CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ellZack

[Tempatan] Operasi PATI Temui Remaja OKU Di Kurung Kebuluran Kurus Kering

[Copy link]
Post time 24-6-2014 10:47 PM | Show all posts
Jiran tak tahu remaja terkurung

Sementara itu, di NILAI, penderitaan Muhammad Firdaus itu ternyata mengejutkan penduduk sekitar rumah pangsa Taman Semarak.

Tinjauan Sinar Harian di rumah pangsa itu semalam mendapati, penduduk sekitar serta jiran-jiran tidak mengetahui ada remaja OKU terkurung di sebuah bilik di blok 15, selama ini.

Kawasan perumahan yang rata-rata didiami warga asing itu kelihatan suram, selain berada dalam keadaan tidak terurus.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam blok berkenaan, hidung mula terbau sesuatu kurang menyenangkan, dengan hancing serta busuk.

Setibanya di hadapan rumah nombor 19 iaitu tempat Muhammad Firdaus ditemui, bau busuk terus menerpa kuat sebaik saja pintu dikuak.

Tidak cukup dengan itu, kelihatan keadaan rumah berselerak seperti tidak berpenghuni, malah apabila ditanya jiran sebelah, mereka sendiri tidak tahu dan tidak kenal penghuni rumah itu.

Salah seorang jiran yang tinggal depan rumahnya, Farhat, 30, berkata, selama tiga tahun dia tinggal di situ, dia jarang melihat wanita atau ibu kepada Muhammad Firdaus berada di rumah.

Farhat yang berasal dari Bangladesh dan fasih berbahasa Melayu berkata, hanya sebulan sekali saja dia nampak wanita itu datang mengemas rumah dan membuang bungkusan sampah yang banyak.

“Saya jarang nampak ada orang dalam rumah itu. Cuma setiap malam, saya sering terdengar suara kanak-kanak menangis dari rumah berkenaan. Suara itu akan diam sendiri selepas itu.


“Sudah tiga tahun saya tinggal di sini, tetapi tidak pernah kenal dengan penghuni di depan rumah saya ini. Kali terakhir saya nampak dia (ibu Muhammad Firdaus) bulan lalu, ketika itu dia sedang angkat sampah dengan seorang anak lelaki kecil. Lepas itu tidak nampak lagi," katanya.

Bagaimanapun, beberapa wanita tempatan yang ditemui mengakui ibu Muhammad Firdaus itu tinggal bersama kerana pernah ternampak wanita berkenaan di situ.

Dalam pada itu, pengerusi flat berkenaan, Abdul Razak Nasir berkata, ibu kepada Muhammad Firdaus kelihatan keluar rumah awal pagi dan pulang lewat malam, dipercayai bekerja.

“Keluarga remaja OKU ini tidak pernah bergaul atau berbual dengan penduduk di sini. Malah, kami sendiri tidak tahu dia mempunyai anak OKU sehinggalah berita ini tersiar,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 10:48 PM | Show all posts
Ibu mengaku tinggal bersama

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Abdullah Roning berkata, ketika disoal siasat, wanita yang dikenali sebagai Lola itu mengaku masih tinggal bersama Firdaus di rumah berkenaan dan bukan tinggal di tempat lain.

“Hasil percakapan pegawai penyiasat kami dengan wanita berkenaan, mereka masih tinggal serumah, cuma anaknya yang OKU itu diasingkan di sebuah bilik berlainan.

“Semua keterangan daripada wanita berkenaan telah pun direkodkan dan diambil, sebelum tindakan lanjut dilakukan,” katanya, semalam.


Abdullah berkata, polis kini sedang mengesan bapa Muhammad Firdaus bagi melengkapkan kertas siasatan.

Ibu remaja itu direman selama empat hari sehingga esok.

Manakala, Timbalan Pengarah JKM Negeri Sembilan, Mohamad Hapil berkata, pihaknya akan mengesan bapa kepada remaja berkenaan.

