Warga emas tinggal sendirian ditemui rentung dalam rumah terbakar
Anggota bomba memadam kebakaran rumah di Kampung Pituru, Kudat. - Foto Bomba
KUDAT: Seorang wanita warga emas rentung selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Pituru, di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 8 malam, mangsa berusia 76 tahun yang tinggal sendirian ditemui di ruang tamu selepas api dipadamkan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Penolong Penguasa Bomba Ishak Jabas berkata pihaknya menerima panggilan jam 10.10 malam. Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 45 kilometer dari balai bomba.
"Kebakaran dipadamkan orang kampung sebelum ketibaan pasukan bomba. Terdapat seorang mangsa ditemui rentung di ruang tamu dan diserahkan kepada polis," katanya dihubungi, hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1307582/warga-emas-tinggal-sendirian-ditemui-rentung-dalam-rumah-terbakar
|