CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MissNigga

[Tempatan] Rakaman Antara Penguatkuasa DBKL vs. Peniaga

[Copy link]
Post time 24-9-2014 04:29 PM | Show all posts
debab_78 posted on 23-9-2014 06:36 PM
Baru baca statement DBKL.. mcmni la....dulu aku pnh keje mcmni kat sbuah pbt di utara.keje aku mmg k ...

xpe.. aku paham.. dorang kan jalankan tugas. mokcik tu yg x nak bagi cooperation.. tetibe meroyan pulak tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 04:36 PM | Show all posts
Nak lawan undang2 kat Msia ni satu jer...

Duit.....

Makcik ni pacak kosong jer...  kena angkut ler jwbnye....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 05:28 PM | Show all posts
niceghost2005 posted on 24-9-2014 03:08 PM
Kalau kat US , dah lama makchik nie 'makan tanah'.
4-5 oghang penguatkuasa akan jatuhkan dia dan  ...

betul tu...kita melayu ni masih ada perikemanusiaan lagi....sebenarnya ikut kpd org2 yg memang selalu ke Taman tu, peniaga2 tu dah lama kat situ..bukan tahun ni je...ada je yg ada lesen berniaga kat situ...yg tak ada lesen memang awal2 lagi dah diberi amaran sita...kalau degil juga mcmtu  lah jadinya..lepas tu menjerit2 marahkan yg bertugas...sgt2 tak wajar...sekurang2nya admit je lah memang dah salah...sebab memang salah pun perbuatan dia tu...tak ada lesen, berniaga kt tmpat larangan...belum lagi tengok situasi kt tmpat kerja saya...berderet2 berniaga nasi lemak, kuih waktu pagi...yg berlesen ada yg tak berlesen pun ada...tentulah yg berlesen tu marah, bengang...yg berlesen siap bergaduh dgn yg tak berlesen sebelum report kt dbkl...last2 kena ambil tindakan...
Last edited by abbyhoney on 24-9-2014 05:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 05:41 PM | Show all posts
Memang salah makcik gemok tu lar.
macam haram meniage dekat situ
tempat parking awam plak
sampai nak cari parking pun susah
sampai ade accident, tangkap jek haromjadah ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Macik x hulur rasuah ..cuba hulur kompom tutup mata..

depan rumah aku dulu penuh gerai makan... Ada macik ni citer kat mak aku... Dbkl kalau dtg makan ..relaks je beramai2 ..pastu expect makan free.. Macik ni nk paksa bayar pun x berani...so tutup je la mulut takut dorg cari psl... Hbs untung sehari masuk perut dbkl

dgn peniaga melayu berani la.. Dgn cina, mamak susun kerusi sampai tutup jalan pun x usik... Huluq lebih.. Teringat kes rasuah stevens corner... Sampai tiap2 hari amik rasuah...sampai toke pun x tahan.. Boleh ada buku catitan rasuah pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 10:40 AM | Show all posts
abbyhoney posted on 24-9-2014 05:28 PM
betul tu...kita melayu ni masih ada perikemanusiaan lagi....sebenarnya ikut kpd org2 yg memang sel ...

Assalamualaikum abbyhoney,

Di antara syarat yg perlu ada utk penjual bahan makanan ialah:
1. lessen berniaga
2. kursus penyediaan makanan
3. pemeriksaan kesihatan

Ini utk memastikan bahawa setiap peniaga itu mempunyai kesihatan yg baik.
Mereka akan di pertanggungjawabkan sekiranya berlaku keracunan makanan terhadap para pelanggan.


Kepada anda yg selalu membeli makanan di luar, berhati hati lah memilih peniaga.



Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2014 02:41 PM | Show all posts

http://elesen2.dbkl.gov.my/portal/includes/Lesen_Premis/Premis_Perniagaan_Res...

