muhrim tu bukan perlu berkepit dengan kita 24 jam
macam aku pi umrah pun aku selalu dgn gang perempuan sebab senang pegi masjid sama sama sebab tempat solat lelaki dgn pompuan berbeza
jumpa hubby time ziarah, pergi kedai,makan dan tidor je
tapi maybe fazura cantik jelita kena lah ada muhrim jaga sepanjang masa takut pak arab tackle
aku saspek derang ni pergi mana mana ramai ramai, ye lah takkan Fattah biarkan ibu dan ayah dia sendirian
Faz pun mesti jaga mak dia dan ibu Zah
tapi yg lain tu nak privasi so kita tak nampak lah
kalau dah nikah pun takkan Fattzura buat donno kat parents....so not like them
Post time 18-11-2017 07:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah lama sr kat sini. Hari ni nak komen plak
Wangi nye couple ni.. wangi sesangat right now. Sejuk & tenang je mata tengok diorang, lelaki berjubah & pompuan bertudung lengkap. Post apa pun elok2 je
Pakai sedondon, body language pun seiring sekata je. Both families pun sama2 support. Seronok tengok
Harapkan ada good news la announcement 23hb ni. Barakallah
Post time 18-11-2017 07:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau dah kawin eloklah berkepit dgn suami/mahram Di tanah suci
Ibu Fattah, ayah Fattah Jaga ( apak Fattah pun muda lagi boleh Jaga Bini)
Mak fazura... Adik lelaki or pakcik dia Jaga
Fazura .... Laki dia Jaga (kalau dah kawin lah)
Sepanjang pengalaman aku... Mmg aku perlu suami / mahram kat sebelah
Kat Sana bila time berhimpit... Tok Laki akan sentiasa menghadang, pegang tangan, peluk, tarik Dan sebagai ya
Nak ambil wudhuk Di masjidil haram tok Laki akan guard aku supaya org tak nmpk Surat ( sbb tmpt ablution Tu open, even dah ada sign for women only... Tetaplah org laki pi ambil kat Sana juga)
Kalau dgn kumpulan perempuan... Bukan tak boleh... Boleh tapi tenaga Kita kecil aje...nk bukak jalan masa tawaf Tu org tolak2 je
Belum cerita Naik tangga etc
Aku respek jemaah Indonesia. Kalau diorg buat tawaf, kumpulan wanita tengah2 diguard Kiri kanan dpn belajar lelaki.
Maka... Melihatkan Fattah mcm selalu ADA dgn fazura Di Sana ala2 mcm menjaga mahramnya maka aku vote fattzura dah nikah
Post time 18-11-2017 07:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Loginlogoff replied at 18-11-2017 05:06 PM
chuols neh khen iols tgk kalau post n komen psl retis lain syumul suci jerk post komen chuols..bes ...
log...pussy plak heshe nk reply iols terus...remind me of sum1 aa... yg selalu nk kata tp xda telur nk kata right on de face gitu mmpu sarcastic dgn icon guling2 ja
Post time 18-11-2017 09:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dah faz tu bini dia. berkepit je la fa lagi dpt bini lawoo. . mmg diorg dok berkepit dr klia lg. beratur check in pun fa belakang faz. mkn pun sebelah sebelah. mana faz g situ fa ngendeng.. duk dlm flight pun sebelah. yela org dah ada bini. kene la extra care. done speku. keh
NEELOFA memilih untuk berdiam diri daripada memberi komen berhubung dakwaan pelakon Fattah Amin dan Fazura sudah bernikah.
Neelofa, 28, ketika ditemui pada sidang media selepas pelancaran cawangan terbaru ‘Naelofar Hijab’ di Putatan, Sabah, hari ini, hanya meletakkan jari di bibir sebagai tanda ‘mengunci mulut’ apabila ditanya mengenainya.
Selepas pertanyaan itu, sidang media berkenaan ditamatkan serta-merta.
Neelofa sebelum ini pernah dikaitkan dengan Fattah selepas kedua-duanya bergandingan dalam drama ‘Suri Hati Mr Pilot’.
Terdahulu, Neelofa yang kini popular menerusi drama Red Velvet yang dibintanginya bersama Alif Satar, berkata dia tidak menghiraukan kritikan netizens yang nempersoalkan lakonannya yang dilihat masih ‘kayu’ dalam drama berkenaan.
Katanya, dia juga tidak kisah jika penonton yang membandingkan lakonannya dengan Alif.
“Saya anggap kritikan itu sebagai sesuatu yang membina kerana sesiapa pun berhak menyatakan pendapat mereka.
“Namun, saya selesa bergandingan dengan Alif. Penggambaran darma Red Velvet sudah selesai minggu lalu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 November 2017 @ 10:02 PM
Post time 19-11-2017 06:59 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by sepitsiput at 19-11-2017 07:01 AM
lopeh ni bimbo ke mmg bingai semulajadi? motif nk merempan siap tnya which school reporter tu pergi.
Meols baca artikel tux nothing wrong pun. Dia butthurt dgn headlines "MALAS MAU LAYAN" in which dia terasa tuju kt isu Fatzura..walhal, sefahaman meols dr artikel tu..headlines tu referring to isu kritikan lakonan kayu sheols dlm Kek Bantat yg menjadi topik utama artikel... Meols speku editor harian metro mesti berbulu dgn retis kuat melatah camni.
sheols sendiri yg sebut kot
Terdahulu, Neelofa yang kini popular menerusi drama Red Velvet yang dibintanginya bersama Alif Satar, berkata dia tidak menghiraukan kritikan netizens yang nempersoalkan lakonannya yang dilihat masih ‘kayu’ dalam drama berkenaan.
