|
ARCHIVE (cempakasari, Azrai, sLapshock, Bill )
[Copy link]
|
|
Originally posted by Presa1200 at 9-4-2007 07:00 PM
saudra ibnur, bleh tolong bagi link tak kat fatwa tu?... atau complete version... TQ
:hmm: ... ni kes dah 2 tahun dah ni... mungkin dari Islamicity kot.
Tapi yang dekat pun ada, dari mufti Perak. Ada saya paste kat dalam salah satu page thread ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Muzik itu harus selagi tidak melalaikan
Soalan
Benarkah dalam islam dilarang bermain muzik bertali atau tiup? Jika benar diharamkan, kenapa?
Jawapan
Muzik merujuk kepada hiburan. Bila sebut muzik itu bermakna berhibur. Berhibur untuk apa? Biasanya orang bermuzik untuk berhibur demi menggembirakan diri atau kumpulan.
Islam tidak menghalang umatnya daripada berhibur. Malahan sejarah Islam di zaman Nabi S.A.W membuktikan bahawa ada acara yang diadakan untuk menghiburkan hati.
Namun demikian Islam tidak memberi kebebasan untuk manusia melayan hiburan sesuka hati mereka tanpa ada batasannya.
Jika kita perhatikan dalam Islam, apa sahaja yang dilakukan oleh manusia mestilah ada batasannya supaya tidak tersasar dari tujuan sesuatu perkara yang diharuskan. Hukum asal berhibur adalah harus.
Muzik itu sendiri tidak haram tetapi cara manusia melayan muzik itu yang menjadi punca kenapa ia diharamkan. Tiada nas yang qatie, iaitu dalil yang secara muktamad menyebut akan pengharaman muzik.
Saya kira tiada siapa yang dapat lari dari mendengar muzik, contohnya ketika membeli belah di pusat-pusat jualan, pasti akan ada kedengaran muzik yang dimainkan, begitu juga ketika menaiki pesawat juga akan kedengaran muzik.
Kalau mendengar muzik itu haram, maka kesemua orang yang menaiki pesawat akan berdosa, dan begitu juga dengan mereka yang bertandang ke pusat-pusat membeli akan berdosa kerana mendengar muzik. Dosa ini berpunca dari haram. Muzik haram maka mendengarnya berdosa?.
Sebenarnya, seperti yang dijelaskan bahawa mendengar dan memainkan alat muzik tidak haram.
Alat-alat muzik diharamkan oleh segolongan ulama kerana sifat muzik itu sendiri melalaikan si pendengar.
Dan adakalanya asyik berhibur sehingga lupa tanggungjawab sebagai seorang hamba yang mempunyai tanggungjawab fardu yang wajib dilaksanakan.
Alat-alat muzik yang bertali pernah digunakan di zaman sahabat dan tabien untuk berhibur. Bila ditanyakan perihal alat muzik bertali ada yang menjawab, 搃a untuk mengimbangi akal |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #165 Syd\ catat
wow x sangka benang taun 2003 still ade lg
mmg jelas la sgt muzik skrg ni dah jauh tersasar dan boleh jatuh HARAM sbb melampaui batas.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|