Waalaikumussalam Niceghost,

saya rasa ramai peniaga2 dan org2 awam termasuk yg dok komen kaw2 kt sini dan kat luar sana tu tak tau pun kena ada syarat2 tu semua bila nk apply lesen. Bila nak apply mereka akan rasa susah, leceh...tapi itulah syarat2 yg perlu diikut, dan lulus...memang la bukan senang nk dptkan lesen tapi wajar ke disebabkan rasa susah dgn syarat2 tu mereka ambil jln mudah? Andaikata ada di antara pembeli2 tu keracunan siapa agaknya yg akan disalahkan oleh pembeli? Saya rasa pertama2 sekali mereka akan salahkan peniaga lepas tu akan ckp yg bertanggungjawab beri lesen tak buat kerja, goyang kaki, makan gaji buta...tapi bila diambil tindakan akan dituduh zalim. Segala mak nenek keburukan penguatkuasa dan dbkl akan jadi bahan untuk membenarkan tuduhan mereka tu..Lari dari topik video tu yg sebenar...

Bagi penjual makanan dan minuman tuan/puan hendaklah menghadiri dan lulus Kursus Pengendalian Makanan yang dikendalikan oleh Persatuan Kesihatan Environment Malaysia (MAEH) dan mendapatkan suntikan pelalian Typhoid (TY2) di alamat :

Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
KM 4, Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2027 5300. (u.p : Raja Azraei Bin Ramli).
(Sila rujuk Surat Arahan Kursus dan hubungi nombor telafon di atas bagi menentukan tarikh kursus dan sediakan wang RM50.00 bagi bayaran kursus).

KUALA LUMPUR 15 Mei - Para peniaga diingatkan agar berniaga di kawasan yang
dibenarkan sahaja kerana ia menjadi faktor penting pengeluaran sesuatu lesen penjaja.



    Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Hanim
Hashim berkata, kesesuaian lokasi menjadi faktor penting kepada pengeluaran sesuatu
lesen penjaja.


    Justreu, prosedur pengeluaran lesen hanya akan dikeluarkan kepada penjaja yang
mematuhi syarat serta kriteria yang ditetapkan bagi mengawal pertambahan penjaja
di sekitar ibu kota.


    "Pengeluaran lesen-lesen penjaja baru sentiasa disemak dan dikaji oleh DBKL.
    "Kedudukan gerai di tepi-tepi jalan tidak dibenarkan kerana ia akan menyebabkan
gangguan dan kesesakan lalu lintas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


    Tambahnya, para penjaja dilarang berniaga di kawasan hijau kerana ia akan merosakkan
serta menjejaskan pokok-pokok di kawasan tersebut.


    Mengenai keluhan seorang pembaca dalam ruangan forum Utusan Malaysia,baru-baru ini,
tentang masalah untuk mendapatkan lesen penjaja baru, katanya, para penjaja yang berniaga
di tepi jalan akan ditempatkan atau dipindahkan ke pusat-pusat penjaja bagi menjayakan Program
Penempatan Penjaja di pusat bandar.


    "Faktor-faktor kawalan dari segi kesesuaian tempat berniaga dan kebersihan persekitaran
amat ditekankan oleh DBKL bagi memastikan kebanjiran penjaja-penjaja di tepi jalan tidak menjadi
masalah kepada orang awam, ujarnya.

Lesen Penjaja http://elesen2.dbkl.gov.my/portal/includes/5lesen_sementara.htm

Garis panduan permohonan lesen http://elesen2.dbkl.gov.my/porta ... an_Medan_Selera.PDF
Last edited by abbyhoney on 25-9-2014 03:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:03 PM | Show all posts
ooo, takde lesen rupanya makcik tu, selayaknya dirampas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 03:22 PM | Show all posts
CrowneGlory posted on 24-9-2014 05:52 PM
Macik x hulur rasuah ..cuba hulur kompom tutup mata..

depan rumah aku dulu penuh gerai makan... A ...

