bertunang ketika karier masing-masing sedang memuncak naik. Komen mengenai hal itu?
Tentang karier pula, rezeki semua manusia terletak pada tangan Tuhan. Apa yang kami lakukan ini merupakan perkara baik dan ia sangat digalakkan dalam Islam untuk mengelakkan perkara-perkara tidak diingini pada kemudian hari. Saya berkahwin atau tidak, ia bukan punca utama kepada turun naik populariti dalam dunia seni.

Saya tidak mahu hidup bersandarkan populariti selama hayat dikandung badan, tetapi saya inginkan kesempurnaan terutamanya dalam hidup dan agama, Insya-Allah. Saya yakin dengan perancangan Tuhan kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Untuk majlis perkahwinan nanti, adakah kalian memilih untuk berahsia juga?
Andai sampai jodoh untuk berkahwin nanti, kami tidak mahu terlalu terbuka mahupun terlalu berahsia kepada umum. Untuk menjawab soalan itu, saya juga tidak boleh cakap lebih-lebih sebab perbincangan tentang perkahwinan belum difikirkan buat masa sekarang. Apabila tiba waktunya nanti,  kami akan beritahu kepada umum.

Bagaimana pula dengan perkembangan terkini karier anda?
Sekarang saya sedang sibuk mempromosikan lagu baharu berjudul Berteman Sepi duet dengan kumpulan Ungu. Ini merupakan peluang terbaik dan pengalaman berharga kerana sudah dua kali diberi kesempatan bekerjasama dengan kumpulan dari luar negara.
Dua tahun lepas saya pernah berduet dengan kumpulan SMASH menerusi lagu Hello.

Kosmo!
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 12:22 PM | Show all posts
mimzat replied at 28-9-2015 09:56 AM
Masuk islamnya Stacy kerana Hidayah dari Allah bukannya kerana nak berkahwin dengan Akim.  So bag ...

betul tu
Hidayah dr Allah adalah paling tepat here
bukan senang nk dpt hidayah dr Allah SWT

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 12:23 PM | Show all posts
btw congrats utk sweet couple ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 12:28 PM | Show all posts
chazey replied at 27-9-2015 12:43 PM
Tu pun nak pelik?

Kaka dulu pun tak war2kan kat fesbuk dari kakak masuk Islam, tunang sampai la ...

sabar chazey, diaorg ni sgt skeptikal benda2 camnie
bila non muslim msk islam sbb nk kawen melayu
bg akak plk klu Allah x bg hidayah xdenya islam pun stacy ni
bab kawen tu bg akak sebg satu bonus utk akim sbb dia nnt blh jd imam utk stacy
kan ke cantek peraturan yg Allah bg


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.284914 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list