“Setakat ini, kita tiada maklumat mengenai ayahnya. Jika gagal dikesan, JKM akan mohon perintah sementara bagi menjaga dan melindunginya buat sementara sebelum proses ke mahkamah,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 10:49 PM | Show all posts
kalau betul lola tinggal dirumah tu sekali...nampak memang daif sangat berdasarkan keadaan rumahnya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel posted on 24-6-2014 06:22 PM
mengabaikan anak kandung sampai gitu sekali

mulut jahat aku nak padan kan muka kaklolak ni, bil ...

Betina spesis nie baik dibuang je rahim dia... X pyh beranak langsung lg bgs... Ada anak dibuat mcm ni... Sial punya betina...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 10:50 PM | Show all posts
Aku setuju je wardina hentam gomen..kadang2 kena bg sentap skit dorang ni br amik tindakan..yg untung nnt rakyat gak..kalo yg hentam ni KJ aku pasti sume setuju..tp sbb wardina ni bkn org politik..maka ramai laa tersentap dan panas montot
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 10:56 PM | Show all posts
Cookeelaat posted on 24-6-2014 07:48 PM
So aci tak kalau I cakap mak dia ambik inspirasi dari novel tu?

aci

patut i rasa mcm dejavu. rupanya sbb i ada novel yg jalan cerita ala2 kisah adik firdaus ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2014 11:04 PM | Show all posts
IceCream_Soda posted on 24-6-2014 08:46 PM
sapa ntah kata paridah  nak buat camna aku pemakai bawal tegar, siti ngan paridah pun xkenal
...

betol la tu mcm paridah tp tak tau le ori ke tidak.




Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:06 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 24-6-2014 10:49 PM
kalau betul lola tinggal dirumah tu sekali...nampak memang daif sangat berdasarkan keadaan rumahnya  ...

rasanya umah lain AN....sbb aku baca article jiran yang dok depan rumah yg dia duduk tu....so mmg jiran tu nampak ada hari2 kuar pagi balik malam..siap beli nasik bungkus 3 ketul....sbb lama juga dia dok situ 15 tahun...yang tadi tu tempat dia sorokkan firdaus rasanya....aku rasa kaklola spin pak pulisi...



Jiran tidak berani tanya mengenai anak
1  1 Google +1  0  0[size=0.8em]Cetak



Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Nilai: “Kami memang tahu dia (Lola) ada dua anak, seorang sihat dan seorang lagi cacat. Tetapi, dia tidak bercampur dengan kami atau memberitahu masalah dihadapinya.
“Kami terkejut sejurus mengetahui anak lelakinya yang cacat itu ditemui dalam keadaan kebuluran dan tidak terurus,” kata jiran kepada wanita dikenali sebagai Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15.

Jiran terbabit yang mahu dikenali sebagai Eton, 40-an, berkata, biarpun tinggal berjiran bersama Lola di tingkat satu Flat Semarak, Taman Semarak, di sini, dia tidak pernah bergaul menyebabkan penduduk tidak tahu masalah hidupnya.

Katanya, pada 1999, Lola menetap di tingkat tiga flat sama sebelum berpindah ke tingkat satu pada 2007.
WARTAWAN Harian Metro dan BH menebual jiran Lola, semalam.


“Namun, sepanjang mengenali Lola, saya hanya melihat wanita itu keluar bekerja pada waktu pagi dan pulang di sebelah malam, malah tidak bergaul dengan jiran,” katanya.

Eton berkata, Lola juga sukar dilihat kerana kedudukan rumah sewanya paling hujung bersebelahan tangga dan tidak melalui hadapan rumahnya untuk turun ke bawah.

