|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
tahniah tt. Kita hampiri penghujung dunia dan thread ni msih bernyawa. I salute you boy. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru Lily perasan ada yang tidak kena dengan Shahrul usai berbual dengan Puan Sri Zainab. Sepanjang mereka bersama Shahrul kerap memanggil Lily dengan panggilan sayang. Jarang membahasakan diri mereka sebagai I dan you atau memanggilnya Lily sahaja.
Tetapi tadi sewaktu makan Shahrul tampak berbeza. Tiada 'sayang' dalam perbualan mereka dan tunangnya gugup bila berdepan. Agak ketara apabila Shahrul menyuruh Lily turun dari kereta tadi. Panggilan sudah bertukar nampaknya. Entah kenapa Lily jadi sayu. Cinta Shahrul bukan lagi milik Lily.
Lantas meminta izin dari Puan Sri Zainab untuk ke tandas.
Kemudian, menyelinap masuk ke bilik tidur Shahrul. Mujur, pintu tidak berkunci. Yakin Puan Sri gagal mengesan tindak tanduk Lily. Bukan berniat untuk menceroboh hak peribadi Shahrul. Hanya ingin mendapatkan kepastian.
Sebuah diari hitam terletak di atas meja menarik perhatian Lily. Membuka lembaran satu demi satu. Semua catatan melibatkan aktiviti harian Shahrul. Berkaitan dengan kerja. Belum ada sebarang petanda yang mencurigakan.
Setelah berpuas hati, Lily meletakkan semula diari ditempat asal. Kaki tersadung satu blok kertas lukisan. Bagai ada kuasa magnet menarik Lily untuk melihat. Mengerti dengan hobi Shahrul gemar melukis diwaktu senggang.
Mata meneliti setiap lakaran hasil tangan Shahrul. Semuanya bermotifkan pemandangan kampung dan alam semulajadi. Sehelai lukisan membuat dada berkocak kencang. Ada nota tertera menambah duka.
Lily terus saja mengoyak lukisan dari blok lalu digulung untuk disimpan. Air mata berjuraian. Ada seseorang ingin ditemui Lily. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai rupanya yg menanti n3... ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
TT...kne tkr tajukla....xalmost ending pon.....lg 1 mmg cntik sgt ke jie nih?? |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 3-9-2015 01:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
tashusyah replied at 3-9-2015 09:12 AM
TT...kne tkr tajukla....xalmost ending pon.....lg 1 mmg cntik sgt ke jie nih??
Hehe.. hasil imaginasi I saja.. btw semua makhluk Allah cantek |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lg TT... tak sabar nak tahu siapa dalangnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
hihih..btl gak...smbung lg TT....nk tau zack ceraikn jie x?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 5-9-2015 12:13 AM
Buru buru ke restoran ini sebaik saja menerima panggilan Lily. Gusar meninggalkan Jie bersendirian namun Lily mendesak. Ada perkara penting ingin dibicarakan. Malah, Lily meminta Zack merahsiakan pertemuan mereka terutamanya dari pengetahuan Jie dan Shahrul. Didorong naluri ingin tahu, Zack memandu ke mari. Meminta jururawat memantau Jie.
"You..."
Lily muncul mengejut lantas memeluk erat tubuh Zack yang sedang duduk. Air mata berlinangan dipipi. Penat bersandiwara didepan Puan Sri Zainab tadi.
Zack kaget seketika.
Namun bangkit menarik tangan Lily supaya duduk. Menenangkan wanita itu.
Lily menghulurkan segulung lukisan kepada Zack sambil mengesat pipi. Riak wajah sedih.
Tanpa banyak soal Zack menyambut walau hati digaru seribu pertanyaan. Jari jemari membuka gulungan kertas lalu terpapar potret seorang wanita.
Lukisan sangat teliti dan nampak 'hidup'. Ternyata Shahrul berbakat melukis seperti Azim. Wajah dalam lakaran mirip seseorang yang tidak asing dalam hidupnya...
"Najiha?!"
Spontan nama itu terpacul dibibir Zack. Membaca nota tertera. Bait bait ayat lambang cinta seorang lelaki terhadap wanita pujaan. Mungkinkah Shahrul juga ...? Zack buntu.
"I tak tahu sejauh mana hubungan tunang I dan wife you.. Tapi tulisan dalam gambar tu.." Lily sebak.
"Sepanjang kami bersama belum pernah Shahrul lukis gambar I.. Seorang lelaki takkan lukis gambar seorang wanita melainkan..." Lily tidak sanggup meneruskan kata kata. Diri benar benar terluka saat ini.
"Melainkan dia cintakan wanita itu.. Samalah macam I ! Till now I masih lukis gambar ex girl I.."
Seorang lelaki kacak menyampuk perbualan Lily dan Zack. Mengambil tempat duduk bersebelahan Zack tanpa dipelawa.
"By the way, I Hareez. You?"
Hareez memang sudah lama memerhatikan pergerakan Zack sejak dihospital lagi. Hanya Zack tidak menyedari kewujudannya. Merenung tepat musuh depan muka. Menghulur tangan untuk berkenalan.
"Zack."
Zack menjawab ringkas. Kurang senang dengan kemunculan Hareez. Huluran tangan bersambut.
"And you?"