Di Penang, melayu menjajah satu pantai di bayan mutiara Dan bt ferringhi, Ada gengster2 melayu Bantu jaga tempat juga...

semuanya haram belaka, patut disapu Oleh pihak berkuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:27 PM | Show all posts
niceghost2005 posted on 25-9-2014 10:40 AM
Assalamualaikum abbyhoney,

Di antara syarat yg perlu ada utk penjual bahan makanan ialah:

3. pemeriksaan kesihatan tu skrg kene buat injection, apatah namanya, aku lupe, pstu dpt kad akuan, tempoh3,4 tahun sekali kene dtg semula amik injection tu kt klinik kerajaan. baru dpt permit.


Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:32 PM | Show all posts
Pegawai yang bergaduh dengan peniaga hanya pertahankan diri - DBKL
T K Letchumy Tamboo, Astro Awani | Kemas kini: September 25, 2014
(Diterbitkan pada: September 25, 2014 14:17 MYT)


KUALA LUMPUR: Pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang dipaparkan di dalam sebuah video viral bergaduh dengan seorang peniaga tanpa lesen, hanya berbuat demikian untuk mempertahankan dirinya.

Menurut Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr Ismail Stapa, pihak DBKL sering mendapat tentangan semasa mengambil tindakan penguatkuasaan, tetapi pegawai dan anggota penguatkuasa diarah untuk mematuhi prosedur penguatkuasaan (SOP) yang telah ditetapkan.

“Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh anggota Penguatkuasa DBKL ialah mereka tidak boleh menyentuh tubuh badan orang yang diambil tindakan, kecuali mempertahankan diri.

“Satu lagi SOP ialah sekiranya tindakan itu melibatkan wanita, hanya pegawai wanita dibenar melaksanakannya.

“Pegawai penguatkuasa yang terlibat di dalam insiden pergaduhan ini hanya mempertahankan dirinya.

Menurutnya, laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian tersebut.

“Kami telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya,” kata Dr Ismail kepada Astro AWANI.

Dr Ismail menambah bahawa penjaja tersebut tidak mempunyai lessen bergerak yang merupakan syarat untuk berniaga di kawasan taman riadah.

“Taman Tasik Permaisuri merupakan salah satu taman rekreasi yang menjadi tumpuan warga kota beriadah dan bersiar-siar terutamanya pada hari Sabtu, Ahad dan cuti am. Terdapat sejumlah enam penjaja berlesen beroperasi di lokasi berkenaan.

“Atas permintaan daripada pengunjung yang ramai di taman tersebut, penjaja tanpa lesen mula bertapak sehingga mencecah kepada 19 orang.

“DBKL sering menerima aduan daripada pengunjung taman ini dan daripada penjaja berlesen sedia ada berkaitan penjaja-penjaja tanpa lesen yang telah menyebabkan halangan di laluan pejalan kaki, kekotoran, gangguan ketenteraman serta menggunakan kemudahan tempat letak kereta untuk beroperasi.

“DBKL telah kerap kali mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja tanpa lesen ini. Sepanjang Januari hingga Ogos 2014 sahaja, sebanyak 38 notis untuk menjaja tanpa lesen telah dikeluarkan dan telah menyita 36 penjaja tidak berlesen,” katanya.

Video pergaduhan di Taman Tasik Permaisuri itu menjadi viral baru-baru ini dan menjadi topik perbualan di laman media sosial.

Video itu pada mulanya memaparkan beberapa pegawai penguatkuasa DBKL mendekati gerai penjaja yang menjual minuman itu, dan menyatakan hasrat untuk menyita gerai tersebut.

Seorang pegawai penguatkuasa dilihat cuba memegang tangan peniaga tersebut namun ditepis beberapa kali.

Peniaga tersebut mulai berang dan meninggikan suara apabila rayuannya tidak diendahkan pegawai penguatkuasa terbabit.

“Saya pun cakap elok-elok. Jangan angkat. Sue (saman)lah. Bukan saja jual dadah. Saya meniaga.

