CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ellZack

[Tempatan] Operasi PATI Temui Remaja OKU Di Kurung Kebuluran Kurus Kering

[Copy link]
Post time 24-6-2014 01:45 PM | Show all posts
kisah bapak yg susah dlm kisah bersamamuu...
anak beranak susah cari mkn...mkn apa saja yg ada dikeliling waima siput babi sekali pun.....

banding ngan adik fidausi ni....
org tuanya mmg  tak ada otak..'susahnya' sampai x bagi mkn anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 01:45 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 24-6-2014 10:59 AM
kita ada ja kengkawan yang oku ni
ada yang dah meninggal pun..
Al-Fatihah

betul adik bradik pun kdg2 tak boleh harap jugak. i ada sorang sedara yg oku...oku ni abang sulong, ada adik prempuan 2 orang.besar2 dah semua skarang. bapak dia yg masih hidup buat wasiat, kalau nak harta dia kena jaga abang diorang yg oku ni (tak kisah la walaupun upah org yg pakar jaga oku ni kat rumah)

asalkan ada depan mata anak2 prempuan dia. sebab dia risau kalau letak kat tempat kebajikan yg private pun takut mreka tak betul2 jaga. dia ni oku sebab masa lahir dulu tak boleh keluar mak dia taklarat dah sampai doctor guna besi tarik kat kepala, which is not good la..urat kepala affected Last edited by limesherbet on 24-6-2014 01:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
toxicated posted on 24-6-2014 01:36 PM
takleh digest la boleh sewa 2 rumah semata2 nak asingkan firdaus dari dorang. jijik ke nak duduk s ...


memang tak masuk akal melainkan dgn niat nak sorok anak, biarkan anak mati kering
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 01:50 PM | Show all posts
toxicated posted on 24-6-2014 01:29 PM

yezzaaaa... mana ummah yg nak empathy keperitan idup kaklola yg serba kesempitan ittew...
baju lima hengget pon tak mampu dibeli katanya....yeah right!!!

mari kita sama2 penuhkan tabung kaklola
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel posted on 24-6-2014 12:18 PM
Sori la bro..aku mmg tak beklog
Aku baca paper ari ni baru tau ayah Firdaus dah lama meninggal

...

Oooo kira budak tu anak yatim la ye... Agak2nya bercerai mati kot... Si maknya ni jd dpt batang baru sanggup buat anak mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 01:54 PM | Show all posts
akubest posted on 24-6-2014 01:50 PM
yezzaaaa... mana ummah yg nak empathy keperitan idup kaklola yg serba kesempitan ittew...
baju li ...

sian miskin hina sgt kaklola sampai baju bundle pun tak mampu beli

cuma mampu beli habuk kayu jer buat tabur kat lantai

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2014 01:54 PM | Show all posts
Aku musim bz sekarang. Baru dpt skodeng fb betina tu.. tu dia kene maki berbakul... tuhan shjlah yg akan membalas perbuatan kejam si setan itu

Tak masuk akal seorang manusia berakal boleh buat  perkara sebegitu kejam
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 01:56 PM | Show all posts
JKM tgh cari bapa kandung adk firdaus ni

Cari si bapa sampai dapat
WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Jun 2014

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services




[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan hari ini sedang menggiatkan usaha mengesan bapa kandung kepada remaja kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui pihak imigresen kira-kira jam 2 pagi dalam keadaan tidak terurus di Taman Semarak, dua hari lalu.

Dalam pada itu, usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan sendiri  perkembangan maklumat dari Timbalan Pengarahnya, Mohamad Hapil berhasil apabila beliau mengesahkan pencarian bapa remaja itu bertujuan untuk urusan hak penjagaan dan dokumentasi.

“Buat masa ini pihak JKM masih belum mendapat perkembangan positif dalam usaha menjejak, namun kami tidak akan berputus asa dalam teruskan usaha,” katanya.

