|
werhhh.. tok ti ke yg liat bayaq hutang bank tu
Alkisah... Selebriti liat bayar hutang bank
Oleh Raja Nurfatimah Mawar
2010/04/18
MELIHAT gaya hidup selebriti popular seorang ini, rasa tak percaya, dia tidaklah semewah mana pun. Walaupun ada macam-macam kereta mewah dan tinggal dalam kediaman bak istana kayangan, tapi itu hanyalah luaran saja.
Mungkin betul kata sesetengah pendapat, biar papa, asal bergaya. Raja dengar si selebriti terpaksa membuat pinjaman berjuta ringgit untuk menjayakan projek terbarunya. Pelik juga kerana setahu Raja, si selebriti ini masih lagi laris, malah populariti tidak pernah menurun walaupun berdekad lamanya mencipta nama sebagai anak seni.
Tambahan pula, suaminya sering digembargemburkan sebagai ahli perniagaan atau tokoh korporat terkemuka. Setahu Raja, bayaran yang diterima bukannya sikit, malah si selebriti antara artis yang masih mendapat bayaran termahal. Jadi, mana pergi duitnya? Rasanya setakat RM juta tu di hujung jarinya saja. Tapi itu anggapan Raja, mungkin duitnya sudah dilaburkan kepada projek lain, kita tak tahu kan...
Bagaimanapun, khabarnya si selebriti liat nak bayar balik pinjaman, jadi orang bank sudah tercari-cari. Dulu, masa nak buat pinjaman pandai berjanji itu, ini tapi apabila sudah dapat duit, batang hidung pun tak nampak. Kan malu apabila orang bank sudah mula buka mulut.
Raja bukannya apa, si selebriti punya nama dan kedudukan, nanti kecoh, kan dapat malu besar. Dari peminat tak tahu, dah kecoh satu Malaysia nanti. Kenalah ingat, dah pinjam bank, janganlah buat-buat lupa nak jelaskan hutang...
RAJA: Ada anggota kumpulan rock tunjuk `anu' yang bertindik depan kawan-kawan. Monyet pun malu nak tengok!
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!
apa yg tok k dah buat pada tok ti?? |
|