Post time 19-11-2017 07:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
spesis bingai mcm lipeh ni yg benak takleh diajar.
meols rasa sheols bengang pasal event yg sheols diinterview tu event produk tudung dia..dgn hrpan dpt publsiti pasal tudung... sekali reporter perrgi tnya isu fatzura dan isu kecaman belakon kayu.
Kalau dah bingai mmg xleh diajarlah kan? Kau nak publisiti utk bisnes kau, kau undanglah reporter dr business desk..apa motif panggil reporter entertainment. produk chuols filem ke? lagu ke?
Dah panggil reporter entertainment haruslah diorg amik peluang tnya soalan psl showbiz..
kalau panggil reporter business desk, silap2 reporter ty whoayuskan aje si fatzura tu sbb xde kene mengena dgn topic bisnes.
ni masalah bila retis nk jd bisnesman tp jd opportunist guna publisiti media entertainment tanpa ada rasa tanggungjawab. Entertainment media opkozlah sejak azali akan jd opportunist utk scoop..yg retis nk berniaga nI nk jd opportunist tp bingai... konon nk up level bisnes..tp profesionalism dlm PR ntah kemana.. silap2 editor business desk pun x kenal agaknya...doklah himpit editor entertainment walhal produk bisnes bukan ada kene mengena dgn showbis pun.
Post time 19-11-2017 07:12 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Lopak ni EQ mmg out. Dah ku kata dia ni stret A tp EQ ke laut. Kalau nak win hati fans dia bleh jaa doakan yg terbaik like sherry. Tp since dia ni sincere sgt and terserlah dendam amarah itew maka kuaq la statement camtu... nampak sgt bengang ngan fazura
Post time 19-11-2017 07:15 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sepitsiput replied at 18-11-2017 10:59 PM
lopeh ni bimbo ke mmg bingai semulajadi? motif nk merempan siap tnya which school reporter tu pergi. ...
Beta rasa mahu sekolahkan Nilofa ni boleh tak? Sebab beta ni lebih terer bab2 berdepan dengan reporter. Minyak naik pun ada lagi netizen salahkan beta.
BTW, diorang ni dah confirm nikah kan?
Hari ni ada Tengku Khalidah nyer artikel kat Utusan Malaysia.
Tunang 13 November dan nikah the next day pukul 12.30 malam.
Abang Fazura jadi wali dengan sekali lafaz sahaja.
And..ada orang speku Tengku Khalidah tu tokpit.hahaha
Fattah – Fazura nikah 14 November lalu?
Tengku Khalidah 
Tengku Bidin
19 November 2017 3:00 AM
KUALA LUMPUR 18 Nov. - Pasangan pelakon Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, bukan berkahwin secara rahsia, sebalik-nya majlis tersebut diadakan secara tertutup bersama ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja demi memastikan privasi kedua-dua belah pihak.
Menurut sumber kepada Mingguan Malaysia, Fattah dan Fazura telah pun selamat diijabkabulkan sekitar pukul 12.30 tengah malam, 14 November lalu di banglo kediaman nenek pelakon wanita jelita itu di Petaling Jaya, Selangor.
Dengan hanya sekali lafaz dan berwalikan salah seorang abang kandung Fazura sendiri, pernikahan bintang filem Qaisy dan Laila itu berjalan dengan penuh sederhana tetapi sempurna.
“Benar, mereka telah dinikahkan dalam suasana sederhana sekitar pukul 12.30 malam pada tarikh itu dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu.
“Mereka bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memi-lih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal,” beritahu sumber tersebut.
Menurut sumber yang sama, pada awalnya majlis pernikahan dirancang untuk diadakan di Tanah Suci Mekah tetapi pada saat-saat akhir keputusan diubah pada hari pertunangan mereka. Pasangan itu bertunang sehari sebelumnya, iaitu pada 13 November di lokasi yang sama.
“Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana.
“Oleh itu, pada hari pertunang-an mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah,” jelas sumber yang sama.
Bagaimanapun sehingga kini, baik Fattah mahupun Fazura belum membuat sebarang pengesahan atau pengumuman rasmi mengenai status terkini mereka.
Malah, pihak pengurusan kedua-dua belah pihak juga hanya mendiamkan diri dan menjelaskan majlis yang berlangsung di ke-diaman nenek Fa-zura itu hanyalah ken-duri doa selamat sempena pemergian pasangan ini ke Tanah Suci.
Fattah dan Fazura bersama kedua-dua keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah pada 15 November dan dijangka pulang pada 23 November depan.
Sementara itu, tinjauan Mingguan Malaysia mendapati banyak pihak telah memberikan restu kepada ‘pernikahan’ pasangan ini dan menganggap ia adalah satu kejayaan yang baik dalam hubungan cinta mereka.
Rata-rata peminat Fattah dan Fazura mendoakan agar rumah tangga yang dibina mampu memberi kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan kepada kedua-duanya selepas ini.
Fattah dan Fazura dipertemukan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella pada awal tahun lalu, dan semenjak itu banyak peminat mengharapkan mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih dan berkahwin.
Dalam pertemuan untuk sesi fotografi akhbar sisipan Pancaindera Mingguan Malaysia sebelum ini, Fazura pernah memberitahu penulis bahawa dia bersedia seandainya Fattah adalah lelaki yang dijodohkan oleh Allah SWT dengan dirinya.
Post time 19-11-2017 07:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
ninyahnoks replied at 18-11-2017 10:43 PM
Video paparazzi from Mekah.
Beta pun pernah diserang hendap paparazzi mcm ni. Tengah nak berak cangkung nampak tangan hulur henfon. Oh..rupa2nya tu phone beta..PA tolong pass sebab beta nak swafoto dulu