|
/ Presidential Suite 13 / CHE AHMAD SHAHIR hoi hoi hoi / JUARA AF8 /
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Rorine at 1-7-2010 20:03
x pasti dh ada yg tepek ke lum......
Kak Nita Curah Ilmu, Bimbing 7 Pelajar AF8!
KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2010: Tidak semudah itu bagi penghibur bertaraf antarabangsa seperti Anita Sarawak mencurahkan ilmu serta pengalaman seninya terhadap golongan artis dari kalangan generasi baru.
Padahal dengan ilmu serta pengalaman seninya yang telah dikutip selama bertahun-tahun sebagai penghibur, sama ada di dalam mahu pun luar negara khususnya di Amerika Syarikat, memang sudah selayaknya bagi Kak Nita untuk berbuat demikian.
Namun, usaha yang dilakukan oleh Astro Entertaiment Sdn Bhd (AESB) untuk menggunakan khidmat Kak Nita sebagai tenaga pengajar dalam usaha mendidik, membentuk serta melakukan grooming terhadap beberapa bintang realiti Akademi Fantasia Musim 8 (AF8) terpilih seperti Shahir, Adira, Ain, Anum, Ema, Iwan serta Maulana memang wajar dipuji.
Setidak-tidaknya, ia dapat membantu mereka untuk memantapkan lagi pengetahuan terhadap hal-hal yang berkaitan dengan dunia seni hiburan, mempersiapkan diri dari sudut ketahanan mental dan emosi dalam menghadapi cabaran temasuklah mendalami ilmu sebagai penyayni dan penghibur yang baik serta banyak lagi.
Apa yang menariknya, kelas bimbingan Kak Nita yang turut mendapat khidmat bantuan daripada suaminya, Mahathir Abdullah yang bertanggungjawab menyediakan silibus pengajian ini telah disusun sebanyak 8 sesi.
Setakat ini sudah 5 sesi kelas dilakukan yang mana ia telah dikendalikan di Wisma Penyayang, Taman Equine, Seri Kembangan. Setiap sesi kelas mengutarakan topik yang berbeza-berbeza tetapi ia turut merangkumi aspek yang berkaitan dengan pembangunan diri dalam bisnes dunia infotainment.
Krew murai.com.my sendiri berkesempatan untuk meninjau kelas bimbingan yang dikendalikan Kak Nita ini. Melihat dari cara Kak Nita mendidik serta membimbing mereka dengan kesabaran, kesungguhan serta kecintaan yang penuh mendalam, terdetik juga di hati ini mengapa tidak sebuah program berkaitan yang dengan seumpama ini diwujudkan.
Sebabnya, satu perkara yang pasti, Kak Nita tahu apa yang dilakukannya. Dari sudut imej dan penampilan, gaya persembahan, lontaran vokal, cara berkomunikasi, etika sebagai seorang selebriti serta kawalan emosi diri, Kak Nita tahu segalanya.
Dia tahu ilmu dan tips apa yang perlu diberikan kepada barisan bintang AF8 ini. Dia juga pantas mengesan kelemahan mereka serta bijak menegur kesalahan mereka. Malah, dia juga arif mencari potensi serta kelebihan diri mereka.
Kalau tidak percaya lihatlah sedutan video yang sempat dirakamkan sewaktu Kak Nita bersama suaminya abang Mahathir mengendalikan salah satu kelas bimbingan tersebut. Ikuti juga wawancara Kak Nita yang sempat dilakukan bersama murai.com.my selepas itu pada esok hari.
Klik di sini untuk menonton video |
|
|
|
|
|
|
|
Sarimah Ibrahim Semalam shoot promo RAYA Astro-met Shahir,Stacy,Aril,Hafiz...everyone..akim..Sepah...was fun!!! Esok start training..1pm to 9pm everyday!!!!!!! Tone body tone!!!
!Semalam pada pukul 2.02 ptg |
|
|
|
|
|
|
|
sharorine |
|
|
|
|
|
|
|
salam shabeaute
dh lunch
Rorine Post at 1-7-2010 20:07
lunch,erk????? dinner daaa |
|
|
|
|
|
|
|
cloudnine_mm Post at 1-7-2010 20:16
wsalam sha9 |
|
|
|
|
|
|
| |
|