Pandangan mata Hareez beralih ke arah Lily. Pakaian seksi yang tersarung ditubuh menggetar jiwa. Wajah cantik dan menawan.
Lily Marina.. Inilah dia tunang Shahrul bedebah itu ! Hareez senyum. Lesung pipit jelas kelihatan. Sempat merencana sesuatu dalam hati.
"Lily.."
Lily tunduk menyembunyi wajah. Segan bertentang mata dengan Hareez. Menyapu saki baki air mata dipipi.
Sepasang anak mata milik Hareez tampak memukau ! Berwarna kehijauan. Berkulit cerah dan berbadan agak sasa. Memang jejaka idaman Malaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 5-9-2015 01:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 10-9-2015 09:49 PM
Zulkarnain berlari untuk mendapatkan Jie. Sementara waktu berjaya membuat Taufik terkurung didalam biliknya. Nasib Ku Iz tidak diketahui. Dalam keadaan sekarang, Zulkarnain mementingkan Jie. Keadaan Jie masih lagi lemah. Bimbang bala menimpa lagi dan Jie tersakiti.
Justeru, Zulkarnain cuba menghubungi Shahrul. Malangnya panggilan tidak berjawab.
"Jiha.."
Zulkarnain mencungap menahan mengah. Sedaya upaya cuba bertutur. Nafas semput. Bayangan Viana maupun Zack tiada.
"Kita kena pergi dari sini.. Cepat !"
Tiada pilihan lain Zulkarnain terpaksa menggesa. Niat untuk mengejutkan Jie yang sedang lena.
Jie menggeliat malas. Mata mengantuk meski jam baru menunjukkan pukul 9 malam. Bingkas bangun juga. Tubuh lemah.
"Macam mana I nak...."
Bicara Jie terhenti apabila melihat kemunculan lelaki dimuka pintu.
"Freeze ! Atau aku akan tembak kau !"
Dua lelaki asing berkepala botak dan bertopi menggertak Zulkarnain. Mengacu pistol tepat ke kepala.
"Dan kau perempuan.. Ikut cakap aku ! Bangun !"
Jie disergah kasar oleh lelaki bertopi pula.
Jie ligat memikir cara untuk menyelamatkan Zulkarnain. Berdiri pelahan lahan sebelum berpura terjatuh.
"Kaki I sakit.."
Jie merengek manja. Menunjuk ke arah kaki. Menyerlahkan betis putih gebu yang dimiliki. Gaun hospital dipakai agak terdedah. Niat untuk menggoda.
"Jangan nak mengada ngada.. Bangun cepat !"
Nada suara tidak sekasar tadi. Taktik Jie agak berjaya nampaknya. Namun, lelaki botak masih tetap mengacu pistol ke arah Zulkarnain.
"Abang tolonglah I !"
Jie menghulur tangan ke arah penjahat disisi. Wajah memohon simpati.
Lelaki bertopi termakan helah Jie, tunduk untuk membantu. Mata terpukau menyaksi kecantikan wajah depan mata. Tambahan pula apabila melihat Jie mengomel manja. Menarik nafas. Bimbang gagal mengawal diri.
Serentak itu, satu bunyi hentakan kedengaran, lelaki botak rebah. Kemunculan Shahrul tepat pada masa. Jie lega. Zulkarnain sudah berada dalam keadaan selamat.
Shahrul terus menyerang pula lelaki bertopi yang sedang merenung Jie penuh berahi. Satu tumbukan sahaja cukup untuk membuat musuh pengsan. Memandang sekeliling. Berpuas hati berjaya menumpaskan kedua penyangak. Pandangan melirik ke arah Jie pula. Riak wajah sukar ditafsirkan.
"I tak tahu I tersalah dengar ke apa tadi.. Are you trying to flirt with this moron?!"
Shahrul agak marah dengan Jie. Mengetap bibir. Menjeling, geram
"Jiha cuma nak selamatkan I !" Zulkarnain segera menyampuk. Menangkis salah sangka Shahrul. Bimbang Jie dianggap murahan.
"We need to go now ! Nyawa Jiha dalam bahaya !" Zulkarnain menggesa lagi.
"Ok.. Let's go !" Jie bingkas bangkit. Lemah badan diabaikan.
"Kita berpecah !" Shahrul memberi cadangan.
"You call polis. Selamatkan diri you ! Sementara itu, I bawa Najiha keluar dari sini..Kita jumpa dekat hideout I nanti.. You ingat lagi jalan ke sana, kan?"
Melihat gaya Jie, Shahrul yakin mudah saja mereka tertangkap. Jie nampak lesu.
"Ok !" Zulkarnain angguk. " I akan cuba contact Vee untuk ke sana nanti.. You pakai ini.." Jubah doktor yang tersarung ditanggalkan.
"Kita tak tahu siapa kawan siapa musuh.. At least mereka susah nak cam you.." Berpaling ke arah Jie. " And you ambil ni.. Wear it now, Jiha!" Sepasang baju seragam diserahkan kepada Jie.
Dalam kekalutan melarikan diri tadi Zulkarnain sempat meminta tolong jururawat bertugas memberi pakaian seragam tambahan.
"I tak naklah pakai.. Biar I salin baju I sendiri.." Jie menolak. Menuju ke almari yang disediakan menyambar t shirt dan seluar labuh. Berura masuk ke bilik mandi untuk menyalin baju.