“Ini barang niaga lah. Kau nak buat apa benda-benda ni semua.”

Pergelutan kemudiannya berlaku apabila peniaga itu bertindak menolak pegawai berkenaan yang cuba menghalangnya daripada meneruskan perniagaannya.

Beberapa pegawai DBKL dan peniaga lain cuba meleraikan kedua-dua wanita itu, namun, pergelutan berterusan sehingga kedua-dua tudung wanita yang bergelut itu terlucut.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... -diri-dbkl-44694?cp

...........

Nak berniaga ambik laa lesen..

org lain berniaga boleh je ambik lesen...

apa ke bangang sangat..
Last edited by ajie2000 on 25-9-2014 03:34 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:45 PM | Show all posts
batmana posted on 25-9-2014 03:27 PM
3. pemeriksaan kesihatan tu skrg kene buat injection, apatah namanya, aku lupe, pstu dpt kad akuan ...

Dulu................setiap 6 bulan sekali utk injection.
Dapat buku warna kuning.

Ada yg demam 3-4 hari.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 25-9-2014 03:22 PM
Di Penang, melayu menjajah satu pantai di bayan mutiara Dan bt ferringhi, Ada gengster2 melayu Ban ...

Patut je lah.. Tp apsal x,sapu... Makan rasuah jugak kah
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:52 PM | Show all posts
kalau tk dikawal jadi mcm indo lah nanti....merata2 org berniaga....selayaknyalah mereka ni diperlakukan sebegitu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:57 PM | Show all posts
Betapa pentingnya peranan org cina di Malaysia ni. Tanpa mereka, siapalah yg akan melayu salahkan? Video yg tak de kena mengena dgn cina pun tapi tetap menjadi mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 05:51 PM | Show all posts
perangai ummah pprt.....berniaga tak kena tempat....suka suki dia jer pacak gerai...
kalau yer pun nk mencari rezeki kak..ikut lah prosedur yg betul..kan dah kena..padan muka kau..ummah pprt....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 06:02 PM | Show all posts
Nak tny skit lah... kalau prosedur amik lesen tu pjg dan makan masa yg sgt lama, sementara tunggu dpt lesen tu mcm mana nk sara hidup bg anak2 mkn? Kebanyakan peniaga2 kecil tepi jalan yg menjual nasi lemak atau kuih muih atau air mcm makcik ni bukannya org kaya yg bole duduk rumah je x kerja sementara tunggu dapat lesen. So ni nak kira mcm mana? I percaya kalau diorg ni bole buat kerja lain diorg pun x sanggup nk meniaga merata2 tempat bersengkang mata bgn kul 3 pagi semata2 menyediakan makanan/minuman yg nak dijual. Siapa yg sanggup berpanas berhujan demi mencari sesuap nasik? So kalau xde lesen diorg x bole niaga mcm mana diorg nk survive? Ape pekerjaan lagi yg diorg bole buat sementara nk tggu dpt lesen?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 06:03 PM | Show all posts
Muntz posted on 23-9-2014 07:42 AM
Actually bahaya beli barang dgn mereka yg berniaga haram nie. Sbb diorg takder permit, pastu diorg ...

yg ada lesen pun ada yg kotor ler....

x semua yg meniaga haram ni kotor....

kalo aku pun memilih....



Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 06:38 PM | Show all posts
CrowneGlory posted on 25-9-2014 04:46 PM
Patut je lah.. Tp apsal x,sapu... Makan rasuah jugak kah

Bukan, kadangkala kerajaan Penang terlampau manjakan melayu, which is wrong, nanti melayu minta mcm2 ...susah..

patut fair to everyone.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
missmirmo posted on 23-9-2014 11:21 AM
dapat kat fb komen


Aku menyampah orang suka panggil orang lain 'betina'. Mulia sangat kau nak panggil orang cenggitu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.795533 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list