betul tu...misteri laut rasanya lagi hebat dari misteri di darat
sekurang2nya di darat, manusia boleh nampak dan tahu
tapi dalam laut, tambah laut dalam....
kalau melibatkan logik akal, memang tak terjangkau dek otak
Part yg terpaksa tarik divers sbb nak elak dari unknown buih tu amat menakutkan..silap2 mahu pecah paru2 sbb tak buat safety stop..mujur dorang selamat.. huhu.. Aku memang 'hantu dive'.. klu rasa fedup kat opis atau org sekeliling, selalu berangan nak tukar kerja apa2 yg ada kaitan dgn dive..
Tapi bila dah baca benang ni, tak jadi lah..
baik buat fun dive je..huhu
Salute dgn deep ocean diver ..
Sorry lambat update. Bz sket tambahan lagi ada projek baru ni. Anyways saya sambung cerita pasal laut dalam ni ye.
Peristiwa 8 : Siapa yang bantu?
Pekerjaan sebagai seorang penyelam laut bukanlah suatu pekerjaan yg biasa . Sudah pasti risikonya lebih besar dari kerja normal tetapi pulangan dan gajinya juga amatlah lumayan. Bagi pencinta laut seperti saya, ia tidak membosankan utk turun ke laut dan menikmati keindahan alam bawah ini.
Tetapi ada satu peristiwa yg membuatkan saya percaya adanya kehidupan yg kita tak pernah fikirkan di alam ini. Ia melibatkan saya ketika awal2 memulakan profesion ini.
Tugasan yg diberikan hari itu melibatkan operasi mencari satu kapal dagang yg tenggelam akibat dilanda ombak dan terhempas ke karang. Di dalam kapal itu terdapat sebuah beg berisi dokumen penting yg perlu dinaikkan segera. Kami diberi tugasan tersebut dan diterbangkan dgn helikopter ke tgh lautan. Sampai di sana kelihatan satu kapal sudah ada bagi membantu operasi kami. Saya yg baru sahaja join pekerjaan ini kira2 dua bulan agak teruja utk memulakan operasi.
Setelah diberi taklimat dan dipakaikan sut khas , kami pun turun ke bawah mengikut operasi. Sampai sahaja lebih kurang 70 meter di dalam laut, kami dapat lihat bangkai kapal tersebut tersadai di celah karang yg besar di dasar laut. Kami pun bersedia utk masuk ke dalam kapal....