"Jangan degil, Jiha.. You kena menyamar .. Kita dah tak cukup masa ni.." Zulkarnain terpaksa berkeras.
"Whatever !!" Membentak marah namun Jie tetap akur saja cadangan Zulkarnain. Sedar Zulkarnain hanya memikirkan keselamatannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 5-9-2015 08:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 5-9-2015 08:49 PM
Shahrul merenung Jie yang hanya membisu disebelah. Seragam jururawat ditubuh membuatkan Jie sukar dicam. Tiada halangan sepanjang perjalanan keluar dari hospital tadi. Shahrul lega. Mencampak jubah doktor ke tempat duduk belakang kereta sebelum memecut laju Audi S8 hitam miliknya meninggalkan perkarangan hospital. Berharap Zulkarnain juga berjaya melepaskan diri.
"Dekat seminggu kita tak jumpa... Abang rindukan sayang !"
Shahrul benar benar merindui Jie. Walau sedar ada garis pemisah antara mereka.
"Kita dah janji, kan.. Panggilan ini semua..Hentikan Shah ! I tak nak you terbawa bawa.."
Jie risau badai akan melanda hubungan Shahrul dan tunangannya jika Shahrul masih mengingati semua perilaku mereka sewaktu dihutan dulu.
"Apa ada pada panggilan ? Lagipun bukan ada orang lain dengar.. Kita berdua saja !"
Shahrul endah tak endah.
"Abang tak suka cara sayang tadi.. Kalau penjahat tu tergoda macam mana?! Jangan cari pasal boleh tak?!"
Shahrul bersyukur kemunculannya tepat pada masa. Sebelum sempat lelaki gila tadi berjaya menyentuh tangan Jie. Taktik menggoda yang digunakan Jie memang boleh mencairkan mana mana lelaki. Lenggok bahasa dan pergerakan tubuh cukup membuatkan Shahrul melihat dari jauh terpana. Apatah lagi penjahat depan mata ! Masakan kucing menolak ikan..
"I cuma nak alihkan perhatian penjahat tu.. I tahulah apa I buat ! You ingat I nak serah diri ke apa?" Jie menjeling geram.
"Degil !!"
Shahrul menghentak stereng. Melampiaskan kemarahan terhadap Jie.
"You kenapa ini, Shah?!"
Jie hairan melihat reaksi yang ditunjukkan Shahrul. Mencari logik Shahrul perlu marah dengan tindakannya tadi. Jie cuma ingin menyelamatkan Zulkarnain.
Shahrul hanya terdiam. Meneruskan pemanduan. Fikiran berkecamuk.
"Abang minta maaf ! Entahlah sayang.. Tekanan sikit ! Kita sambung discuss dekat rumah nanti ok.."
Jie angguk. Enggan berbalah lagi. Mengalih pandang ke arah jalan raya.
Memikirkan Zack dan masa depan rumah tangga mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 6-9-2015 09:21 AM
Tak guna ! Hareez memaki dalam hati. Gagal lagi membunuh Zulkarnain dan menangkap Jie. Nasib baik Taufik berjaya melarikan diri dari ditangkap polis. Mujur, Taufik sempat membunuh pengikutnya untuk mengelakkan dari berpaling tadah jika tertangkap. Jadi tiada risiko perilaku jahat mereka diketahui polis.
"So, Najiha dekat mana sekarang?"
Hareez ingin tahu.
"Aku rasa Zulkarnain yang selamatkan dia.. Mamat tu memang handal.. Susah nak dikalahkan.."
Taufik terpaksa menerima hakikat kehebatan pertahanan diri yang dimiliki Zulkarnain. Nyaris diri lunyai tadi.
"Kau kena menyorok dulu, bro ! Biar aku uruskan semua dekat sini.. Thanks sebab banyak tolong aku.."
Hareez menepuk bahu Taufik.
Malangnya, Taufik hanya menggeleng.
"Aku tak nak kau expose diri kau, bro ! Biar aku settle kan semua.. Jangan risau.. Najiha tetap akan jatuh ke tangan kau.. Percayalah cakap aku.."
Semangat setiakawan antara mereka memang jitu. Taufik sangat sayangkan Hareez seperti saudara kandung. Segala kemahuan Hareez pasti akan ditunaikan. Cuma cepat atau lambat sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 6-9-2015 06:56 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Shahrul bahagia tika ini. Melihat Jie berada disisi. Lepas juga kerinduan terpendam. Bergurau senda sedari tadi sementara menanti kemunculan Zulkarnain dan Viana.
"Sayang dengan Zack dah okay ke?" Shahrul sekadar ingin tahu.
Memandangkan gambar gambar mereka berdua tersebar meluas, Shahrul tidak mahu menjadi punca keretakan mahligai Jie. Walau jauh disudut hati pernah berharap Zack akan menceraikan Jie.
Namun, Shahrul tidak mahu digelar mengambil kesempatan atau menangguk di air keruh. Terpaksa menerima kenyataan jodoh mereka tiada.
"Ok.. Cuma Daddy dan Mommy macam susah sikit nak terima pelakuan Zack.. Tapi I tak salahkan Zack.. Dia pun manusia biasa.."
