|
Hapdate:Nora Danish nafi pulok beli barang hantaran@pg65
[Copy link]
|
|
gmbr cam kartun plak.. tp comel..
Last edited by LDP on 25-2-2014 10:43 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
norayqal
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah nowa..
credit - berita harian
Pelakon 3 negara dalam Kasih Berbisik
Ahmad Izham (kiri) dan Doreen pada majlis perjanjian penerbitan drama Kasih Berbisik antara Media Prima Berhad dan MediaCorp di Kuala Lumpur, semalam.
Petaling Jaya: Pelakon terkenal dari Malaysia, Singapura dan Indonesia, akan digandingkan dalam drama Melayu pertama terbitan bersama Media Prima Berhad (Media Prima) dan MediaCorp Pte. Ltd (MediaCorp) Singapura berjudul Kasih Berbisik.
Keith Foo, Nora Danish dan Tasha Shila, akan beraksi bersama Hisyam Hamid dan Nurul Aini dari Singapura serta Isti Ayu Pratiwi dari Indonesia dalam drama 13 episod arahan Jamal Khan yang akan menjalani penggambaran pada April depan di ketiga-tiga negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar, berkata drama itu menjadi permulaan jalinan kerjasama antara kedua-dua syarikat dalam penerbitan drama Melayu selepas bekerjasama dalam penerbitan beberapa drama Mandarin dan program berbentuk majalah.
Penggambaran ambil masa 4 bulan
“Kita ada syarat dari segi pemilihan pelakon untuk menaikkan rating tontonan. Penggambaran akan bermula di Bali, Indonesia pada awal April ini sebelum di Malaysia dan Singapura yang akan mengambil masa empat bulan.
“Bukan sekadar jalinan dari segi penerbitan program mahupun drama, malah kedua-dua syarikat turut berurusan dari segi penjualan barangan demi mengukuhkan lagi hubungan yang sekian lama terjalin,” katanya.
Ahmad Izham yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd berkata demikian selepas menandatangani perjanjian penerbitan drama itu di Sri Pentas di sini, semalam. Pada majlis itu, MediaCorp diwakili oleh Pengarah Urusan MediaCorp Studios, Doreen Neo.
Kerjasama itu juga bertujuan mengambil peluang di atas keupayaan produksi kedua-dua pihak bagi merangsang usaha untuk memacu perkembangan industri berkenaan di kedua-dua negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
keith foo, nora danish??
aduh tak sabarnya |
|
|
|
|
|
|
|
LDP posted on 25-2-2014 10:59 AM
tahniah nowa..
kat singapura dah dapat liputan melua di semua media...maklum fan nora di singapura ramai...mesti best..tak sabar nak tengok...
dah lama tak tengok SURIA...klu cerita ni mesti i takmo miss...kena record lagi..hehe..
Last edited by ira_229 on 25-2-2014 11:15 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
credit - infotaip
Drama KASIH BERBISIK (TV3)
Primeworks Studios dan MediaCorp Eaglevision akan menerbitkan drama bersiri terbaru di TV3 berjudul "Kasih Berbisik". Drama ini bakal dibintangi oleh Keith Foo, Nora Danish dan Tasha Shila dari Malaysia; Hisyam Hamid dan Nurul Aini dari Singapura; dan Isti Ayu Pratiwi dari Indonesia. Produksi drama ini akan bermula pada bulan April hingga bulan Julai nanti dan dijangka akan ditayangkan di saluran TV3 pada separuh kedua tahun 2014. Menariknya drama ini akan dirakamkan di dalam format definisi tinggi (HD) untuk memberi kepuasan kepada penonton di Malaysia mahupun Singapura.
JUDUL : Kasih Berbisik
Tayangan : Akhir tahun 2014
EPISOD : 13 Episod
PENERBIT : Encik Zulkeflee Said dan Puan Sabariah Ramilan
TERBITAN : Primeworks Studios dan MediaCorp Eaglevision
PELAKON : Keith Foo, Nora Danish, Tasha Shila, Hisyam Hamid, Nurul Aini , Isti Ayu Pratiwi
Last edited by LDP on 25-2-2014 11:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
credit - budiey
Media Prima & MediaCorp Terbit Drama TV Kasih Berbisik
Media Prima Berhad (“Media Prima”) dan MediaCorp Pte. Ltd. (“MediaCorp”) hari ini menandatangani perjanjian untuk menerbitkan siri drama televisyen secara usaha sama di antara dua anak syarikatnya yang terlibat di dalam bidang penerbitan, iaitu Primeworks Studios (“Primeworks”) dan MediaCorp Eaglevision.
Usaha sama di antara Primeworks dan MediaCorp Eaglevision ini bertujuan untuk menerbitkan siri drama yang berkualiti tinggi yang dapat menarik minat para penonton di Malaysia dan Singapura, di samping menggabungkan kepakaran kedua-dua pihak dalam bidang penerbitan rancangan TV. Siri ini akan dirakamkan di dalam format definisi tinggi (HD).
Produksi drama Kasih Berbisik ini akan bermula pada bulan April dan berakhir pada penghujung bulan Julai. Produksi ini akan diletuai dan diselia dua Penerbit Ekekutif iaitu Encik Zulkeflee Said, Penerbit Eksekutif, Primeworks dan Puan Sabariah Ramilan, MediaCorp Eaglevision.