“Sejak 15 tahun tinggal di sini, hanya satu atau dua kali Lola datang ke majlis anjuran flat menyebabkan ramai tidak mengetahui kehadirannya di sini,” katanya yang memaklumkan wanita itu hanya sekali datang berhari raya di rumahnya pada 2011 bersama anak keduanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 11:08 PM | Show all posts
toxicated posted on 24-6-2014 11:04 PM
betol la tu mcm paridah tp tak tau le ori ke tidak.

kalau tak ori pon aku rasa tetap mahal depada seketul baju bundle firdaus
ada ke tudung kurang RM5?????
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:17 PM | Show all posts
akubest posted on 24-6-2014 11:06 PM
rasanya umah lain AN....sbb aku baca article jiran yang dok depan rumah yg dia duduk tu....so mmg  ...

saya ada tengok alamat rumah dimana Firdaus dijumpai..tak silap no 19...cuma tingkat je tak tahu/

lagipun...tu pengakuan lola masa disoal siasat oleh pihak polis...tapi pihak polis hanya merakamkan percakapannya sahaja utk rekod...opkos polis akan panggil semua2 saksi terutama yg mengenali lola ni..terutama yg dah keluar kenyataan ni..

so..sama2 kita tunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:22 PM | Show all posts
akubest posted on 24-6-2014 11:06 PM
rasanya umah lain AN....sbb aku baca article jiran yang dok depan rumah yg dia duduk tu....so mmg  ...

kalo tinggal situ mesti la ada dapur, pinggan mangkuk, baju, tudung peridah, tilam, makeup semua....  kalo kosong sah2 la Firdaus tu duduk sorang. rasa was2 pulak aku makcik vogeh dlm fb tu sanggup nak duduk rumah berbau taik hari2
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:25 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 24-6-2014 11:17 PM
saya ada tengok alamat rumah dimana Firdaus dijumpai..tak silap no 19...cuma tingkat je tak tahu/
...

no 1-9..
tgkt 1 rumah no 9 kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:31 PM | Show all posts
toxicated posted on 24-6-2014 11:25 PM
no 1-9..
tgkt 1 rumah no 9 kot

Then...dia memang tinggal sama lah.


Jiran terbabit yang mahu dikenali sebagai Eton, 40-an, berkata, biarpun tinggal berjiran bersama Lola di tingkat satu Flat Semarak, Taman Semarak, di sini, dia tidak pernah bergaul menyebabkan penduduk tidak tahu masalah hidupnya.

Katanya, pada 1999, Lola menetap di tingkat tiga flat sama sebelum berpindah ke tingkat satu pada 2007.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:38 PM | Show all posts
terfikir saya....kalau dia memang tinggal serumah dan kita dah lihat keadaan rumahnya daif macam tu...masa bila dia main FB?...dimana dia main FB?..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:40 PM | Show all posts
IceCream_Soda posted on 24-6-2014 11:22 PM
kalo tinggal situ mesti la ada dapur, pinggan mangkuk, baju, tudung peridah, tilam, makeup semua.. ...

ko pergi kamal asamkipas punya fb...mamat yang back up kaklola ni...
situ byk org tampal status FB...mmg rumah lain2....dia sewa 3-4 bulan sebelum...aku malas nak upload ke photobucket bagai...ko pi lah skodeng kalo rajin...

fuhh boleh tahan drama juga macik lola nih ropenyer...kat hospital dengan tangan bergari siap maki hamun reporter jerit2.."kalo korang nak jaga budak cacat tu jagalah...aku sayang tapi aku tak mampu nak jaga"..kerlasss ko kaklola..patut dinobatkan sebagai pelakun harapan 2014
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:45 PM | Show all posts
penjaga dia kata penah jaga dia selama 8 tahun...penah bawa rawatan tradisional..and kata mak budak ni sakit dan orang yg susah..tp kenapa dia tk penah beriktiar bantu mak dia daftar dekat JKM...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgr berita kt radio ayah kandung firdaus da meninggal rupanya jan 2012
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:58 PM | Show all posts
yasinfi posted on 24-6-2014 11:45 PM
penjaga dia kata penah jaga dia selama 8 tahun...penah bawa rawatan tradisional..and kata mak budak  ...

PPRT kot.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
toxicated posted on 24-6-2014 07:32 PM
bukan kereta kancil je ka..



Haah kancil..kwn dia ade gtau kt fb
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
myralupilato posted on 24-6-2014 10:56 PM
aci

patut i rasa mcm dejavu. rupanya sbb i ada novel yg jalan cerita ala2 kisah adik fir ...

apa td tajuk novel tu myra? acaner sinopsisnya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.118364 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list