CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ellZack

[Tempatan] Operasi PATI Temui Remaja OKU Di Kurung Kebuluran Kurus Kering

[Copy link]
Post time 24-6-2014 08:54 PM | Show all posts
crossfire posted on 24-6-2014 11:50 AM
Ibu Firdaus Tidak Bersalah...

Bismillah,..

ibu firdaus mmg tk bersalah
yg bersalah adalah sirul azhar..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 08:54 PM | Show all posts
sapeka posted on 24-6-2014 08:47 PM
ok
yang buat posting nih aku kenal orangnye

Kenal si kamal ni ke noks?

cer citerr
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:56 PM | Show all posts
aku rasa dia memang orang susah....cuma tak melarat jah... tp cam biasa kat fb ramai suka tayang2 mcm senang... contoh indon gat merompak tembak org aritu.... jadi usah terpedaya dgn gaya idup di pesbook
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:58 PM | Show all posts
cmf_rambutan posted on 24-6-2014 08:54 PM
paridah masa dia kena tangkap tu... itu pon yg pasar malam punya..

mana uoll tahu pasar malam??pasar mlm ada ke yg jual sebijik??mirror image??design kain sama??
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:01 PM | Show all posts
tinker_bell posted on 24-6-2014 08:58 PM
mana uoll tahu pasar malam??pasar mlm ada ke yg jual sebijik??mirror image??design kain sama??

ada.. malah design kain tudung parida yg buat baju pon ada jual...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:02 PM | Show all posts
hungryhenry posted on 24-6-2014 08:54 PM
Kenal si kamal ni ke noks?

cer citerr

yup
belajo satu uni

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2014 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
poison_paradise posted on 23-6-2014 11:59 PM
Bapa kandung budak ni Mana ek..

Tp punca utama si bapa la..kebykkan laki kt msia ni bile cerai bi ...

Bila cerai tanggungan letàk kat bahu isteri.Byk laki yg dah cerai tak ambik pot kat anak dgn Xwife.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:17 PM | Show all posts
yasinfi posted on 24-6-2014 08:54 PM
aku just nak tanya...kalau JKM melaksanakan kerja depa dengan betul..kenapa negara kita ada terlalu  ...

kang mengata org gomen ada yg sentap, tp hakikatnyer kalo pegi pejabat kerajaan nak minta bantuan, dihina dicaci tak dilayan kebanyakan. pegawai2 kerajaan ni kena ada inisiatif la dlm jalankan tugas diaorg, bukan setakat tunggu kat opis. dtg cerita2 mcm ni baru pakat nak celik mata. aku rasa JKM ngan pusat Zakat paling slow compared to jabatan lain. LHDN jgn kata la, asal potong duit rakyat terlebih efficient

dlm ni pun berapa ramai yg ckp susah nak minta bantuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 09:21 PM | Show all posts
akubest posted on 24-6-2014 11:27 AM
nih aku nak bagi terang kat ko jugak...
tulisan wardina tu orang marah sebab ko tak berak sehari  ...

aku sokong wardina tu....pernah jiran lama aku bapak dia cacat accident, tidak boleh memandu atau naik motor hanya boleh berjalan dlm rumah. minta loan nak berniaga lauk depan rumah tapi kena reject. mintak lagi bantuan baitulmal pun naik turun pejabat, asyik kena reject. dimanakah silap sistem kebajikan di malaysia.
adik aku OKU...daftar dekat JKM pun ambik masa berbulan2...selalu pegawai berkenaan dikatakn p cuti la..p khusus la..and orng lain tk bole bantu..hanya dia je ada form2 nye..lepas register..mintak bantuan masuk sekolah kemahiran khas utk budak OKU...katanya kena interview.. keputusan akan dpt dlm masa setahun...dah 2 tahun..tk da apa2 keputusan diterima...yg teruknya i email tanya pasal benda ni sampai ke ketua pengarah JKM , timbalan ketua pengarah...sorang pun tak jawab email i...bawa benda ni p ke kementerian wanita dan keluarga...sama jugak..tak balas..     

katanyer negara islam yg dicontohi tapi islam hanya pada nama. Malaysia ni lebih suka bela Panda kat zoo dari kasi makan rakyat miskin dan cacat. Dah terbukti pun….     