Mengulas lanjut, buat masa kini, pihaknya masih gagal menghubungi bapa kandung Firdaus namun beliau menjamin usaha pihak JKM untuk mencari bapa Firdaus tidak akan terhenti begitu sahaja.

Jelasnya, JKM N9 turut menerima bantuan dari pelbagai pihak dan agensi lain bagi menyatakan usaha dan kerjasama membantu pihaknya mengesan bapa remaja berkenaan.

“Kami menggunakan semua saluran bantuan yang ada, bukan hanya JKM sahaja yang terlibat mengesan bapa terbabit malah agensi lain turut membantu.

“Kita cuba kesan bapanya melalui alamat lama dan juga saudara-mara terdekat, kami yakin maklumat terbaru akan diperoleh tidak lama lagi,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, pihak polis telah menahan ibu remaja OKU terbabit bagi membantu siasatan yang dijalankan ke atas keadaan Firdaus yang terlalu kurus dan kelihatan seperti mayat hidup, dipercayai akibat kekurangan zat makanan.

Wanita berkenaan ditahan reman hingga Rabu ini.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 01:59 PM | Show all posts
kecimpret posted on 24-6-2014 12:42 PM
puuuiii..kalo gaji kecik sgt takdenye dia pakai keta...penulis ni nak backing pun x agak2...keyb ...

kalau yg ni aku percaya lah mmg dah miskin terpaksa bt camni
tp kt india plk kesian bdk ni

Kanak-kanak OKU dirantai di perhentian bas

23 Jun 2014




Kanak-kanak OKU dirantai di perhentian bas Kanak-kanak OKU dirantai di perhentian bas

MUMBAI - INDIA. Seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui diikat dengan rantai besi pada tiang di sebuah perhentian bas di tengah Bandar Mumbai hari ini.

Lakhan Kale, merupakan salah seorang dari 26.8 juta golongan OKU yang dibiarkan tanpa pengawasan dan penjagaan oleh keluarga mahupun pihak berkuasa di India.

Menurut banci terakhir dijalankan pada tahun 2011, jumlah tersebut bersamaan dengan 2.2 peratus dari jumlah keseluruhan rakyat India berjumlah 1.2 billion yang menghuni negara tersebut.

Menurut neneknya, Sakubai, Lakhan mempunyai masalah Cerebral Palsy dan tidak mampu mendengar dan bercakap.

“Semasa dilahirkan, dia adalah seorang bayi yang montel dan sihat, beberapa bulan kemudian, dia mengalami demam panas dan pada satu malam  dia diserang sawan.

"Sejak itu, keadaannya tidak pernah sama," ujarnya.

Menjelaskan keadaan Lakhan yang dirantai ditiang perhentian bas, Sakubai berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain dan ia dilakukan demi keselamatan kanak-kanak terbabit.

"Dia pekak dan tidak dapat mendengar jika ada kenderaan datang melintas, saya ikat dia supaya dia tidak berlari dan terbunuh di jalan raya supaya dia tidak dapat trafik beliau akan datang. Jika dia melarikan ke jalan raya, dia akan dibunuh," jelasnya lagi.

Menurut neneknya lagi, bapa Lakhan telah meninggal dunia empat tahun yang lalu manakala ibunya dan kakaknya hilang tanpa dapat dikesan.

Sakubai terpaksa menyara hidup mereka berdua dengan menjual mainan kecil dan barang perhiasan di pantai popular di tengah-tengah Mumbai, Chowpatty.

Di himpit kemiskinan, mereka berdua telah menjadikan perhentian bas tersebut sebagai tempat berteduh di mana hanya hamparan sari mampu dijadikan alas tidur dan makanan pula hanya diperoleh dari warung tepi jalan.

Menurut pihak penguasa, SA Jadhav, pihaknya akan cuba mencari pusat perlindungan buat Lakhan kerana pusat perlindungan yang ada kini telah pun dipenuhi dengan pesakit OKU yang lain.

