|
AKASIA : HATI PEREMPUAN [Syarul Ridzwan & Mia Ahmad ]
[Copy link]
|
|
Uols okay tidak ni ??? Adakah gara-gara melayan drama ni uols jadi tak berapa nak okay dengan awan mendung berarak kelabu ??? Ke sebab merindui seseorang yg tidah rindukan uols ???
|
|
|
|
|
|
|
|
heppp
urusan peribadi jgn dibawa ke sini
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh, lupa pulak kita berada di dunia luar sekarang ni
|
|
|
|
|
|
|
|
isteri luar biasa lepas abes citer ni kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bibik mama kyra pun pndai berekspresi u..
hahahahahaha...
ade forumer kata bg budak tu peluang..
so hr ni sj2 tgk ep 4 kot la berubah....
tp nan hado..
mstress weh tgk pelakon yg tak reti berlakon..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg tak best.. Huhuu.. Sori! |
|
|
|
|
|
|
|
takde lah kaku sgt. pelik kat mana yg kaku sgt episode hari nie. rase nya ada improvement dar yg lepas |
|
|
|
|
|
|
|
hafizadam replied at 2-4-2015 04:05 AM
I tak gila ngan syarul atau mia tapi taktau kenapa lekat ngan cerita ni walaupun lakonan skima.
m ...
Tahniahh..wakakaka..
Iols rasa drama ni sedikit lemau sbb tu x mampu nk tgk lg. Kalau terlalu dpn tv tgk sikit sbb heroin dia lawa walaupon kayu |
|
|
|
|
|
|
|
mohon beringat
ape lg, review episod ari ni pantas!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan bila heroin pakai tudung, her acting pun kira selembut suteralah, tapi agak boyish jugak. Selalunya bila perempuan nampak boyish, dier jadik cute, tapi heroin ni tak, jadik menyampah. Hero terbaik, dah ok dah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
drama ni x ler best sgt tp bole la buat layan mata lps blk keje sambil tgk tibi sambil main henpon.... hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Hari kedua tengok, iols mampu tgk setengah jam terawal je... Still mengalami masalah penghadaman...
|
|
|
|
|
|
|
|
heroin dia bertudung lah buat iols lekat tgk cerita nie. takde sakit mata tgk yg seksi2 . manis jee bertudung sepanjang masa. suka |
|
|
|
|
|
|
|
afifah12 replied at 3-4-2015 09:13 AM
heroin dia bertudung lah buat iols lekat tgk cerita nie. takde sakit mata tgk yg seksi2 . manis jee ...
Heroin ni pakai tdung jenis ape..satin ke..colorful |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by afifah12 at 3-4-2015 11:38 AM
bolehlah layan dari cerita pelik2 lain kat akasia
|
|
|
|
|
|
|
|
aah satin tp tu satin kilat sgt, dull satin cantik
P/s: opsss promote tudung pulak tp iols tak jual nyee
|
|
|
|
|
|
|
|
Ofis tengku ni x gah pun..meja n kusi mcm staff biasa je..kete pn asik bmw je..memanjang bukak rooftop..cuaca panas kot |
|
|
|
|
|
|
|
x best la drama ni....heroin ckp suara tinggi sokmo...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hati Perempuan sangat mencabar
Oleh Syanty Octavia Amry
[email protected]
Mungkin agak ‘klise’ watak lelaki kaya yang ego bertemu dengan wanita biasa yang tegas, tetapi kemudiannya berjaya menjatuhkan ego lelaki terbabit sehingga perasaan benci bertukar cinta dan sayang.
Namun, menariknya dalam drama bersiri terbaru Akasia TV3, Hati Perempuan, perbezaan dapat dilihat melalui watak Tengku Zaril yang dilakonkan Syarul Ridzwan.
Memegang watak lelaki kaya berketurunan diraja, banyak perkara perlu dijaga dan diambil kira supaya watak tidak kelihatan bodoh dan jelik di mata penonton.
Selain Syarul, drama terbitan Creative Skill Solution ini turut dilakonkan Mia Ahmad sebagai Yuhanis, Hafreez Adam, Aidil Aziz, Bella Nazari, Hafeez Mikail dan Nazmi Adhwa.
Sukarnya, tidak hanya pelakon saja malah pengarahnya, Kas Roshan juga mengakui setiap watak yang dibawa dia perlu berhati-hati baik dari segi percakapan, pergerakan dan penampilan yang digayakan.
Kas ketika ditemui di lokasi penggambaran drama 28 episod itu di Putrajaya baru-baru ini berkata, ini drama yang begitu mencabar dirinya sebagai seorang pengarah.
“Untuk drama ini saya berdepan dengan ramai pelakon baru. Mencabar juga kerana saya perlu memastikan mereka berjaya menghayati watak masing-masing.
“Setiap pelakon juga datangnya dari bakat yang berbeza-beza. Ada yang mempunyai bakat semula jadi tanpa perlu diasah lagi, ada juga yang memerlukan masa untuk mereka fahami watak dan boleh ikut apa yang saya mahu.
“Seperti watak Tengku Zaril ini, banyak juga kajian harus saya buat kerana ia membabitkan banyak protokol yang harus dijaga disebabkan watak ini bukan watak lelaki kerabat diraja.
“Oleh kerana saya sudah pernah bekerjasama dengan Syarul dan Mia sebelum ini, kerja kami jadi mudah kerana mereka faham apa yang saya mahukan.
“Saya juga akan sentiasa memastikan mereka berdua sering bersama untuk lebih mendalami watak masing-masing,” katanya.
Hati Perempuan adalah sebuah kisah yang diadaptasi daripada novel yang menggunakan tajuk sama karya Nur Ain Al-Abas.
Tiga tahun bergelar pengarah, Kas berkata, bagi mendapatkan hasil yang terbaik ada beberapa babak yang terpaksa diluang semula penggambarannya.
“Saya berharap penonton berpuas hati dengan cerita ini. Apa yang saya cuba paparkan tidak lari daripada karya asalnya yang dihasilkan oleh Nur Ain,” katanya.
Sinopsis
Mula ditayangkan pada Isnin lalu, Hati Perempuan mengisahkan Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai arkitek di syarikat Izzudin & Co.
Manakala, Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Paradigma Holding mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis, tetapi tidak pada Yuhani.
Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan. Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan mereka sering saja berselisih faham sewaktu berurusan.
Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati selepas ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam).
Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan. Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis.
Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril.
Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan saja pada Tengku Zaril, malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya.
Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama? Ikuti perjalanan Yuhanis dan Tengku Zaril membina bahagia di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis jam 6.55 petang.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2015 @ 12:05 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41212#sthash.1BSmTP1a.dpuf |
|
|
|
|
|
|
| |
|