CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YellowRose

MAAJUN ANGGUN BISTARI~

  [Copy link]
Post time 23-5-2014 04:32 PM | Show all posts
@awejeha..guna mesin .lama dah kekdah ni katanya.
lgpun skang MAB makin dikenali,proses mmg kena cepat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2014 10:44 PM | Show all posts
Nk tny klu pakai iud nk mkn mab blh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 10:16 AM | Show all posts
alyafea posted on 23-5-2014 10:44 PM
Nk tny klu pakai iud nk mkn mab blh ke?

boleh sgt .utk supplement harian.
saya pun br bukak IUD hjg thn lepas.
skang hanya amalkan MAB shj.

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 10:43 PM | Show all posts
Assalamualaikum,
Dari Pengasas MAB
--------------------------------------------------------------

[PASTIKAN MAB ORI]

wujud yang ORI muncul lah yang klon

adat dalam dunia bisnes kan...tak dapat nak lari dari 'PENGAUT KEUNTUNGAN CARA SENANG'....tak de ehsan atas keperitan usaha orang lain.

kami di pihak syarikat telah menerjah ke sebuah restoran bernama Adik Abang di Bandar Baru Salak Tinggi yang sedang giat memasarkan MAB KLON dengan harga yang amat rendah (harga yang syarikat pun tak dapat).

Hasil kerja sama dari pemilik restoran suspek pengklon ini seorang lelaki Indon yang memaklumkan beliau juga stokis MAB.

Kami sendiri telah buka pek klon ni dan ternyata bau pun tidak sama dengan keaslian MAB.Mereka meniru serupa botol yang mula di perkenal June 2013 hingga Mac 2014.
Botol MAB ORI seperti penjelasan di bawah.Mereka menjual seperti jualan MAB iaitu bersama stiker dan flyer.

Kami atas peri kemanusiaan masih memberi tempoh untuk pemilik restoran tidak menjual lagi produk klon ini dan akan menerjah lagi ke sana bila-bila masa.jika beliau enggan bekerja sama tindakan undang-undang akan menyusul.kami telah mendapat kerjasama dari MYIPO dan Tribunal KDNKK.

bersama info ini kami ingin menghebahkan berita ini sahih dan sila jauhi produk MAB TIRUAN yang sedang berleluasa dengan helah lelaki Indon ini.Pasti beliau memasar di banyak lokasi.

PASTIKAN MAB ORI demi khasiat utama yang di hajati tercapai

MAB ORI :

♡ botol seperti di dalam gambar (botol yang baru di lancar bermula APRIL 2014)
♡ di bawah botol ada cop MAB dan nama syarikat ZAI PERMAI RESOURCES
♡jualan bersama flyers
♡jualan bersama stiker

PASTIKAN MAB ORI.
KAMI TAK KAN BERLENGAH MEMBASMI JENAYAH
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 10:24 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 12:22 PM | Show all posts
tommygirl posted on 21-1-2008 02:47 AM
YellowRose,

Saya mkn pil Yasmin sbb nak regular kan period saya yg dah bertahun2 tak dtg nie...  ...

saya makan ubat ni gak, okay datang setelah bertahun tak datang, tp kene sentiasa makan. sy try pil yasmin untuk hentikan clog period sy ni, dokter suggest. trus lancar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2014 09:35 PM | Show all posts
dari FB : Tuan Fuad Latip

[JPHBT: Panduan Mendapatkan Anak Lelaki atau Perempuan]

Untuk ibu bapa muda yang masih terus merancang mendapatkan anak.

Petang tadi, isteri saya berjumpa Doktor O&G di Pusat Perubatan Salam, Shah Alam. Keputusan jantina untuk anak ke-4 kami yang bakal lahir julai nanti adalah lelaki.

Jika ini menjadi kenyataan semasa isteri bersalin nanti, maka lengkaplah anak saya 4 orang berselang seli perempuan, lelaki, perempuan dan lelaki. Ia seperti yang kami rancang.

NAMUN SEMUANYA ADALAH KEHENDAK ALLAH YANG TELAH DITETAPKAN sehingga pada syariatnya kelihatan doa dan usaha kami dimakbulkan. Sedangkan hakikatnya ia adalah sebuah KETETAPAN.