“Kekurangan pusat perlindungan di Mumbai adalah satu masalah yang serius dan kian meruncing, perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian,” katanya ketika ditemui oleh wartawan CNN di sana baru-baru ini.


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 01:59 PM | Show all posts
IceCream_Soda posted on 24-6-2014 12:54 PM
aku hati rapuh noks  nak berkubang kat CI selalu xmampo... hati ibu gituh cepat tersentuh

hahahhaha...tapi the beauty of living here is lepas kena penumbuk sebijik dua....kthanksbai....
thread lainnn kalo ko mampu bangun buleh pulokkk besembang2...
sana jangannn....abih kena troll plus PA...malas betul aku...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 02:01 PM | Show all posts
mixed posted on 24-6-2014 01:56 PM
JKM tgh cari bapa kandung adk firdaus ni

Cari si bapa sampai dapat

baru kejap td terbaca, bapa kandung dah meninggal..

dari BH
SEREMBAN: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, mengesahkan bapa remaja OKU, Muhammad Firdaus, iaitu Dullah Sibil, sudah meninggal dunia ketika berumur 51 tahun di Sabah pada 22 Januari 2012.

Beliau berkata demikian selepas melawat remaja OKU yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Flat Taman Semarak, Nilai di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, hari ini.      

Last edited by reddots on 24-6-2014 02:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi posted on 24-6-2014 01:40 PM
tgk tv semalam ada sorang aci tu cakap diapernah tanya apasal ada bunyi budak nangis selalu .. lol ...

Tu la mmg terbiar ka tu
Yang peliknya ada ramai yg simpati dgn loklak konon dia ada masalah dan tak niat, nk biar ank gitu  taj boleh fikir ke derang ni  nk pecaye pompuan tu lg
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 02:02 PM | Show all posts
mixed posted on 24-6-2014 01:56 PM
JKM tgh cari bapa kandung adk firdaus ni

Cari si bapa sampai dapat

la...tadi sapa kan kata bapak betul si firdaus nih dah meninggal 2012....

kaklola yang kata....kena spinkah ni???

idup ropenyer????

misteri sungguh kaklola nehh....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 02:04 PM | Show all posts
mixed posted on 24-6-2014 01:59 PM
kalau yg ni aku percaya lah mmg dah miskin terpaksa bt camni
tp kt india plk kesian bdk ni

kalo kes gini barulah kena kalo nak salahkan kerajaan...dah terang2 budak tu kat public area kan...
WARDINA!!! kes mcm nih kalo ko melalak salahkan kerajaan baru betoi!!!!

nih dahla sorok anak..tak bagi makan..ujung2 salah kerajaan ..apa ke badigol....???
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 02:06 PM | Show all posts
reddots posted on 24-6-2014 02:01 PM
baru kejap td terbaca, bapa kandung dah meninggal..

dari BH

dah meninggal dunia kesian adik ni
harap dapat JKM jaga x yah bg sesape
walopn bekas pengasuh biar dia tinggal di JKM
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 02:08 PM | Show all posts
Sisi mana si ibu yg boleh kita kesiankan?
gaji dkt rm2k, ada hasil rmh sewa, anak kedua sama gemuk cam dia jgk....

nk kata meroyan lepas keguguran, keadaan bdk ni cam bkn 3 bulan terbiar...mcm dh mkn tahun....
so justification apa lagik yg bleh si ibu guna, melainkan terus kata diri mental & menipu hidup dlm kesusahan......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 02:13 PM | Show all posts
nak jek aku suh si LG skychef ni cek...betulke dia ada suami? betulke dia mengalami keguguran? HR mesti ada record suami...record MC...boleh tanya doctor kalo betul gugur sure warded utk DNC???

iskkkkkk makin misteri kaklola nih...