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kodokke posted on 24-6-2014 09:08 PM
Bila cerai tanggungan letàk kat bahu isteri.Byk laki yg dah cerai tak ambik pot kat anak dgn Xwif ...

Nk tanggung diri sndiri pun mnharapkan ehsan bini..cmne nk tggung anak..oppss tlbih suda..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
minahsenget posted on 24-6-2014 08:52 AM
i ada abg OKU,now mmg i jaga ,klu i bwk pegi shopping ,mmg i tak selesa org tengok,kdg2 nak marah  ...

Oh ok.. tu yg saya risau gak sebenarnya.. tq bg pendapat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:27 PM | Show all posts
yasinfi posted on 24-6-2014 09:21 PM
aku sokong wardina tu....pernah jiran lama aku bapak dia cacat accident, tidak boleh memandu atau  ...

Cuba mengadu kat talian NUR 15999,Dorang dpt bantu tak...?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:28 PM | Show all posts
LENS2U posted on 24-6-2014 09:27 PM
Cuba mengadu kat talian NUR 15999,Dorang dpt bantu tak...?

try la cik call...memang tk da sapa ambik pangilan..i dah banyak kali try dulu..skrg ni entahla mcm mana
Last edited by yasinfi on 24-6-2014 09:30 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Fantaghiro posted on 24-6-2014 09:56 AM
my arwah adik yg OKU mmg tersangat comel *dimata aku la*
jadinya aku tak kisah org nak pandang2.. ...

Yup comel.. specialkan.. kadang saya senyum penjaganya senyum balik..

Tapi ada jugak yg nampak kurang selesa.. jadi depend ngan org la kut..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:32 PM | Show all posts
crossfire posted on 24-6-2014 11:56 AM
pergi tolong ajalah tak yah nak jadi keyboard warrior......

Apsal keyboard warrior pulak. Orang yg tak puas hati kat sini, kalau jumpa live sorang-sorang, sama jugak pendapatnya.
Tak de keyboard pun sama je.

Yg keyboard warrior tu jenis kena ada keyboard baru boleh berdegar-dengung.
Selalu kat board CI ke...Politik ke...Agama ke...Politik ke..Gossip ke...Politik ke...
Yg okay, okay la...yg reply kontot-kontot dan kosong seraya menempek modal dari blog yg digemari...

tu pahlawan keyboard sebenar.

Penting discuss kat sini, baru kita tahu orang amat benci dan tahu apa nak buat kalau terjadi.
Lepas ni, kalau tau ada anak OKU kat tmpat kita, ambik tahu sama. Ntah2 makpak dia tak kenal JKM.
Kalau anak sekolah sekali dgn anak OKU, fahami masalah diorg sama....
Sy pun tak aware sangat masalah anak OKU ni, lepas baca komen kat sini, dengan cerita semua...
baru tahu. Baru boleh nak cari jalan, ringankan apa yg patut. Promot kat member, join sekali.
Derma kat badan yg buat kerja.
Apasal? Lepas baca komen kat sini la....alamak....


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:45 PM | Show all posts
sepatutnya bukan kita yg kena mintak bantuan kat jabatan kebajikan masyarakat,
tapi pegawai kebajikan masyarakat yang turun padang, cari si anak2 OKU nie di dalam masyarakat,
JKM ada pegawai penyiasat yg boleh siasat kat mana budak2 OKU, tapi smu duduk dalam ofis,
tak kuar turun padang cari budak2 OKU yang kat luar tu….
at the same time..masyarakat sekeliling pun tlg la sama..kalau nampak budak2 OKu..try help mak bapa depa dpt bantuan JKM Last edited by yasinfi on 24-6-2014 09:48 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk berita td, berat badan firdaus dah naik 2 kilo. Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 10:42 PM | Show all posts
Nasib OKU Firdaus dapat perhatian Najib

KUALA LUMPUR 24 Jun - Pendedahan mengenai keadaan remaja kurang upaya yang ditemui dalam keadaan menyayat hati, Muhammad Firdaus Dullah, 15, turut mendapat simpati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan kebajikan remaja itu terpelihara.