Semua ini adalah agar kami hambaNya lebih bersyukur dan terus sentiasa setiap saat menyedariNya ketika melihat aturan Allah yang sangat hebat ini.

*****
Saya masih ingat ketika baru berkahwin pada tahun 2005, saya dan isteri ingin tahu apakah petua untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan.

Kami sama-sama sentiasa berkomunikasi dengan Allah bertanyakan cara terbaik untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan.

Alhamdulillah, kami dijumpakan oleh Allah dengan satu kaedah dikenali sebagai Kaedah Shettles.

Kami berusaha mengikut kaedah ini dalam perancangan keluarga. Dengan izin Allah, Alhamdulillah apa yang dirancang SELARI dengan KETETAPAN ALLAH. Ia menjadikan kami lebih bersyukur malah tersungkur sujud kepadaNya.

******
Kaedah Shettle melihat dari sudut hukum Allah atau dikenali sebagai saintifik. Namun semuanya adalah kehendak dan izin Allah adanya.

Dalam kajian kaedah ini, untuk mendapatkan anak perempuan, sperma dan ovum harus disenyawakan di awal ovulasi isteri. Ini kerana sperma yang membawa genetik Y (untuk anak lelaki) bergerak sangat laju berbanding sperma yang membawa genetik X (untuk anak perempuan).

* X ibu + Y ayah = XY anak lelaki
* X ibu + X ayah = XX anak perempuan
Gen dari ayah menentukan jantina anak.

* Sperma Y = Laju tetapi cepat mati
* Sperma X = Perlahan tetapi lambat mati

* Keadaan rahim isteri
Keadaan asid = Anak perempuan
Keadaan kurang asid = Anak lelaki

Persenyawaan perlu berlaku di dalam rahim.

Apabila suami dan isteri "bertasbih" di awal ovulasi, ovum (telur daripada ibu) masih berada di hujung tiub falapio, maka sperma Y yang sampai di dalam rahim isteri tidak akan bertemu dengan ovum di dalam rahim. Maka tidak akan terjadi anak lelaki mengikut saintifik.

Beberapa hari selepas itu, ovum terhasil dan bergerak dari tiub falapio ke dalam rahim dengan mengambil masa kira-kira 5 hari selepas ovulasi. Ketika itu sperma X yang masih hidup sampai ke dalam rahim. Maka terjadi persenyawaan antara sperma X dan ovum (X) lalu terhasil anak perempuan (XX).

Untuk Mendapatkan Anak Perempuan:
"Bertasbih" lah suami dan isteri hari ke-5 selepas bersih dari haid hingga hari ke-7 atau 8. Jika dapat pastikan keadaan berasid di mana isteri tidak digalakkan sampai ke tahap orga***s.

Untuk Mendapatkan Anak Lelaki
"Bertasbih" lah suami dan isteri hari ke-9 selepas bersih dari haid hingga hari ke-11.

Ketika ini, ovum isteri telah sedia ada di dalam rahim. Disebabkan sperma Y bergerak laju, maka sperma Y bertemu ovum di dalam rahim isteri terlebih dahulu berbanding sperma X.

Maka keberangkalian untuk terjadinya anak lelaki (XY) adalah tinggi.

Beruntunglah kita kerana ada beberapa tool secara atas talian (online) percuma untuk mengetahui tarikh yang sesuai untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan.

Saya dan isteri sangat suka menggunakan tool untuk kaedah Shettles ini seperti link di bawah kerana tool di laman web ini lebih tepat dan mudah.
http://www.momswhothink.com/component/womancalendar.html

Selamat mencuba. Namun jangan lupa bahawa semuanya adalah kehendak Allah mengikut KETETAPANNYA. Peganglah hakikatNya namun jalankan terus usaha dan ikhtiar selagi kita masih belum mengetahui takdir yang bakal kita lalui.

