Siti Elizad Digugurkan Sebagai Duta Produk Kerana Selisih Faham[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 5:30 AM
[size=0.75em]Siti Elizad bukan lagi duta produk Qyra Beauty Care.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Siti Elizad mengakui kontraknya sebagai duta produk pelansingan dan kecantikan Qyra Beauty Care sudah dibatalkan baru-baru ini atas beberapa sebab termasuklah tiada persefahaman antara dia dengan pemilik produk tersebut.
[size=0.938em]
[size=0.938em]Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Saifuddin, 32, berkata, pengasas produk itu tidak memahami kerjaya artis dan menyekat beberapa peluangnya untuk mendapatkan pendapatan iklan produk lain di Instagram milik dia.
[size=0.938em]"Pihak Qyra Beauty sudah menghantar surat peguam yang membatalkan kontrak saya sebagai duta produk baru-baru ini atas sebab yang tidak sepatutnya.
"Mereka melarang saya untuk mempromosi produk lain yang bukan pun pesaing produk tersebut seperti minyak wangi dan produk anti penuaan, sedangkan saya hanya dilantik menjadi duta untuk produk pemutih dan kopi langsing sahaja," ujarnya kepadamStar Online, di sini, Isnin.
[size=0.938em][size=0.98em] [size=0.98em]Status yang dimuat naik oleh pihak Qyra Beauty Care pada Ahad. Pelakon yang popular dengan drama Teman Lelaki Upahan ini dilantik menjadi duta produk tersebut pada Ogos tahun lalu.
Sementara itu, Elizad berkata, dia cuba berbincang cara baik dengan pemilik produk tersebut, namun tidak berhasil.
"Sebelum saya saya buat promosi 'IG preview' saya tanya dulu pihak mereka, hampir kebanyakkan produk yang hendak saya iklankan tidak dibenarkan. Saya rasa mereka menyekat banyak perkara dalam kerjaya saya.
"Saya ada minta perkara ini dibawa berbincang dan apa yang tidak seharusnya saya buat, namun mereka cuba mengelak tidak mahu berjumpa, sehinggakan perkara ini memburukkan nama saya," ujarnya.
Tambah Elizad, dia tidak mahu mengambil tindakan dan memanjangkan perkara yang tidak membawakan sebarang faedah terhadap kerjayanya.
Katanya, biarlah perkara tersebut menjadi pengajaran berguna buatnya supaya lebih berhati-hati sebelum menerima tawaran sebagai duta produk pada masa depan.
"Saya takut sangat ada musuh dan akhirnya ada juga perkara begini terjadi. Saya tidak mahu panjangkannya hingga ke mahkamah kerana bayaran yang diberikan bukannya terlalu tinggi kerana tidak berbaloi kalau saya bawa ia ke mahkamah.
"Cuma saya harap peminat-peminat saya tidak membeli produk tersebut kerana saya," ujarnya.
|