ps— aku takut jadi kes yg budak mati kat mana ek??? yg kita melahar maknya sbb tinggal anak dlm kete..ujung2 bukan tinggai dlm ketepon...mmg dibagi saja ke boipren matpit dia tu.....yg budak kena rodok tu....tupon pompuan tu asalnya menipu juga....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 02:15 PM | Show all posts
panjang lebar pula kaka ni berbicara entah kan ada orang nak baca ke tidak kak, but apa yg kaka ckp tu ada betul, actually byk betul sgt..and you should know because you have the experience. semoga Allah permudahkan segala urusan kaka.

entah2 kaka pun di bayar mcm blogger tu utk tulis yg baik2 tentang latar belakang keluarga lola ngokngek, sama mcm makcik yg bertahun jaga adik firdaus

Ummu Naufal


Mereka bergerak cara mengesot walau bukan cara yang sama. Mereka sama2 pandai memanggil ibunya. Mereka ini anak istimewa. Mereka bakal berkawan di syurga.

Namun lagi sedih rasanya bila membaca komen rakan2 yang lantang bersuara. Pantas sekali menghukum ibunya. Menunding jari ke sini sana, memang itulah bangsa kita. Semuanya salah orang kecuali kita, kerana itu lebih mudah untuk dilakukan. barangkali ia juga membuatkan diri terasa hebat bila menghukum orang lain sebegitu sekali. Sentap saya membaca, hingga menarik nafas panjang dan mengambil masa lama sebelum mula bersuara.


Ye, saya ibu kepada seorang anak remaja istimewa. 15 tahun membesarkannya. Bukan mudah seperti yang anda lihat dan sangka. Faktor sokongan emosi, fisikal dan kewangan sangat penting dlm membesarkan anak istimewa.

Pernahkah anda kenal ibubapa yg punya anak istimewa?
Pernahkah anda bertanya pd mereka "apa boleh saya bantu?"
Pernahkah anda menawarkan diri mengambil alih barang sejam dua menjaga anak istimewa itu bg membantu memberi ruang pd ibubapa itu utk 'recharge' fisikal dan mental mereka?
Pernahkah anda terserempak dengan ibubapa anak istimewa lalu dibantu memegangkan pintu di hadapan mereka, atau angkatkan kerusi istimewanya naik tangga, atau paling tidakpun berikan salam dan tepuk bahu mereka dan katakan sesuatu yang membina?


Lihat dari jauh tidaklah sama dgn yg melaluinya. Bukanlah saya memberikan sebab apa yg dilakukan ibunya itu betul. Ia tidak sama sekali. Tapi apa yang masyarakat sedang lakukan sekarang terhadap si ibu ini jauh tersasar dr penyelesaian pd masalah ini. Menunding jari tidak akan ke mana2. Tanyalah sesama kita, apakah peranan masyarakat kita dlm membantu keluarga yang punya anak kurang upaya?

Ketika Balqis di NICU HUKM, ramai keluarga dan kenalan datang menzirahi Balqis. Memang tidak dinafikan keadaan Balqis sangat menyayat hati ketika itu. Yang datang semuanya meluahkan rasa simpati, kesian melihat tubuh kecil tak bermaya dipenuhi wayar2 di seluruh badannya itu. Namun, dalam ramai2 yang menziarahi Balqis, hanya seorang insan sahaja yang datang pada saya, memeluk dan menangis bersama. Masa ziarahnya banyak ditumpukan pada saya ibunya balqis, seolah tahu diri ini sangat memerlukan kekuatan dan sokongan untuk lalui saat getir itu. Itulah sebenarnya yang bermakna dalam melalui kehidupan punya anak kurang upaya.