Kita akan sentiasa sedar bahawa diri kita sekadar Lahaula wala quwwata illah billah. Pastinya kita akan sentiasa kembali yakni sedar padaNya setiap saat hidup kita .... innalillahiwainnailaihirojiun di dalam kita menjalankan tugas kekhalifahan ini sebagai wakilNya.

Dengan memahami indahnya aturan Allah, kita akan lebih sedar bukan sekadar kehambaan kita malah sedar kefanaan kita dan KeTuhanan Allah SWT.

"ya Allah kami lakukan semua ini keranaMu. Sesungguhnya solat kami, ibadah kami, hidup kami dan mati kami hanya untukMu ya Allah. Semata-mata keranaMu ya Allah."

Fuad Latip
24 Feb 2014

TAMBAHAN:
Petua Ibu Mertua:
Ikan membuatkan rahim kurang berasid berbanding ayam. Untuk anak lelaki, isteri perlu banyak makan ikan berbanding ayam dan sebaliknya. Wallahuaklam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 08:15 AM | Show all posts
salam
maajun ni mmg kena mkn sebiji aje ke sehari.....kalo mkn 5 ke 6 biji ada masalah ker..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2014 10:15 AM | Show all posts
7983yash posted on 2-7-2014 08:15 AM
salam
maajun ni mmg kena mkn sebiji aje ke sehari.....kalo mkn 5 ke 6 biji ada masalah ker..

waalaikumsalam.

untuk tujuan apa ye makan mab ni?
1 biji tu I'Allah dah cukup utk family planning n mslh2 kewanitaan lain.
ada juga cust yang makan 2biji sehari.nk bg panas katanya.

5-6 biji tu kut cirit birit le

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 07:58 AM | Show all posts
hehe...actually nak bg lagi cepat mantap gitu.....untuk planning pun yer.....untuk bagi panas pon yer.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 03:21 PM | Show all posts
7983yash posted on 3-7-2014 07:58 AM
hehe...actually nak bg lagi cepat mantap gitu.....untuk planning pun yer.....untuk bagi panas pon ye ...

kalo tahan ok le.
heeehe tak jamin

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 06:48 PM | Show all posts
wah, nampeknya bagus ye
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 10:58 PM | Show all posts
azlinacc posted on 6-7-2014 06:48 PM
wah, nampeknya bagus ye

begitula nampaknya.Alhamdulillah
nak mencuba ?

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 08:34 PM | Show all posts


GROWING concern over fertility and the controversy of preserving it has inspired a Danish research team to assess what, exactly, drains a woman's ovarian reserves, and they concluded that the oral contraceptive pill could be a major culprit, at least temporarily.

Ovarian reserve is a measure of the ovary's capacity to produce fertile oocytes (egg cells). Modern science assesses it via two measures: levels of anti-Mullerian hormone (AMH) in the blood and the number of early (antral) follicles in the ovary.

The latter is quantified by means of a vaginal ultrasound in a test of antral follicles count (AFC), which coupled with AMH testing provides the most reliable measure of fertility, with the two considered indicators of ovarian age.

Researchers tested 833 women between the ages of 19 and 46 and found the AFC measurements 16 percent lower in pill users and AMH levels down 19 percent.

An unexpected additional finding was that pill users' ovaries were between 29% and 52% smaller than those of non-pill users, particularly in the youngest of the subjects, between the ages of 19 and 29.9.

AMH was still up to 30% lower and AFC up to 20 percent lower in pill users after the results were statistically adjusted for age, BMI, smoking, maternal age at menopause, maternal smoking during pregnancy and prematurity.

"We expected to find an effect of the Pill," says Dr. Katherine Birch Petersen, from the Copenhagen University Hospital in Denmark.

"But during the project we were surprised at the quantified effect on ovarian reserve parameters as defined by anti-Müllerian hormone, antral follicle count and ovarian volume."

To what degree the pill's effects on the ovaries are permanent and how long they last is yet to be discovered, says Dr. Birch Peterson, who remains optimistic that they are temporary but says additional research is necessary to better understand the recovery phase after women stop taking the pill.

Although statistics indicate plenty of pill users eventually become pregnant, the effects of long term pill use have remained a concern.

