|
ABPBH2009: Platform angkat pereka muda Oleh Nurulhisham Abdul Latiff & Zaidi Mohamad
[email protected]
LEBAR senyuman tiga pereka popular iaitu dari kanan; Hatta, Rizman dan Ruzaini sebaik saja diumumkan sebagai pemenang.
| Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini dinobat sebagai Pereka Paling Popular dalam ABPBH2008
SELAIN memberi perhatian kepada bakat seni, sejak tahun lalu,Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) turut memberipenghormatan kepada bakat tempatan dalam bidang rekaan pakaian. Jelasdalam mana-mana anugerah membabitkan selebriti pasti busana yangdigayakan turut mendapat perhatian seiring.
Kalau di Barat, selebriti boleh berbangga dengan jenama mewahdan koleksi antarabangsa seperti Prada, Gucci, Dior, Diane VonFurstenberg dan banyak lagi. Kita pun apa kurangnya dan sejakkebelakangan ini sudah ada label tempatan yang mula menunjukkantaringnya.
Malahmelalui Anugerah Pereka Popular yang diilhamkan Berita Harian, sudahmula ada generasi baru yang menyalurkan kreativiti mereka terhadapdunia fesyen. Buktinya, nama seperti Hatta Dolmat, Azura Mazarudin,Rizman Ruzaini, Calvin Thoo, Nik Erwan Roseli, Zery Zamry antara yangmula menyerlah.
Jika ABPBH 2007, Pereka Popular dimenangi Hatta Dolmat danMichael Shu masing-masing untuk kategori wanita dan lelaki, ABPBH 2008sekali lagi melihat penguasaan Hatta Dolmat yang ditabalkan sebagaiPereka Popular bagi kategori lelaki. Manakala untuk Pereka Popular bagiwanita dimenangi Rizman Ruzaini.
Hip sempat mendapatkan komen mereka sewaktu sidang mediapertama ABPBH 2009 diadakan baru-baru ini. Bagi Hatta, percubaanpertamanya mereka pakaian lelaki mula menunjukkan impak danperkembangan positif selepas pakaian yang direkanya untuk Iz Sulainimenarik perhatian juri dan pengundi.
| HATTA bersama Iz dan model yang menjayakan segmen persembahan fesyen.
| Menariknya,pakaian terbabit terlebih dulu turut memenangi Pakaian Terbaik kategoriLelaki yang diumumkan di majlis post party ABPBH 2008. Bererti,kemenangan terbarunya itu adalah kali kedua dimenanginya. MenurutHatta, kejayaan itu terus membangkitkan semangatnya untuk terus merekapakaian untuk lelaki lagi.
“Alhamdulillah, ia rezeki untuk saya terus berkarya dalambidang fesyen. Tahun ini, saya juga tengah mencari artis yang sesuaiuntuk menggayakan rekaan untuk ABPBH 2009. Saya lebih gemarbertukar-tukar artis dalam usaha memberikan variasi terhadap rekaan.
“Bagi saya ABPBH memberi landasan terbaik untuk kami sebagaipereka menyerlah sisi kreatif apatah lagi ia membabitkan golonganselebriti yang cukup luas pengaruh mereka. Di sini, ia jelasmenunjukkan kerjasama dan idea artis dan pereka dalam menghasilkanrekaan yang menawan dan meletup,” kata Hatta yang pernah memenangikategori yang sama tahun pada ABPBH 2007, namun untuk kategori wanitayang digayakan Julia Ziegler.
Sementara itu, bagi Rizman pula mewakili label Rizman Ruzaini,ini adalah kejayaan sulungnya dalam penganjuran anugerah sedemikianserentak dengan kehadiran ABPBH. Ia cukup bermakna apabila busana yangdipakai Datuk Siti Nurhaliza mula menambat perhatian pengundi SMS.Rizman menambah, insya-Allah, Datuk Siti akan menggunakan khidmatnyalagi menjelang ABPBH 2009.
| DUAPULUH pembaca bertuah bergambar kenangan dengan Pengarang KumpulanBerita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid (berdiri tengah) dan PengarangHiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah (berdiri kiri). |
“SelainDatuk Siti, saya ada lagi beberapa deretan nama artis yang mula bermaindi minda untuk dipilih mengenakan rekaan kami. Saya juga bercadanguntuk memilih muka baru contohnya seperti Tiz Zaqyah dan Kamal Adli.Saya juga tidak mahu berkarya untuk orang yang sama saja demi mengelakrasa bosan,” kata Rizman.
Berbicara lanjut mengenai rekaannya yang dipakai SitiNurhaliza itu, kata Rizman, hasil busana itu adalah ilham dan cetusanrasa penyanyi popular itu sendiri dibantu kerjasamanya dan Ruzaini.Kata Rizman lagi, rekaan itu direka secara kebetulan.
“Nak dijadikan cerita, Datuk Siti ada datang ke butik sayauntuk mengambil tempahan pakaiannya. Secara kebetulan, beliau membelekmajalah fesyen yang ada. Daripada situ lahirlah idea yangditerjemahkannya dengan kami hingga terhasilnya busana itu. Ia adalahkonsep padanan kurung moden dengan gaun makan malam,” katanya.
Anugerah Pereka Popular disertai 18 orang pereka fesyen danpemenangnya Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat memenangi hadiah tajaanRafflesia The Pearl Centre bernilai RM10,000 diiringi sebuah trofi.Pada majlis sidang media pertama ABPBH 2009 yang diadakan di UnityBallroom, Palace Of The Golden Horses, dua pereka fesyen terbabit turutmempersembahkan koleksi terbaru mereka yang turut membabitkan peragaandaripada selebriti seperti Diana Danielle, Kamal Adli dan ZahnitaWilson.
credit to bharian online....
psssst... sj tepek, sbb ada nama Tiz.
herm. |
|