Sambil meluahkan rasa sedih terhadap apa yang menimpa remaja itu, Najib berkata, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, polis serta agensi-agensi lain akan memberi keprihatinan itu terhadap Muhammad Firdaus.

"Saya berasa sedih apabila mendengar tentang situasi kehidupan adik kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi dan saya memandang serius terhadap isu-isu yang melibatkan kanak-kanak kurang upaya seperti beliau," katanya dalam status terbaru laman Facebook beliau, hari ini. -
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 10:42 PM | Show all posts
yasinfi posted on 24-6-2014 09:45 PM
sepatutnya bukan kita yg kena mintak bantuan kat jabatan kebajikan masyarakat,
tapi pegawai kebaji ...

kena report masuk aduan rakyat tv3 baru dorang sibuk nak turun padang..tpi program tu dah tak da.

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 10:44 PM | Show all posts
Tiga perkataan yang meruntun jiwa
SARINAH MAT KASIM & HAMIZAH BASIR
24 Jun 2014

[img]http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.293035.1403593450!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg
Firdaus Dullah OKU kurung

'IBU, ummi dan makan...'. Hanya tiga perkataan itu saja mampu diucap Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU malang yang ditemui dalam keadaan kebuluran dan tidak terurus di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu walaupun usianya sudah 15 tahun.

Perkataan 'ibu' itu merujuk kepada pengasuh remaja berkenaan, Norfitri Radius, 42, yang menjaganya selama lapan tahun sejak 2003, sementara 'ummi' merujuk kepada ibu remaja berkenaan yang kini masih ditahan reman bagi membantu siasatan atas penemuan mengejutkan seluruh rakyat negara ini.

Manakala, perkataan 'makan' pula biasanya akan keluar daripada mulutnya setiap kali lapar.

Perkara itu didedahkan Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Datuk Dr Jaafar Che Mat berhubung tahap kesihatan Muhammad Firdaus selepas dua hari dirawat dan dijaga rapi di hospital berkenaan.

Ketiga-tiga perkataan itu juga menunjukkan 'dunia' Muhammad Firdaus sebelum ini hanya tertumpu kepada pengasuh dan ibunya saja, tanpa melihat dan mengenali orang lain di sekeliling, sehingga ada kala dia kelihatan takut pada orang ramai.....

Berat hanya 15kg

Jaafar berkata, amat menyedihkan apabila Muhammad Firdaus kelihatan rakus ketika pertama kali diberi makan oleh pihak hospital.

Beliau berkata, remaja yang menghidap penyakit celebral palsy itu hanya seberat 15 kilogram ketika pihak hospital menerimanya.

“Hari pertama kami terima anak ini, keadaannya amat teruk. Kami semua geleng kepala melihat keadaan fizikalnya.

“Dia kelihatan rakus bila diberi makan roti seperti sudah lama tidak makan dan begitu kelaparan,” katanya.

Menurutnya, Muhammad Firdaus turut mengalami masalah kulit akibat terlalu lama berada dalam persekitaran kotor.

"Dia juga kekurangan protein disebabkan tidak mendapat makanan berkhasiat. Kita akan merawat kulitnya dan beri makanan berkhasiat agar kembali pulih, sebelum membuat rawatan fisioterapi untuk anggota badannya yang lemah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan dijalankan terhadap remaja itu mendapati tiada kesan penderaan pada fizikalnya.

“Tiada kesan menunjukkan dia didera, tetapi jika dikurung dan dibiarkan sudah termasuk dalam kes penderaan. Kita sudah serahkan laporan kesihatan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, semalam.

Jaafar berkata, untuk memulihkannya akan mengambil masa lama, bagaimanapun Muhammad Firdaus sudah menunjukkan respon positif berbanding sebelum ini.

“Kita akan pastikan dia pulih sepenuhnya sebelum serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Sementara itu, katanya, adik tiri remaja terbabit, Muhammad Haziq Jali, 7, turut dirawat di hospital berkenaan dan diletakkan bersebelahan Firdaus.

“Adiknya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan cuma mengalami masalah hiperaktif,” katanya.


Bersambung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.129989 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list