Dr. Birch Peterson advises pill users not to count on AFC and AMC tests as an accurate measure of fertility and says that tests should be repeated three months after having stopped pill use for a better measure of fertility potential.

"The Pill may mask a severely diminished ovarian reserve," says Dr. Birch Peterson, "and this is important to recognize."

The study was presented Monday the European Society of Human Reproduction and Embryology (ESHRE) Annual Meeting in Munich by Dr. Birch Petersen. – AFP Relaxnews
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 10:55 PM | Show all posts
Untuk Ikhtiar Hamil boleh ambil MAB bersama Folic Acid

Bagi yang ingin makan MAB sbg IKHTIAR UTK HAMIL, cara makan dan aturannya sama sahaja, cuma bezanye ialah jangkamasa/tempoh pengambilan shj. Maknanye bg kes mahu hamil, anda hanya perlu makan 2 hingga 4 atau 6 botol bagi tujuan merawat dan menyuburkan kembali rahim puan.
Berhenti setelah haid lancar.
Bergantung pada t/balas badan masing2, ada yg cepat ada yg lambat



Folic Acid
-asid folik membantu untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan.
-Asid folik penting untuk pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang

Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 mikrogram atau 0.4 miligram setiap hari pada dua hingga tiga bulan sebelum merancang hamil dan ketika hamil.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 11:35 PM | Show all posts
#sharing info with Siti Aishah Confinement#
Please.....

Before u guys dok kata.....tak valid orang bersalin ceaser kena berpantang untuk jaga kerapian faraj selepas bersalin....think again......

Mmg benar....orang bersalin c-sect...lubang faraj tak terusik dgn proses pengeluaran bayi....

Akan tetapi....

Bila buat kemutan utk kagel atau aktiviti seksual bersama suami....korang kena pakai otot mana? Otot paha ke otot perut.

Jom kita buat kegel sekarang. Cuba rasa lagi sekali. Bahagian mana yang bergerak? Perut ke peha.

Yes....perut.

Otot perut yamg menarik urat kemut kita supaya berfungsi. And guess what....korang yg c-sect....otot korang dah DIPOTONG dan DILAPAH.

So....kalau tak pantang lepas bersalin c-sect....apa korang rasa akan terjadi?

Yes.....faraj masih intact "sempit"....tapi kaku sebab tak mampu mengemut.

And bila tak mampu mengemut....macam mana nak buat kegel utk kuatkan pelvic floor. Kalau tak mampu buat kegel...lama2 longgar juga saluran farajnya dik....

Kalau dah pelvic floor tak kuat....macam mana nak elakkan masalah prolapsed in d future?

Nampak tak how c-sect really effect our sexual and daily life wahai wanita2?

So.....bg sy untung lagi yang bersalin normal. Sy yg 2 kali c-sect ni pun....punya hati2 dalam penjagaan pantang.

Supaya apa?
Supaya mampu jadi isteri yg berfungsi sihat...sampai tua.

Maaf jika anda rasa sy terlalu open. And guess what....pm sy penuh perihal masalah wanita yang tidak mampu perform. Dan kebanyakkannya.....mmg tidak berpantang.

So....bila suami dh merungut....atau suami jenis touch n go sekadar melepaskan tanggungjawab....maka dimana kebahagian dan keintiman rumahtangga.

Bidan dulu2...mmg maklum tentang perihal ni. Sbb tu selalu momokkan perihal suami cari lain. Sbb nilai malu mereka sangat2 tinggi. Mereka tak mampu berterus terang. Ttp budak2 zaman sekarang....degil tak bertempat. So maaf jika sy terpaksa cerita selak dalam kain.

No joke ok bila suami isteri dh start menjeling tidak puas. No joke. I just want our society have long lasting marriage. Thats all. Take it. Or leave it.