Jie senyum meyakinkan Shahrul. Kisah rumahtangga mereka biarlah rahsia. Jie tahu Zack berusaha keras menawan semula hati Maznah dan Dato' Hanafi.
Dalam masa yang sama, Jie menunggu saat sesuai untuk memohon kemaafan dari Mama dan Papa mertuanya. Sekurang kurangnya Jie berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka. Cinta dan kasih sayang Jie masih buat Zack.
Zack memang bertuah ! Shahrul menggumam dalam hati.
"Abang terpaksa kahwini Lily.. Hujung bulan ni.."
Meraup wajah. Shahrul keliru. Hati berat untuk mengahwini tunangnya. Jie pula kekal isteri Zack. Serba salah.
"Congratulations then.. Nanti you bagilah kad jemputan.. Insya Allah I datang.."
Giliran Jie pula merasa kekok disamping Shahrul. Riak wajah bersahaja. Pintar menyembunyi rasa. Tidak terkejut dengan berita perkahwinan Shahrul. Merenung bintang dilangit.
"How I wish you will be my companion.." Shahrul tunduk. Resah.
"Shah.. Kita dah ada pasangan dan komitmen masing masing.. I bukan lagi gadis suci macam you kenal dulu.. I pernah kahwin 3 kali.. You tak deserve wanita macam I..I ni dah macam sisa orang.."
Itulah kata kata nista dari Puan Sri Zainab, Mama kepada Shahrul terhadap Jie sewaktu menemuinya dihospital tempoh hari. Meski itulah kali pertama mereka bersua muka. Wanita berusia itu ingin memastikan Jie tidak menganggu gugat kebahagiaan anak sulungnya. Takut Shahrul enggan mengahwini Lily.
"Sayang please.." Shahrul kurang senang mendengar.
" Sayang bukan barang ! Abang tak sukalah sayang cakap macam tu.." Riak wajah bertukar serius. Tegang.
"Baiklah Abang Shahrul..Jangan serius sangat muka tu..Karang kena jual.." Jie sengaja mengusik untuk mengelakkan perbalahan.
"Pandai sayang ambil hati, kan?" Shahrul mencuit hidung Jie.
"Dah lama tak dengar sayang panggil abang.. Rasa teringin pula nak dengar.." Shahrul berharap Jie sudi mengabulkan permintaannya.
"Let me think about it.." Jie gelak.
"By the way, you try lah call Zul.. I risaukan dia.."
Topik perbualan berubah. Jie tidak mahu membiarkan Shahrul hanyut dibuai perasaan.
Sharul hanya menurut permintaan Jie. Mencapai telefon bimbit lalu segera mendail nombor Zulkarnain.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 6-9-2015 10:34 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 6-9-2015 10:40 AM
"Bangun !!!"
Satu simbahan air mengenai wajah Zack dan Lily. Kedua mereka terjaga dari lena. Terkejut. Lily menangis ketakutan. Pertama kali diri dijadikan tawanan. Wajah bengis didepan mata menyeramkan.
"Selamat datang Zack.. Kau mungkin tak kenal aku.. Tapi aku kenal sangat kau.." Taufik senyum sinis.
"Siapa kau ?! Apa permusuhan kau dengan aku?!"
Zack menyoal balik. Tidak gentar. Mencari peluang melepaskan diri. Risau memikirkan Lily.
"Kau cuma mangsa keadaan Zack.. Silap kau sebab kahwini Najiha ! Dia hak aku !!"
Hareez muncul. Membawa pisau ditangan. Bila bila masa nyawa Zack bakal ditamatkan.
"Najiha milik kau?!" Zack gelak.
" Kau antara lelaki yang bermimpi di siang hari ! Pathetic !" Memprovok musuh yang hanya dikenali sebagai Hareez.
Pertemuan tadi rupanya satu perangkap. Zack yakin air minuman mereka telah dicampur sesuatu. Kepala khayal usai meneguk Coke yang dihidang.
Hareez bengang. Mengarahkan Taufik membelasah Zack. Bertindak mengikut arahan, Taufik membantai tubuh Zack selunyainya.
Pandangan Hareez beralih ke arah Lily.
"Dan kau perempuan, kalau kau nak selamat, ikut arahan aku !" Hareez menarik kasar rambut Lily. Mencampak telefon bimbit ke arah Lily. Lily terketar menyambut.
"Call tunang kau.. Now !" Hareez menengking kasar. Menunjal kuat kepala Lily.
Seumur hidup belum pernah dilayan seteruk ini. Air mata makin lebat. Lily mendail nombor telefon Shahrul. Debaran terasa didada. Pilu mengenang nasib diri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 6-9-2015 11:09 AM
Shahrul terjaga mendengar deringan telefon bimbit miliknya. Memikir panggilan dari Zulkarnain memandangkan lelaki itu memberitahu tadi akan datang agak lewat ke mari. Mengesahkan dirinya berada dalam keadaan selamat. Kini disamping Dato' Hanafi. Berbincang tentang cara untuk memastikan keselamatan Jie.
Sempat mengusap wajah Jie disisi. Membetulkan selimut Jie. Lantaran keletihan Jie tertidur mengerekot diatas sofa. Tak sampai hati mengejutkan Jie, Shahrul mengangkat Jie ke bilik. Berhasrat menemani Jie seketika, Shahrul jua terlena disisi Jie.
