|
/ Presidential Suite 11 / CHE AHMAD SHAHIR hoi hoi hoi / JUARA AF8 /
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by molley444 at 22-6-2010 11:27
kakpah baru call aku...semua no tipon tadi aku dah bagi kat kakpah...nanti kakpah call.. yg mana belum bagi tu..sila PM aku secepat mungkin..tq
dan kakpah pesan....jgn rasa kecik ati / sakit ati ngan aqso tegur2 page tu....sebab shahir nak menjaga hati semua org.. ok..harap kita semua faham situasi dia.. iihihih
apapun tabahlah shahir
|
|
|
|
|
|
|
|
awat plak bleh berubah sekelip mata?
pms gamaknya depa neh........
melia_star Post at 22-6-2010 11:19
tu la kan..pms ke pun..senang betui hati berubah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siti raya sakan dengan Shahir, Akim
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
2010/06/22
DALAM kesibukan menjadi usahawan produk kecantikan, jadual nyanyian Datuk Siti Nurhaliza tetap padat. Selain undangan nyanyian di majlis keramaian, tidak lengkap sajian program hiburan raya setiap tahun jika tidak mengundang Siti menyanyi.
Jumaat lalu, Siti sudah 'beraya sakan' dengan Juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Shahir dan seorang lagi bintang AF7, Akim.
Rakaman program bergelar Lebaran Diva Datuk Siti Nurhaliza itu adalah terbitan Astro dan berlangsung di Studio Satu.
Menerusi rancangan khas itu, Siti menyanyikan beberapa lagu popularnya seperti Debaran Cinta dan Bukan Cinta Biasa yang dipersembahkan dalam susunan muzik terbaru. Selain itu Siti berduet dengan Shahir dalam lagu Ketika Cinta Bertasbih.
Siti turut mendendangkan lagu bertemakan raya antaranya Air Mata Syawal serta medley Malam Bulan Dipagar Bintang, Puisi Cinta dan Indahnya Beraya Di Desa.
Shahir turut menyanyikan lagu single pertamanya, Kebahagiaan Dalam Perpisahan serta berpadu vokal dengan Akim menerusi lagu Balik Kampung dan Satu Hari Di Hari Raya. Akim juga mempersembahkan lagu solo, Inilah Cinta dan Menunggu.
Mengulas mengenai gandingan bersama bintang realiti itu, Siti memaklumkan dia tidak berdepan masalah untuk digandingkan dengan artis yang lebih muda malah penampilan peserta yang dicungkil bakat oleh Astro itu ternyata ada keistimewaan tersendiri.
"Pemilihan mereka untuk tampil dalam persembahan ini adalah menerusi perbincangan dengan Astro. Siti tidak berdepan masalah untuk menjayakan persembahan dengan artis muda seperti mereka. Ia berbeza daripada rakaman raya yang pernah Siti buat sebelum ini," kata Siti.
Tambahnya, susunan muzik yang berbeza adalah satu lagi kelainan yang ditampilkan menerusi program itu yang bakal disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104) pada Aidilfitri ini. Sebelum ini, Siti turut terbabit dalam rakaman program raya bersama TV3, TV9 dan RTM.
Sementara itu Siti terus menyimpan impian mengadakan lagi konsert berskala besar. Walaupun keadaan ekonomi bertambah baik sekarang, kesukaran mendapatkan penajaan terus menjadi halangan utama kepada artis tempatan termasuklah Siti.
Pengalaman menganjurkan Konsert Satu Muzik di Istana Budaya (IB) awal tahun ini membabitkan penyanyi terkenal seperti Aizat dan Faizal Tahir memberi pengajaran betapa sokongan daripada syarikat korporat atau penaja amat diperlukan.
Walaupun konsert berkenaan berjaya dan mendapat sambutan memberangsang daripada peminat muzik, pihaknya menerusi Siti Nurhaliza Production (SNP) berdepan kos perbelanjaan yang tinggi. Menyedari perkara itu sokongan daripada pihak penaja sangat dialu-alukan.
"Siti memang dalam perancangan untuk mengadakan konsert besar lagi, kemungkinan di mana-mana stadium. Konsert itu adalah sebahagian daripada sambutan pembabitan Siti sepanjang 15 tahun dalam dunia seni. "Hendak diikutkan persembahan pada konsert sebelum ini banyak mengeluarkan duit sendiri. Di sinilah betapa pentingnya peranan pihak penaja. Bukan saja dapat membantu meningkatkan martabat industri seni Malaysia malah penganjuran konsert itu platform terbaik untuk penaja menaikkan imej syarikat.
"Konsert Satu yang berjaya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Kami juga sedang mempertimbangkan untuk membawa konsert berkenaan ke Esplanade, Singapura," kata pemilik jenama SimplySiti ini.
Baru beberapa bulan produk kecantikannya itu berada di pasaran pihaknya sudah mendapat maklum balas positif daripada masyarakat. Difahamkan produk kecantikan berkenaan melepasi sasaran jualan yang ditetapkan. Berita itu cukup menggembirakan Siti yang memaklumkan ia sesuatu yang mengejutkan dan memberikan motivasi kepadanya untuk terus gigih dalam memperluaskan perniagaan produk berasaskan kecantikan dan kesihatan itu.
"Syukur alhamdulillah selepas dilancarkan produk SimplySiti berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan. Ini satu permulaan baik seterusnya membantu untuk memantapkan perniagaan. Produk ini sudah dipasarkan di Watson dan akan datang pula ke pusat beli-belah Jusco. Kalau tiada aral, produk minyak wangi Siti juga akan dikeluarkan. Siti juga ada perancang untuk memasarkan produk Siti ke luar negara selepas ini," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
ntah laa..time kutuk2 cam tak hingat..bila tuan punye badan on9 mule la menggedik memuji2.. ...
dax_wdw Post at 22-6-2010 11:22
:@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
kakpah baru call aku...semua no tipon tadi aku dah bagi kat kakpah...nanti kakpah call.. yg mana bel ...
molley444 Post at 22-6-2010 11:21
tak rasa kecik ati pun..kami paham aqso tu bz..jgn la mintak2 lebih2 sgt..sebz2 kita bz lg dia ..kita kena phm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
molley444 Post at 22-6-2010 11:23
molley check pm |
|
|
|
|
|
|
|
hoi...hoi..hoi..shadax,shamolley,shamelia,shabrastagi
mdbeaute Post at 22-6-2010 11:22
hoi hoi hoi shamd... |
|
|
|
|
|
|
|
tak rasa kecik ati pun..kami paham aqso tu bz..jgn la mintak2 lebih2 sgt..sebz2 kita bz lg ...
brastagi Post at 22-6-2010 11:26
setujuuuuuuuuuuuuuu...tah2 shahir tgh skodeng kita..kikikiik |
|
|
|
|
|
|
|
bermuka2 kann...tu namanya kuih talam bermuka serimuka...
brastagi Post at 22-6-2010 11:28
bermuka2....berseri2...wakkakakakak...tapi hampeh je semua...sudah kutuk2..puji2 plak..pasni kutuk2 lagik.. |
|
|
|
|
|
|
|
bermuka2....berseri2...wakkakakakak...tapi hampeh je semua...sudah kutuk2..puji2 plak..pas ...
molley444 Post at 22-6-2010 11:32
dah ludah jilat balik |
|
|
|
|
|
|
|
dah ludah jilat balik
mdbeaute Post at 22-6-2010 11:35
kannnnnnnnnnnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
| |
|