#copypaste#

?oh=a87c493096b3a6e601545558194dcfdd&oe=54531BEF
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2014 10:00 AM | Show all posts
Kaedah bagi yang ambil MAB untuk mendapatkan zuriat:

i) Cara makan sama seperti kaedah family planning

ii) Makan MAB sehingga mendapat period yang tetap setiap bulan

iii) Kekalkan makan MAB beberapa bulan lagi sehingga yakin peranakan kukuh(tandanya period terus datang selepas berhenti makan 21biji)

iv)Kekalkan makan MAB beberapa bulan lagi sehingga yakin peranakan kukuh(tandanya period terus datang selepas berhenti makan 21biji)

v)Apabila sudah mencapai tahap di para iv),berhenti makan MAB dan bersama tanpa sebarang perlindungan.

v) Elakkan makan makanan berkafein dan banyakkan makan makanan beralkali(seperti susu kambing &air zam-zam)
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 01:08 PM | Show all posts
MAB ada pelbagai fungsi utama semua dalam 1 produk utk kejelitaan wanita dari hujung rambut hingga hujung kaki :

1. Family planning/menjarak kehamilan/merancang keluarga.
2. Sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
3. Merawat keputihan yg teruk.
4. Menjaga peranakan - menyempitkan faraj wanita.
5. Membuang darah kotor/toksin melalui period.
6. Menstabil hormon kewanitaan dalam badan-mencantikkan kulit.
7. Menormal & teraturkan period setiap bulan.
8. Mencantik & menegangkan payu dara.
9. Melancarkan perjalanan darah.
10. Melawaskan pembuangan air besar - menjaga usus.
11. Membuang angin dalam badan
10. Menambah tenaga sepanjang hari.
11. Mengawal kolestrol dalam darah.
12. Menurun & mengawal berat badan.
13. Awet muda.

Kesan Pengambilan MAB secara konsisten.

1.Badan menjadi sihat, dpt bergerak aktif.Lebih bertenaga dan mudah menyelasaikan kerja2.

2.Kulit muka menjadi cantik, licin,halus, gebu dan cerah.Tiada lg jerawat atau jeragat/pigmentasi.

3.Badan menjadi lebih ringan,kesan dr singkiran lemak,angin atau toksid bersama proses tindakbalas tadi.

4.Perut menjadi kempis dan tidak mengelebeh selepas singkiran toksid.

5.Hasil dr tindakbalas ini jg membantu mengembalikan kelangsingan dan berat badan yg ideal.Amat digalakan utk ibu2 selepas bersalin anak pertama.Proses pelangsingan lebih cepat berlaku.

6.Memejal dan menegangkan payudara, kandungan herba dr MAB dpt membantu mengembalikan payudara idaman semua -> Kepada sesetengah pengguna yg mengalami rasa tindakbalas seperti sakit/denyut2 pada payudara.

7.Bertenaga, diakui semua yg telah mencuba MAB mmg bertenaga spt dpt berjaga lebih lewat dr mlm2 sebelum mengambil MAB.Malah dapat memberi tenaga yg lebih dlam mengurus kerja2 rumah selepas penat bekerja.

8.Tidak mengantuk di siang hari walau pun kurang tidur di mlmnya.

Cth: ramai ibu2 yg menyusu baby terpaksa bangun berkali-kali malamnya utk menyusu baby.

9.Kandungan MAB dapat melancarkan pengaliran susu ibu dgn banyak.Malah tiada efek kpd baby, perlu minum air yg banyak setiap hari.

10.Yang istimewanya rumusan kandungan MAB meningkatkan daya SEKS, malah rasa yakin dan gembira lagi sebab ia jg berfungsi sebagai family planning.Tiada rasa risau selepas bersama dan tak perlu melakukan senaman lagi selepas itu.

11.Merapat dan mengetatkan rahim - Ini di akui oleh semua yg telah mengamalkan MAB.Tak ada sesiapa pun yg tidak mendapat pujian dr suami selepas mengamalkan MAB.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 01:36 PM | Show all posts
Sy nk tanya, kalau kita x dtg period lg sbb fully breastfeed..bla ambil MAB period akan dtg ke? Kalau blh x nk dtg period lg..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 09:23 PM | Show all posts
putri22 posted on 17-8-2014 01:36 PM
Sy nk tanya, kalau kita x dtg period lg sbb fully breastfeed..bla ambil MAB period akan dtg ke? Kala ...

tak tentu @putri22,ada yg period ada juga yg tidak.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.084411 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list