Mujur Jie tidak menyedari pelakuannya. Malah tidur lena berbantalkan lengan Shahrul.
Shahrul senyum sendiri sebelum menjawab panggilan. Mencapai telefon bimbit.
"Hello.." Nada suara malas.
"Apa?!"
Umpama terkena kejutan elektrik Shahrul tersentak. Terjerit kuat.
Tindakan Shahrul membuat Jie terjaga. Segera bangkit. Gusar memikir bagaimana Shahrul juga boleh berada disini.
Seingat Jie mereka berbual ditaman sebelum menghabiskan masa diruang tamu. Merenung tajam ke arah Shahrul yang masih bercakap di telefon. Inginkan penjelasan. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 6-9-2015 08:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 7-9-2015 12:59 AM
Shahrul dan Jie bergegas ke banglo milik Dato' Hanafi. Viana ada bersama Dato' Hanafi dan Zulkarnain. Suasana kelam kabut dengan bibit pertengkaran antara Viana dan Khalid.
Khalid menyalahkan Jie kerana Zack kini menjadi tawanan. Bimbangkan adik bongsunya. Penculik menginginkan Jie sebagai pertukaran. Hanya Shahrul diarahkan membawa Jie ke sana. Selain dari Shahrul, nyawa Zack akan melayang.
Shahrul berbelah bahagi. Sukar memilih diantara nyawa tunangnya atau Jie. Penyangak itu memberi masa 24 jam supaya Shahrul menyerahkan Jie atau Lily akan dibunuh.
Khalid turut buntu. Zack adalah darah daging sendiri manakala Jie adalah adik iparnya. Serba salah. Memikirkan Rayyan kini masih terlantar trauma, Khalid takut Mama dan Papa sukar menerima kenyataan andai sesuatu menimpa Zack. Wajah Tan Sri Isa dan Tengku Safiah yang turut berada disitu murung.
"Jie adik I ! I takkan benarkan dia jatuh ke tangan penjahat semata mata nak selamatkan adik you !"
Viana menentang keras hasrat Khalid untuk membiarkan Jie menjadi umpan.
"Fine ! You nak selamatkan adik you.. Habis you nak I biarkan adik I mati?! You tahu tak punca sebenar semua ini adalah adik you?!"
Khalid menjeling benci ke arah Jie. Gara gara Jie, keluarga mereka berpecah belah.
Pembawa malang ! Khalid menyumpah seranah dalam hati. Kehadiran Jie memang membawa bencana. Dulu Rayyan sudah terkena. Kini bala menimpa Zack pula.
"Enough !" Zulkarnain terpaksa masuk campur perbalahan suami isteri itu.
"I pun tak setuju kalau you nak risikokan nyawa Jiha.. Ini mungkin satu perangkap ! You ingat semudah itu penjahat ni nak lepaskan Zack?! You lupa macam mana dia perangkap Rayyan?!"
Zulkarnain menengking kuat. Tindakan Khalid menyalahkan Jie adalah tidak wajar. Sementelah, Jie juga adalah mangsa keadaan.
"Rileks bro.." Shahrul menenangkan Zulkarnain dan Khalid. Takut tercetus pergaduhan.
"Bukan setakat Zack sahaja yang jadi tawanan, tunang I sekali dalam tangan mereka.. Azim cuba trace location Zack guna nombor telefon dia.. Kita berdoa semua selamat.. Jangan risau ! I pun takkan gadaikan nyawa Najiha.."
Shahrul berdiri ditengah. Merenung Zulkarnain dan Khalid. Berharap mereka sedar sekarang bukan masa untuk bertekak. Khalid sememangnya tidak serasi dengan Zulkarnain sejak dulu menjauhkan jarak.
"Mama merayu pada Najiha.. Tolong selamatkan anak Mama.." Tengku Safiah melutut dihadapan Jie. Memohon demi kelangsungan hidup anak bongsunya.
Jie terpaku seketika. Kelu untuk memujuk Mama mertuanya. Hati galau memikir nasib Zack.
Deringan telefon bimbit Shahrul kedengaran. Tumpuan Jie tertumpu pada Shahrul.
"Kau gila ke?! Kau kata aku ada masa 24 jam untuk bawa Najiha.." Shahrul membentak, geram. Diri rasa dipermainkan.
"Biar I yang cakap dengan dia.."
Jie meminta Shahrul menyerahkan telefon bimbit kepadanya.
Walau keberatan, Shahrul menurut saja kehendak Jie.
"Bagitahu I lokasi you.. I sendiri akan datang jumpa you.. Lepaskan suami I dan tunang Shahrul ! Mereka tak bersalah.. Ini hanya antara kita berdua !" Jie bersuara tegas.
Seketika kemudian, Jie mencapai pen di atas meja. Mencoret sesuatu di atas kertas.
"Jumpa I dalam masa kurang dari satu jam.." Usai berkata begitu Jie menyerahkan telefon semula kepada Shahrul.
Shahrul terpinga dengan tindakan berani Jie.
Jie bergegas mengambil kunci kereta yang tersangkut didinding namun sempat dihalang oleh Zulkarnain.
"I teman you !" Zulkarnain segera menawarkan diri.
