Adira & Shahir Juara Pilihan Juri
by Ashraf Abd Manaf | 16 May 2010
"Adlin pernahberitahu Adira menjadi peserta kegemarannya. Manakala saya pula tidakpernah sebut siapa peserta kegemaran saya. Tetapi pada malam ini, sayalihat Shahir mampu menjadi juara kerana penonton dah nampakkebolehannya serta dia mempunyai auranya yang tersendiri.
"Aura tidak dapat diukur tetapi dirasai dan saya dapat merasakannya pada malam ini," ujar Aznil yang lebih mesra disapa Pak Nil.
Peserta patut tersingkir pilihan juri:
Adlin: Daus
Adibah: Maulana
Aznil: Ain
Rorine Post at 16-5-2010 10:39 PM
Lima Ke Konsert Akhir
NadiawatiAinul Basir, atau Ain 24 menjadi pelajar terakhir yang diumumkantersingkir daripada persaingan Akademi Fantasia 8. Ini bermakna diamemberi laluan kepada lima pelajar lain untuk beraksi di Konsert Akhirminggu depan. Lima pelajar, Adira, Daus, Iwan, Maulana dan Shahir telahdiumumkan berjaya ke Konsert Akhir, di Stadium Putra Bukit Jalil 22 Mei2010 ini
Ain gagal meraih sokongan peminat menerusipersembahannya semalam menerusi lagu madley Luka Dilukai (Shima)danFalling For You (Colbie Caillat). Malah, Aznil selaku pengkritik tetaptelah memilih Ain untuk tidak berakhir di Konsert Akhir. Pun begitu,keputusan malam ini memang mendebarkan kerana saingan sengit untuk limaini. Persembahan cemerlang Ain pada Konsert Tirai menerusi lagu TheClimb masih diingati namun tidak cukup untuk melayakkannya ke KonsertAkhir
Shahir mengungguli kedudukan pelajar setelah undianditutup dengan 31.58 peratus diikuti Adira 14.62 peratus, Daus (14.28),Iwan (13.30) Maulana (13.28) dan Ain berada di kedudukan terakhirdengan 12.94 peratus. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hanya limatempat untuk konsert akhir AF8. Ini bermakna, Ain sebagai pelajar yangmendapat undian terendah terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia 8
Buatpertama kali dalam sejarah Akademi Fantasia, Konsert Akhir nanti bolehditonton dalam visual berdefinisi tinggi (HD) di saluran 124. Untukmelanggan, layarilah laman web www.astro.com.my/byond. Untuk yang inginmenonton secara langsung di Stadium Putra, tiket konsert akhir jugasudah mula dijual. Dapatkan di www.axcess.com.my atau telefon di talianHotline: 03-77115000
Mulai malam ini, kedudukan undian pelajartidak akan dapat dilihat menerusi Butang R mahupun di laman web rasmiAkademi Fantasia. Kedudukan undian hanya dapat diketahui sewaktu DiariAF8 pada hari Selasa dan Khamis, jam 7.30 malam di Astro Ria (saluran104). Jadi, segalanya terlatak di tangan anda sekarang.
Teruskan mengundi untuk menentukan juara pilihan anda
UNDIAN PUKAL
SMS: Taip AFUNDI<3/5/10> nama singkatan PELAJAR untuk (3/5/10 undian) ke 32999. Contoh : AFUNDI3 KE 3299
yuhuuuuuuuuuuuu..haku orang baru kat sini..cuma nak bgtahu...aku teruja ngan shahir ni sejak konsert pengenalan tu tapi haku heran apasal masa tuh orang tak pandang sgt dia nih.....dlm hati haku ckp..ensemnya budak ni....dah dekat ujung2 ni baru lah aura dia ramai yang nampak heheheheh..... .....
haku tersengih sorang2 depan tv tgk shahir sabtu lepas bergelek...ensem siotttttttt...mata dia seksi pastu dia kalu bercakap tu suara dia cam seksi arr haku dengo....wakakakaka......angau dah haku nih....grrr...grrr.....