Drama 13 episod ini disasarkan untuk ditayangkan pada separuh kedua tahun 2014 di TV3, saluran televisyen terestrial terunggul di Malaysia dan Suria MediaCorp, saluran televisyen bahasa Melayu yang unggul di Singapura. Drama ini akan menampilkan barisan pelakon antarabangsa dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Antara barisan pelakon berkenaan adalah Keith Foo, Nora Danish dan Tasha Shila dari Malaysia; Hisyam Hamid dan Nurul Aini dari Singapura; dan Isti Ayu Pratiwi dari Indonesia.
Berlatar belakang metropolitan Singapura, kehijauan panorama di Malaysia dan suasana eksotik Bali, Kasih Berbisik adalah kisah klasik cinta yang tidak kesampaian dan persahabatan yang menjadi keruh. Drama ini berkisar kehidupan Imran, seorang arkitek Singapura yang pergi ke Bali untuk bekerja tetapi menemui cinta hatinya, Sulastri, seorang penari Bali. Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri daripada isteri pertamanya selama 6 tahun, Tina. Setahun kemudian Sulastri melahirkan bayi perempuan bernama Eka.
Pada masa yang sama, Dharma, bekas teman lelaki Sulastri, telah bertekad untuk memilikinya semula walau dengan apa cara sekalipun. Perasaan dendam yang membara menguasai diri Dharma apabila mengetahui Imran telahpun mengahwini Sulastri dan merahsiakan perkahwinan pertamanya daripada Sulastri.
Pelbagai peristiwa yang tidak dijangka dan rahsia silam yang menyusul pasti akan membuatkan para penonton tidak lekang menonton drama 13 episod ini.
Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima dan Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios berkata, Usaha sama ini melambangkan gabungan kemahiran Media Prima dan MediaCorp, mengambil peluang di atas keupayaan produksi kedua-dua pihak yang seterusnya merangsang usaha kami untuk memacu perkembangan industri di kedua-dua rantau dan menjangkauinya. Ini akhirnya kelak akan memudahkan usaha kami untuk menembusi pasaran global.”
“Menerbitkan kandungan yang berkualiti tinggi dan relevan yang popular di kalangan para penonton telah menjadi kenyataan jualan kami yang unik. Ia merupakan peluang kepada pihak- pihak yang yang terlibat untuk meluaskan pasaran melepasi pasaran domestik masing-masing,” tambah Ahmad Izham.
Puan Doreen Neo, Pengarah Urusan MediaCorp Studios berkata. “Usaha sama hari ini menggambarkan perhubungan selama ini yang terjalin di antara kedua-dua syarikat dan seterusnya mengukuhkan lagi kerjasama yang sedia ada. Ini merupakan peluang terbaik kepada kami untuk menggabungkan dua pasukan terbaik bersama bagi menerbitkan siri drama yang istimewa ini.”
Saya yakin ia akan menjadi pemangkin kepada terjalinnya lebih banyak usaha sama di masa hadapan kerana ia telah mewujudkan idea-idea baru dan peluang kepada kita semua. Dari sudut perniagaan pula, ia membolehkan kedua-dua pihak untuk melakukan sesuatu yang melebihi keupayaan masing-masing berbanding jika ia dilaksanakan secara bersendirian, ” tambah Doreen.
|
|
|
|
|
|
|
|
ira_229 posted on 25-2-2014 11:10 AM
kat singapura dah dapat liputan melua di semua media...maklum fan nora di singapura ramai...mesti ...
ai pon xnak ketinggalan tgk cite neh..sure best meletop top top mcm cite tentang dhia.. |
|
|
|
|
|
|
|
LDP posted on 25-2-2014 11:13 AM
credit - infotaip
Drama KASIH BERBISIK (TV3)
nampak lapuran sidang media kat fb suria..
"Ia akan menampilkan barisan pelakun antarabangsa dari Malaysia..Singapura..& Indonesia...seperti Nora Danish...etc.."korang mampoo?
Last edited by ira_229 on 25-2-2014 12:27 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
geli tgk sm faisal ala2 k-pop...sian baru nak rasa alam remaja balik kot |
|
|
|
|
|
|
|
starcity posted on 25-2-2014 10:24 AM
Muka SM Faisal dah iras pelakon Shah Iskandar sejak dia dah berstylo mylo.
Nazri Aziz still nampak ...
Nazri Aziz! ingat Hattan tadi..tapi Hattan versi smart!
|
|
|
|
|
|
|
|
LDP posted on 25-2-2014 11:45 AM
nmpk macho kan nazri aziz tu...
tulah mesti anak lelaki bertuah dia tolong style kan..kata anak bapak..
|
|
|
|
|
|
|
|
ai xkan layan post2 yg nmpk kebusukkan hati...juga kesewelan otak pd benang nowa comel... tq.. |
|
|
|
|
|
|
|
LDP posted on 25-2-2014 12:22 PM
ai xkan layan post2 yg nmpk kebusukkan hati...juga kesewelan otak pd benang nowa comel... tq..{:1_14 ...
hati sakit nampak orang lain bahagia...tapi claim bukan idola siapa2..& tak membenci siapa2..cer klu tak suka tak payah masuk jadi hati tak sakit..betul tak?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|