"Vee pun sama !" Viana takkan mungkin membiarkan Jie bersendirian mengharung saat sukar begini.
"Dear.. I tak izinkan you bahayakan diri you !" Khalid pantas menghalang langkah Viana.
"It's ok, Vee ! Dengarlah cakap husband Vee ! Karl betul ! Jie adalah punca permusuhan ini.. Biar Jie tamatkan semua sendiri !" Jie memeluk Viana sebelum berlalu.
"And you, Zul.. Zeeta dan Danish lebih perlukan you.. I tak nak keselamatan you terancam.."
Kalau kematian Jie boleh membuatkan musuh puas hati, Jie pasrah. Hidupnya pun asyik dirundung malang. Simpati terbit pada Zack dan Lily yang menjadi tebusan.
Jie terus berlari menghala ke Golf GTI yang terparkir diluar banglo.
Zulkarnain dan Shahrul pantas mengejar. Viana juga turut serta meski dihalang oleh Khalid. Membuatkan Khalid juga terpaksa ikut sama. Mereka memandu dua kereta berasingan. Shahrul menaiki kereta dipandu oleh Zulkarnain manakala Khalid mengikut Viana.
Dato' Hanafi memeluk isterinya. Meminta Maznah bertenang. Riak wajah bersahaja.
Berbeza dengan Tengku Safiah dan Tan Sri Isa.
Kalau tadi merisaukan Zack sahaja kini Khalid juga membuat hati tua mereka tidak keruan. Mana lagi memikirkan Rayyan dirumah. Pening kepala !
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 7-9-2015 01:34 AM
Saat yang ditunggu Hareez kini tiba. Najiha sedang dalam perjalanan menemuinya. Senyuman mekar dibibir. Mencebik ke arah Zack yang sedang longlai. Darah mengalir dimuka dan badan. Tiada simpati dalam diri. Menarik kasar rambut Zack sebelum menghentak kuat di kepala.
"Sekejap lagi isteri kau akan berada dalam pelukan aku ! Aku nak kau ucapkan selamat tinggal pada dia.."
Hareez tertawa kuat. Perhatian beralih ke arah Lily. Menyentuh kasar dipipi.
"Kau bernasib baik sebab aku tak berminat nak jadikan kau pemuas nafsu aku.. Aku nak Najiha yang 'layan' aku seumur hidup aku !"
Melepaskan sentuhan terhadap Lily. Hareez senyum sinis. Rindu untuk bersua kembali dengan Jie.
"Kalau pun kau berjaya dapatkan Najiha, kau cuma akan miliki tubuh dia saja.. Hati dia takkan jadi milik kau !! Najiha cuma cintakan aku !!"
Zack sudah tidak kisahkan nyawanya lagi. Rela dibelasah sehingga mati sekalipun. Itu lebih baik dari melihat Jie jatuh ke tangan lelaki gila bernama Hareez ini.
"Zack.. Zack.. Aku kesiankan kau ! Kau ingat Najiha betul betul cintakan kau ke? Nampaknya kau belum kenal isteri kau lagi.. Biar aku kenalkan siapa sebenarnya Najiha pada kau.."
Hareez mengarahkan Taufik mengambil kamera video yang terletak di atas meja. Menunjuk satu rakaman video ke arah Zack.
"Kalau Najiha betul betul cintakan kau, kenapa dia boleh bermesraan dengan jantan lain?!"
Zack terpaku seketika melihat adegan depan mata. Terpapar kemesraan diantara Shahrul dan Jie. Sekali pandang seperti pasangan kekasih dilamun cinta.
"Kau tengok sini pulak perempuan !" Hareez menyua ke arah Lily pula. " Buka mata besar besar !! Tunang kau curang dengan isteri dia !!" Jari menunjuk ke arah Zack. Mengejek.
Lily hanya mampu mengalirkan air mata. Sayu melihat bertapa bahagianya Shahrul disisi Jie. Padanlah Shahrul berlainan sekali sekarang.
"I dah tepati janji I ! I nak you lepaskan Zack dan Lily !"
Jie muncul lalu segera menghampiri Hareez. Sempat menjeling sekilas Zack. Suaminya tampak lemah terikat. Lily disebelah sedang menangis dalam keadaan kaki tangan terikat di kerusi.
"I miss you, my dear !"
Hareez mengusap rambut ikal Jie. Rindu. Sukar untuk membuang cinta yang bertapak sekian lama.
"Tengku Hareez Syah?! Bukan you sepatutnya ... ?"
Jie terduduk seketika. Esak tangis kedengaran. Teringat saat manis berdua dulu.
Mereka pernah membesar bersama sama. Tengku Hareez Syah adalah anak bongsu kepada Tengku Idris Syah. Kalau tidak salah Jie, Tengku Idris Syah merupakan anak saudara Nenda. Jadi secara tidak langsung lelaki ini merangkap abang sepupunya. Rasa mereka terpisah sejak Jie melanjutkan pelajaran ke Ohio. Malah, Tengku Hareez juga gagal menghadirkan diri sewaktu perkahwinan Jie dan Rayyan. Sukar memastikan bagaimana Hareez mengenali Zack sebagai suaminya kini.
"Apa makna semua ini, Hareez? Kita kan bersaudara ! Sampai hati you huru harakan hidup I.."