Balqis pernah dijaga seorang jiran ketika usianya kurang 2tahun. Suatu hari kami mengambil balqis awal dari biasa, kurang 3 jam sahaja kami tinggalkan dia. Kami Beri salam tiada yang menjawap. Pintu rumah 3 tingkatnya tidak bertutup. Nampak jelas balqis di kerusi 'walker' milik jiran itu. Balqis tidak bergerak walau dipanggil namanya. Lalu kami masuk dan lihat rupanya balqis tertidur atas walker itu, tiada sesiapa lagi bersamanya. Berbekas muka balqis kerana mukanya disandarkan pd meja walker ketika tertidur. Bila balqis diangkat, berbau lampinnya bernajis.

Kelihatannya ia tidak berganti dari pagi walau kami menghantarnya selepas dia kami mandikan. kami mengambil balqis pulang hari itu tanpa jiran itu turun pun dari tingkat atas. Itu hari terakhir kami menghantar balqis ke situ. Adakah kerana balqis kurang upaya dan bukan anaknya maka dia boleh buat begitu? Namun jika dilakukan oleh ibu itu sendiri maka ibu itu layak dimaki hamun masyarakat?

Saya dan suami pernah memohon utk mengambil sedikit masa, kurang 3 jam utk bw balqis ke NURY. Perjalanan pergi sejam, pulang sejam dan terapinya sejam. Itu lah anggaran yang diberikan ketika memohon masa 'time out'. Juga bukan pada hari punya kelas untuk diajar. Ada surat dari Dato Nor Laili (arwah) menyokong permohonan kami. Suami mendapat kelulusan dan sokongan dari ketua jabatannya untuk pelepasan 3 jam itu. Tapi malangnya saya sebagai ibu Balqis gagal mendapat sokongan pihak jabatan. Mereka langsung tidak membawa isu permohonan ke peringkat lebih atasan, ia terhenti di situ sahaja kerana ketua jabatan wanita yang juga seorang ibu, tidak mahu cuba untuk faham keperluan kami ketika itu.

Pelik, tapi itu realiti masyarakat kita. Kita bersungguh katakan kita masyarakat perihatin, patutnya begitu begini tapi lupa bahawa apa yang berlaku adalah kitaran dalam masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang perihatin akan melahirkan ummah yang hebat tidak ketinggalan dari segala segi. Tidak diabaikan oleh sistem negara yang dikatakan negara membangun ini. Tidak disisihkan keperluan asasi yang upaya dan kurang upaya. Yang tidak dipandang sebelah mata.

Kisah membesarkan anak kurang upaya ini punya 1001 ceritanya, 1001 usaha, 1001 peristiwa dan ragamnya. Anda tidak akan faham kecuali pernah menjaga mereka. Ye, kami beruntung punya keluarga yang sentiasa ada memberikan sokongan dan bantuan. Namun ada juga ahli keluarga jauh yang tidak faham dan memandang ia sebagai masalah peribadi kami semata. Rakan-rakan juga sering bertanya khabar berita. Tapi ramai juga yang mahu 'bebas' dari melihat 'ketidak enakkan' reliti kehidupan memelihara anak kurang upaya.

Adakah masyarakat kita sebenarnya sudah bersedia untuk membantu? Atau masih suka membatu? Apa yang anda putuskan itulah penentu ke mana arah masyarakat kita menuju.
.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 02:16 PM | Show all posts
aku terpanggil nak bagi komen selama ni sr je.. sedey sgt bila tgok masih ada yg membela lola ni... aku tak rasa dia ni tahap miskin kedadak smpi serba serbi tak mampu..aku harap dia akan terima hukuman yg setimpal.. tak di dunia..tunggulah di akhirat sana...amin..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 02:18 PM | Show all posts
dewi posted on 24-6-2014 01:40 PM
tgk tv semalam ada sorang aci tu cakap diapernah tanya apasal ada bunyi budak nangis selalu .. lol ...

sampai nya hatimu ibu

kiranya dia mmg menangis minta belas kasihan si ibu tu utk bawa dia keluar dr situ.... mcm mana la hati si ibu boleh gelap mcm tu sekali xder belas utk anak dia....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.083891 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list