Eina cintai Gurmet bukan sebab pangkat
FIGURA ini menegaskan dia menyintai Gurmet atas dasar sikap lelaki itu yang baik dan sangat menghormati keluarganya.
|
BERITA perkahwinan sepatutnya menjadi sesuatu yang positif. Namun, lain pula dengan pelakon Eina Aizman. Selepas dia dilaporkan merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang berketurunan Sikh, Datuk Paduka Gurmet Singh, 35, pada penghujung tahun ini, tiba-tiba muncul spekulasi negatif mengenainya. Dia dikatakan mahu mengahwini lelaki itu kerana gelaran pangkat. Ketika dihubungi Kosmo!, Eina atau nama sebenarnya Nur Eina Azman bagaimanapun dengan nada ceria memberitahu, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah hampir setahun mengenali Gurmet secara dekat. Justeru, apakah respons Eina terhadap dakwaan tersebut? Ikuti temu bual bersama Eina yang dihubungi menerusi telefon kelmarin. Kosmo!: Tahniah atas berita perkahwinan Eina. Bagaimanakah anda boleh mengenali Gurmet? EINA: Saya mula mengenali Gurmet sejak beberapa tahun lalu. Dia merupakan kawan kepada abang saya. Namun, sejak bulan Oktober tahun lalu, kami bertambah rapat dan hubungan sebagai sekadar kawan telah bertukar menjadi sayang. Apakah keistimewaan Gurmet sehingga membuatkan anda jatuh hati terhadapnya? Dia merupakan seorang jejaka yang baik dan sangat menghormati keluarga saya. Dia juga pandai menjaga hati ibu dan bapa saya. Selain itu, dia gemar memenuhi kehendak saya walaupun kadangkala permintaan itu agak keterlaluan. Apakah permintaan tersebut? Jika saya teringin makan asam pedas, dia sanggup membawa saya ke Melaka. Baru-baru ini, saya melihat Emma Maembong melancong ke Universal Studio, Singapura. Saya pun menyatakan hasrat ingin ke sana. Tanpa bertangguh, kami terus terbang ke sana pada hari yang sama.
EINA mengakui Gurmet gemar memenuhi permintaannya walaupun ia kadangkala keterlaluan.
Bagaimanakah penerimaan kaum keluarga terhadap Gurmet yang bukan beragama Islam? Alhamdulillah, keluarga saya sangat memahami. Lagipun, dia banyak belajar mengenai cara hidup orang Melayu dan agama Islam menerusi kawan-kawannya. Dia juga turut mengikut beraya bersama ke rumah saudara-mara saya baru-baru ini. Gurmet kini bergelar Datuk Paduka. Adakah anda tidak gusar mengenai persepsi orang di luar sana mendakwa anda mahu mengahwininya kerana pangkatnya? Sejujurnya, saya mengenali Gurmet sebelum dia menerima gelaran Datuk Paduka lagi. Saya mencintai dan menyayangi dirinya bukan disebabkan pangkat. Saya memilih dia kerana dirinya sendiri. Justeru, saya rasa isu seperti ini tidak perlu timbul. Apakah perkembangan terbaharu karier seni anda? Saya bakal muncul dengan tiga buah drama bersiri iaitu Selamat Pengantin Madu, Kondominium dan Cinta Yang Tertinggal. Selamat Pengantin Madu merupakan sebuah drama bersiri arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba dan ia bakal ditayangkan pada penghujung Ogos ini di TV3 menerusi slot Zehra
|