|
Dalam adat dan Kebudayaan orang bugis , Jika ada kedua pihak yang mempunyai masalah dan tidak selesai melalui perbincangan, Maka jalan terakhir adalah bertarung/bertikam di dalam kain pelikat ataupun dalam bahasa bugisnya ia digelar "Si Gajeng Laleng Lipa".
Tradisi ini telah wujud semenjak ratusan tahun yang lalu lagi di Kepulauan Sulawesi Selatan, Kenapa orang bugis memilih cari ini sebagai cara terakhir untuk menyelesaikan masalah ?
Sebelum terjadinya salah faham yang berkaitan dengan agama dan masyarakat bugis di pemikiran kalian saya akan terangkan dahulu soal ini.
Pertama sekali yang perlu kalian tahu tradisi ini telahpun wujud sebelum kedatangan islam di sana. Jadi jangan nak memandai kata bugis ni tak ikut ajaran islam. Masyarakat bugis memang terkenal dengan adat, Tidak dinafikan sesetengah adat masih dilestarikan sehingga hari ini, Tapi telah disertakan dengan agama islam seperti membaca ayat² suci alquran pada adat yang tidak melampaui batas ajaran agama.
Berbalik kepada tradisi "Si Gajeng Laleng Lipa" Apa yang perlu kalian tahu, Masyarakat Bugis sangat menjunjung tinggi rasa malu atau dalam bahasa bugisnya adalah 'Siri'. Dalam adat bugis terdapat konsep Ade’, Siri na Passe. Ade’, Yakni pegangan atau prinsip yang mesti dijunjung oleh semua masyarakat bugis.
Sikap/Perasaan 'Siri/Malu' dalam masyarakat Bugis sangat mempengaruhi kehidupan bermasyarakat, Sehingga ada pepatah bugis yang menyatakan bahwa hanya orang yang punya siri yang dianggap sebagai manusia. "Naia tau de’ gaga sirina, de lainna olokolo’e. Siri’ e mitu tariaseng tau"
Maksudnya "Barang siapa yang tidak punya siri (rasa malu) ataupun harga diri, maka dia bukanlah siapa-siapa, melainkan hanya seekor binatang." Siri atau rasa malu ini sangat bermakna bagi masyarakat Bugis seperti dalam pepatah ini “Siri Paranreng Nyawa Palao”, yang maknanya : “Apabila harga diri telah terkoyak, maka nyawa lah bayarannya”.
Dari penjelasan diatas kita dapat menyimpulkan bahwa Masyarakat Bugis sangat menjunjung tinggi rasa malu, sehingga jika harga diri mereka dipijak², Maka nyawa lah yang akan dipertaruhkan. Dan jika ada kedua pihak keluarga saling bertengkar atau berdendam hingga tidak menemukan jalan penyelesaian, Maka jalan terakhir yang diambil adalah tradisi "sigajang laleng lipa"
(saling tikam dalam sarung)
Secara umumnya, Sigajang laleng lipa adalah sebuah tradisi masyarakat Bugis untuk menyelesaikan sebuah masalah. Tradisi Sigajang Laleng Lipa melibatkan oleh dua orang yang bertarung di dalam satu sarung menggunakan badik/kawali (senjata tradisional masyarakat bugis). Tradisi ini bukanlah pilihan utama melainkan dua pihak tidak mencapai muafakat, Maka kerana harga diri nyawalah jadi taruhannya.
Selepas selesai pertarungan Sigajang Laleng Lipa. Kedua pihak keluarga yang terlibat tidak boleh lagi ada rasa dendam yang terpendam dan haruslah menganggap perkara itu telah selesai. Kebiasaannya hasil pertarungan dari Sigajang Laleng Lipa kebanyakan berakhir dengan kedua²nya mati, atau kedua² hidup. Jaranglah dengar satu selamat satu lagi mati.
Namun seiring perkembangan zaman dan penyebaran islam di pulau Sulawesi , Tradisi ini telah ditinggalkan oleh masyarakat bugis perlahan² kerana bertentangan dengan apa yang Rasulullah S.A.W ajarkan. Tapi ianya tetap dilestarikan sebagai warisan budaya leluhur Sulawesi Selatan sehingga hari ini.
Biasanya jika ada majlis/perayaan, Tradisi Sigajeng Laleng Lipa akan dipersembahkan didepan masyarakat bugis bagi mengekalkan tradisi warisan nenek moyang bugis. Dan ingin saya kongsikan pegangan orang bugis semenjak dahulu adalah "menjaga 3 hujung".
1) Hujung Lidah
2) Hujung Badik
3) Hujung Kemaluan
Bugis adalah bangsa perantau, Walau kemana saja mereka pergi ,, Haruslah menjaga siri dan 3 hujung tersebut , Hujung lidah sangat tajam yang boleh mengakibatkan perbalahan, Hujung badik pula haruslah dijaga kerana bila ianya keluar dari sarungnya maka darahlah yang menjadi makanannya, Yang terakhir adalah hujung kemaluan, Haruslah menjaga kemaluan dari perbuatan zina kerana ianya perkara yang memalukan keluarga dan agaman.
Wallahu'alam.
*Badik adalah senjata khas orang bugis, Seperti yang kita tahu badik adalah senjata yang terkenal sehingga menjadi buruan collecter senjata² alam melayu, Kalau di Sulawesi pandai besi itu ramai yang masih boleh buat badik, Dan di Malaysia ada seorang pandai bessi yang masih melestarikan dan meneruskan pembuatan badik, Beliau adalah seorang guru silat yang menetap di PD N9, Kalau berminat nak tempah badik bolehlah PM beliau Sidry Tajuri. Saya boleh beri jaminan beliau seorang yang boleh dipercayai dalam soal jual beli.
Kredit : Tengku Daeng Mawelle |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|