|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V174'
[Copy link]
|
|
kalau nak menyanyi sangat, pergi karaoke saje lah |
|
|
|
|
|
|
|
Kerjasama strategik Malaysia, Indonesia tentang diskriminasi sawit oleh Kesatuan Eropah
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2023-01-14_12-17-48_1673671831.jpg)
Ahmad Parveez (dua dari kanan) bersama Norhamidi (dua dari kiri) dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Belvinder Singh (kiri) pada Majlis Perasmian CEO Day@UKM di UKM, Bangi, hari ini.
Bangi: Kerjasama strategik antara Malaysia dan Indonesia dilihat dapat memberi tekanan dalam memerangi lobi anti minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU).
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, ia antara pilihan yang boleh dilakukan kedua-dua negara pengeluar minyak sawit terbesar bagi menentang diskriminasi EU susulan peraturan penerbangan hutan baharu blok perladangan terbabit.
"Kedua-dua negara melalui Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOC) akan cuba mencari cara untuk memberi tekanan kepada EU supaya mereka tidak sewenang-wenangnya 'membuli' kita.
"Jika kita merasakan ia adalah satu pendekatan yang strategik dan boleh membantu, saya rasa kita patut teruskan bersama Indonesia.
"Ini supaya kita tidak sewenang-wenangnya ditekan dengan undang-undang baharu yang sentiasa menyisihkan dan membelakangkan sawit," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis CEO Day@UKM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.
Turut hadir Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) UKM Prof Dr Norhamidi Muhamad dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Belvinder Singh.
Ahmad Parveez berkata, kerjasama strategik bersama Indonesia itu akan membantu memberi tekanan kepada EU supaya lebih rasional dan berlaku adil.
"Apabila kita bersatu dan membuat keputusan untuk tidak membekalkan minyak sawit kepada mereka, ia akan memberi kesan dan tekanan supaya mereka lebih rasional serta berlaku adil," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komiditi Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, Malaysia mungkin menghentikan eksport minyak sawit ke EU dan mahu menumpukan eksport di negara lain.
Fadillah akan berlepas ke Indonesia pada Februari ini untuk bertemu rakan sejawatannya dan pihak berkepentingan lain bagi menyusun strategi serta memperkukuh usaha dalam memerangi kesan negatif yang menyelebungi komoditi berkenaan.
Indonesia dan Malaysia menyumbang hampir 80 peratus daripada pengeluaran minyak sawit global, manakala Eropah di tempat ketiga dengan menyumbang sembilan peratus daripada jumlah eksport.
Menurut peraturan penerbangan hutan dicadangkan, komoditi seperti minyak sawit yang ditanam atau diternak di atas tanah yang mengalami penebangan hutan atau degrasi hutan akan diharamkan memasuki pasaran EU selepas peraturan diluluskan di Parlimen Eropah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... riminasi-sawit-oleh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ya 1 mak 1 bapak. rumah kt PD tu pun adik beradik dia yg carikan.
rumah lelong. 2 storey dpt <100k. dlm 90k+
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga harga kelapa sawit terus mengukuh |
|
|
|
|
|
|
|
bagus untuk ekonomi malaysia terus berkembang |
|
|
|
|
|
|
|
ya pegi haji atas urusan keje.
team dia yg last sekali balik mesia dgn org TH.
masa tu kaka dpt air zm zam yg 5kg sebotol.
semua adik beradik dpt.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2023-01-14_07-48-12_1673671118.jpg)
Operasi memindahkan gajah betina dilakukan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang di Hutan Simpan Kemasul. FOTO IHSAN PKGK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
diharap gajah2 tersebut berada di habitat mereka dengan selamat |
|
|
|
|
|
|
|
51.2 juta pokok berjaya ditanam
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tree_1673670316.jpg)
TIONG Sii (dua kiri) menanam pokok pada Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 di Taman Tasik Cempaka. FOTO Fathil Asri
Bangi: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 bertemakan Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita yang dilancarkan sejak 5 Januari 2021 sehingga kini merekodkan 51.2 juta pokok ditanam sehingga 13 Januari lalu merangkumi lebih 1,000 spesies di seluruh negara.
Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, pada tahun lalu kempen itu juga sudah berjaya melepasi sasaran dan NRECC masih terus mengekalkan sasaran menanam sebanyak 20 juta pokok untuk tahun ini.
Beliau berkata, pencapaian kempen itu boleh diperolehi secara terus melalui aplikasi mudah alih iaitu Penghijauan Malaysia dan laman sesawang khas www.100jutapokok.gov.my.
"Memelihara dan memulihara flora dan fauna adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya terletak di bahu kerajaan saja. Oleh itu, syarikat korporat harus menyedari bahawa mereka perlu bertindak melebihi tanggungjawab perniagaan dan menjadikan usaha menjaga alam sekitar secara khususnya sebagai usaha progresif bersama.
"Sebagai contoh, inisiatif Kumpulan Touch 'n Go (TNG) menyediakan platform kepada orang ramai untuk turut serta dalam usaha penanaman pokok. Orang ramai boleh memberi sumbangan secara terus menerusi aplikasi Touch 'n Go eWallet untuk menyokong kempen ini.
"Pada pagi ini kita menanam kumpulan pokok pertama hasil daripada sumbangan orang ramai melalui aplikasi Touch 'n Go eWallet," katanya dalam ucapan merasmikan kempen itu di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini.
Kempen itu dianjurkan TNG, Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd Alan Ni, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Mohd Ridza Awang, Yang Dipertua MPKj Najmuddin Jemain dan Ketua Pegawai Eksekutif YHM Amin Abdullah.
Tiong Sii berkata, NRECC akan terus memberi sokongan dan galakan kepada mana-mana pihak yang berminat menjayakan Agenda Penghijauan Malaysia selaras usaha menerapkan kesedaran serta semangat cintakan khazanah sumber asli di negara ini.
"NRECC juga sudah mendapat kerjasama yang baik daripada banyak pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyumbang dalam pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.
"NRECC amat menghargai sumbangan dan kerjasama yang sudah diberikan dan berharap kesedaran untuk bersama-sama menjaga sumber alam ini akan dapat ditingkatkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kok-berjaya-ditanam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
usaha yang sangat bagus bagi menghijaukan bumi malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
itu yg kaka tk kisah klu beli longgok. setakat dpt merasa.
yg beli baru2 ni dpt juga buat serawa 5-6 ulas.
itupun makan 2 org je.
best klu ada kebun durian.
klu dah jual alangkah ruginya.
durian mahal skrg ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
ya girl. doc kt hkl.
yg no 2 dah kawen thn lps.
tinggal yg no 3 je skrg ni yg masih bujang.
|
|
|
|
|
|
|
|
beringat lah sebelum kena |
|
|
|
|
|
|
|
semoga amalan terpuji itu terus berkekalan
|
|
|
|
|
|
|
|
hi matt
nov sggh kjp sementara tgg msk waktu
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|