Jie mengesat air mata dipipi. Sedih memikir lelaki yang pernah disanjung tinggi adalah dalang dalam usaha memusnahkan rumahtangganya. Apa dosa Jie sehingga tergamak Hareez bertindak sebegini rupa?
"You pernah janji untuk sentiasa temani I ! Kemudian, you kahwini Rayyan ! You tahu tak, I macam nak mati terima hakikat tu ! I terpaksa dapatkan rawatan dihospital sakit jiwa gara gara I tak boleh lupa pengkhianatan you pada I ! You kejam Najiha !"
Hareez masih ingat saat Jie berjanji untuk kekal berada disisi. Mengharungi suka duka bersama walau sedar Tengku Idris menentang keras hubungan mereka. Atas alasan apa Hareez sendiri sukar mengerti. Papa seperti tidak menyukai Jie.
"I pernah tanya kan you satu soalan bila I tahu you pilih Zack sewaktu belajar di Ohio.. Soalan I, kalau Zack tak pernah muncul dalam hidup you, adakah I masih ada peluang untuk rebut hati you? You ingat tak lagi jawapan you pada I?!"
Sehingga ke hari ini Hareez sukar menerima kenyataan Jie hanya pintar bermain madah. Diri merana kerana terpedaya.
"I mengaku salah I bagi harapan palsu pada you dulu, Hareez.. You boleh hukum I tapi lepaskanlah Lily dan Zack!" Jie tunduk melutut. Merayu belas kasihan dari Hareez.
"I akan lepaskan mereka ! Tapi bergantung pada sejauh mana you berjaya puaskan hati I.." Mengelus lembut jari jemari Jie sambil berbisik halus. Jie kaget dengan permintaan Hareez.
Hareez senyum mengandungi seribu makna. Yakin Jie akan tunduk pada kemahuannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Damn u hareez... Kesian jie... |
|
|
|
|
|
|
|
Camnelah pulihan JIE skrg agaknya...![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 9-9-2015 07:53 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 9-9-2015 11:19 PM
"Jahanam !!"
Shahrul naik angin. Menghentak kuat kereta sebaik mendengar perbualan antara Jie dan lelaki psiko bernama Hareez. Rupanya Jie sudah bersiap sedia memakai peranti ditubuh sebelum ke sini untuk membolehkan Zulkarnain mendengar segala butir bicara dari jarak jauh.
Malah gelang tangan dipakai Jie mengandungi GPS bagi memudahkan urusan menjejaki Jie. Padanlah Dato' Hanafi tenang membiarkan Jie bertemu dengan penjahat. Ada rancangan diatur oleh Zulkarnain dan Dato' Hanafi.
"Apa kita nak buat sekarang? Takkan nak biarkan Najiha ikut cakap lelaki gila tu?!""
Shahrul menyoal risau. Takut Jie tunduk pada Hareez. Mata tidak lekang meninjau keadaan sekeliling menggunakan teropong. Memerhatikan gerak geri musuh dari jauh. Jelik melihat perilaku Hareez terhadap Jie. Simpati pula bila terpandangkan Zack dan Lily.
"Tunggu isyarat dari Jiha.. "
Zulkarnain kekal tenang. Leka mendengar Jie berusaha mengelak kehendak Hareez. Yakin Jie bijak memanipulasi keadaan untuk menyelamatkan Zack dan Lily.
Shahrul memprotes dalam hati namun akur dengan perancangan Zulkarnain.
Manakala pada masa sama, suasana didalam bangunan tempat Zack dan Lily terkurung agak menyeramkan. Setiap sudut dikawal rapi pegawai bersenjata. Sukar untuk Jie bertindak. Perlu bijak mengawal emosi. Jie masih melutut memohon simpati. Cuba meyakinkan Hareez supaya melepaskan Lily dan Zack. Menyatakan kerelaan untuk patuh arahan.
Hareez menarik Jie untuk berdiri disisi. Merangkul erat Jie dihadapan Zack. Satu ciuman hampir mengenai leher jenjang didepan mata.
"Please Hareez.. Not now ! I masih dalam confinement !" Hanya itu alasan munasabah untuk Jie mengelak.
Jie menolak tubuh Hareez. Permintaan Hareez memang melampau ! Meminta Jie menemani di ranjang. Melayani nafsu serakah andai ingin Zack dan Lily dibebaskan.
" Really? I lupa pula.." Hareez tertawa kemudiannya.
"Anyway twins you yang pre mature tu memang comel.. Tapi sayang.. berDaddykan lelaki tak guna ni !!" Satu suara bergema merasuk Hareez. Mendekati Zack dengan pisau terhunus ditangan.
"Anak tu sepatutnya anak aku !! Dan Najiha sepatutnya jadi isteri aku bukan kau !!"
Hareez nekad untuk menikam Zack. Selagi Zack hidup, selama itulah usaha gagal mendapatkan Jie.
Mujur, Jie bertindak pantas menarik tangan Hareez menjauhi Zack.
"Letakkan pisau tu, Hareez !" Jie cuba memujuk. " I sayangkan you ! Tolong dengar cakap I !"
"Arghh !!" Hareez rimas. Bayangan gelap menghantui diri. Gagal mengawal fikiran. Menghala pisau ke arah Jie pula.
"You sayangkan I ?! Habis, kenapa you kahwini dia?! I cintakan you sejak kita kecil lagi.. I ingat lagi Najiha.. You janji akan jadi milik I selamanya.."
Zaman kanak kanak mereka terimbas kembali. Hareez baru berusia 12 tahun ! Jie 3 tahun lebih muda. Masih mentah mengenal dunia. Mereka berpimpin tangan menelusuri taman permainan. Hareez meminta Jie berjanji bahawa mereka akan berkahwin apabila dewasa kelak. Jie senyum tanda mengiyakan.
"I budak mentah masa itu.. Salah I sebab lupakan semua tentang you ! I minta maaf !" Jie tunduk. Airmata berlinang.
"Maaf you takkan mengubah apa apa Najiha.. Hidup I dah lama hancur sebab you ! You khianati I ! " Hareez ingin membuat Jie sarat rasa bersalah.
"Kenapa baru sekarang you ungkit janji ni semua, Hareez ? Kenapa tak dari dulu lagi?"
Jie keliru. Kalau saja Hareez berterus terang dari awal, situasi mereka pasti takkan serumit sekarang. Masakan tidak, Jie sudahpun mengahwini Zack dan kini memiliki zuriat.
"Sebab I pegang kata kata you, Najiha ! You cakap you akan cari I andai ditakdirkan hubungan you dan Zack putus ! Tapi kenapa you tak cari I? I tunggu you ! Kenapa you kahwini Rayyan ?! And even after you bercerai dengan Rayyan pun you tetap tak pilih I ! Bertahun I bersabar dan cuba lupakan you ! Cukuplah you buat I merana ! I nak you tunaikan janji you sekarang ! Tinggalkan Zack !!"
Hareez kian mendesak. Jie sedaya upaya cuba bersabar melayani kerenah gila Hareez. Enggan sesiapa pun tercedera. Tambahan pula Hareez dan Jie bersaudara. Jie terfikirkan sesuatu.
"I akan tinggalkan Zack.. Untuk you ! Tapi you kena janji dengan I satu perkara.." Jie menghampiri Hareez. Memujuk.
"Janji you takkan mungkir lagi?!" Hareez inginkan kepastian. Senyum lebar.
Jie hanya angguk. Merenung sekilas ke arah Zack. Perasaan bercampur baur.
Zack hampir 'mati' mendengar kata kata Jie. Terbayang rumah tangga mereka musnah. Pilu memikir nasib anak anak mereka.
"You 'sakit' Hareez.. I akan bantu untuk pulihkan you ! Kita dapatkan rawatan pakar psikiatri untuk you supaya you sihat semula ok?" Jie menyentuh lembut tangan Hareez. Menatap sepasang mata milik Hareez.
"I tak gila, Najiha !! I tak perlukan rawatan tu semua... I masih waras ! I just need you !"
Cukuplah Hareez terlantar bertahun tahun di hospital sakit jiwa. Memang bayangan gelap masih menghantui namun Hareez dapat membezakan realiti dan fantasi kini.
" Kalau macam tu buktikan pada I you waras, Hareez ! Buat perkara yang betul ! Lepaskan Zack dan Lily !" Jie berharap Hareez menurut kata.
"Itu bergantung pada sejauh mana you dapat yakinkan I ! You pernah tipu I sekali, Najiha.. Susah I nak percayakan you tapi it's ok I bagi you peluang.." Hareez memikir sejenak.
"Erm I nak kiss you depan husband you.. Sooner or later you akan jadi milik I, kan?"
Usai berkata begitu, Hareez terus saja menarik Jie ke dalam pelukan. Mengusap lembut pipi Jie. Merenung penuh ghairah.
Riak wajah Jie berubah. Hareez memang masih gila macam dulu ! Berusaha mengelak. Tiada pilihan lain Jie menendang kuat Hariz. Pelukan terlerai.
Jie berjaya merampas pistol dari poket Hareez. Menembak pengawal yang mengawasi Zack serta Lily.
Hareez tergamam dengan tindakan luar kawal Jie. Mendengus marah. Mengarahkan Taufik mengendalikan keadaan sekeliling. Target Hareez untuk membawa Jie pergi dari situ.
Zulkarnain segera merempuh masuk sebaik tembakan pertama dilepaskan Jie. Shahrul turut serta bersama beberapa orang suruhan Dato' Hanafi. Tujuan utama adalah untuk menyelamatkan Zack dan tunangnya.
Jie lega melihat Zack dan Lily berjaya diselamatkan. Mengacu pistol ke arah Hareez.
"Jangan dekati I.. Atau you akan menyesal !" Amaran keras diberikan oleh Jie.
"Just shoot me ! I sanggup mati ditangan you, Najiha.. Tapi ingat ! Kalau I mati, baby you turut sama mati !!" Hareez mencampak kamera video ke arah Jie. Jie terkesima menyaksikan rakaman depan mata.
"Hidup dengan I, Najiha ! I takkan sia siakan you.." Hareez yakin Jie akan tunduk mengikut kata demi memastikan kembar miliknya selamat. Pantas mencapai suntikan pelali didalam saku lalu dicucuk ke tangan Jie yang sedang leka.
Tubuh Jie terhuyung hayang. Pandangan kelam. Rebah terus tidak sedarkan diri. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|