CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aFViRGo

♥ HoMe oF MiLaNiaNS V ♥ TAMAT! Sila ke rumah baru!

 Close [Copy link]
 Author| Post time 17-5-2009 10:32 PM | Show all posts
Cukuplah tuk malam ni
Esok2 masuk lagi
Gudnite sume
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2009 11:30 PM | Show all posts

Balas #1961 aFViRGo\ catat

ghajinnya tira   eh dah takde icon yg pgg pompom tu kan

tira pi la tepek kat uma pink..  gto bz skunk. kat school lg ni..esok kwn dr msia mai sini
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 11:31 PM | Show all posts

Balas #1959 aFViRGo\ catat

tira gigih camni hrp momod abe dini or momod brit brit sedekah pinat kat tira.. cian dia x dpt guna avatar sndr

momod musti ada yg skodeng cini kan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 01:34 AM | Show all posts

Balas #1949 gto_girlz83\ catat

2nd song ok per... ...sedap lah lagu tuh...aku dah download mp3 nye...x dgr semput lah..in fact naik gian

Aku ade kat sane smlm....mase 1 st round rase nak balik je..tapi sbb nak tgk hapiz 2nd round aku tunggu gak...dlm hati mmg tabah ler... sabar, redha, taqwa....aku menjerit mase die menang...kat AF Final ni...pengkritik ckp mcm mane pon org x dulik ape dah...fan masing2 cume nak celebrate kalo yg dorang suke tu menang....aku pon x pedulik ape pengkritik tu ckp...kalo aku depan dorang aku nak jwb "ape die ko ckp x dgr"(buat2 x dgr)

and muke ketat cikgu ct tu pe hal..kalo tgk fan hafiz jerit2....nak hangin plak..sukati kite org lah..duit kite org...kesian isma....aku rase finalis ni cume 4 org je..tapi sbb dah temasok sorang tu...no. 5 tpaksa kasik tropi je...trofi tu leh sumbat lam mulot adlin yg byk ckp tu....menetes air lior nye nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 01:35 AM | Show all posts

Balas #1953 gto_girlz83\

nyanyi seikhlas hati...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 01:42 AM | Show all posts
Originally posted by gto_girlz83 at 17-5-2009 20:24
bosan giler concert final AF7   hafiz ketara semput for both song tp okla dia jore based on performance dulu2 banding org lain.

Akim deserve to be second..cian Akim n Isma   astro  ...


kann tp xpe tomtom redha.. rejeki masing2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2009 01:43 AM | Show all posts
Originally posted by aFViRGo at 17-5-2009 21:55


Mmg bosan..smalam x sabar2 nak tunggu habis..lagu pun x baper best

Yg best smalam nampak org2 yg gigih semangat jerit2 nama Akim sambil pegang huruf A K I M
Pas ...


erk KAnda kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 02:27 AM | Show all posts

Balas #1964 batunilam4a\ catat

2nd song tu not bad liriknya..ada certain part sore hapiz nebes..pastu ok blk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2009 02:29 AM | Show all posts
Originally posted by tomatomam2222 at 18-5-2009 01:43


erk KAnda kan
eh semlm ms sarimah intebiu fans apiz yg pkai rmbut pelesu tu tiba2 dtg sorang pomp pgg poster akim in sultan..dak pomp tu cam knl sgt2 aar..

style dia pkai tdg ikat blkg tu cam kakak si keyrol je
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 03:39 AM | Show all posts
Originally posted by gto_girlz83 at 18-5-2009 02:29
eh semlm ms sarimah intebiu fans apiz yg pkai rmbut pelesu tu tiba2 dtg sorang pomp pgg poster akim in sultan..dak pomp tu cam knl sgt2 aar..

style dia pkai tdg ikat blkg tu cam kakak si keyro ...




bukan macam tapi memang
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 06:20 AM | Show all posts

Reply #1961 aFViRGo's post

Thx Afvirgo for the postings ....been really quite lately in the forum.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 06:26 AM | Show all posts
Originally posted by tomatomam2222 at 18-5-2009 03:39



bukan macam tapi memang
haa..betol skali tekaan aku

kenal sgt..dah tomtom pun support akim..sah2 KA ngan korang sume support akim

p/s: tgh layan rindu terhenti studio version..pandai JDF buat ada x mp3 studio version nie nakk
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 08:11 PM | Show all posts
Originally posted by gto_girlz83 at 18-5-2009 06:26
haa..betol skali tekaan aku

kenal sgt..dah tomtom pun support akim..sah2 KA ngan korang sume support akim

p/s: tgh layan rindu terhenti studio version..pandai JDF buat ...


beli kat gua.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 10:30 PM | Show all posts
sorry menyibuk..nak share artikel

taken from myMetro

Tetamu dihiburkan dengan persembahan Nassier Wahab dan Mila AF5 manakala Zizan Nin dan Nur Fazura menjadi pengapit. Menariknya, tema putih digunakan pada rekaan sangkar burung yang menghiasi majlis persandingan.

kalo dlm paper ada tunjuk pic mila..dia nyanyi lagu ayat-ayat cinta
tp online takde
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 01:59 AM | Show all posts

Balas #1957 aFViRGo\ catat

oh ni yang dgr kat radio tadi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 08:13 AM | Show all posts
Originally posted by gto_girlz83 at 17-5-2009 23:30
ghajinnya tira   eh dah takde icon yg pgg pompom tu kan

tira pi la tepek kat uma pink..  gto bz skunk. kat school lg ni..esok kwn dr msia mai sini


ada jer ni :pompom::pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2009 08:16 AM | Show all posts
Originally posted by tomatomam2222 at 18-5-2009 01:43


erk KAnda kan


yg org kenal 2 org
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 08:18 AM | Show all posts
Originally posted by braveheart2 at 18-5-2009 06:20
Thx Afvirgo for the postings ....been really quite lately in the forum.


ur welkam
In the papers pun there is not much story about Mila
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by mellanizz at 18-5-2009 22:30
sorry menyibuk..nak share artikel

taken from myMetro

Tetamu dihiburkan dengan persembahan Nassier Wahab dan Mila AF5 manakala Zizan Nin dan Nur Fazura menjadi pengapit. Menarikn ...


Thanks mellanizz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 08:24 AM | Show all posts

Taken from myMetro

'Kecamuk dengan melodi'
Oleh Ahmad Shazwan Md Yusof
[email protected]

TIDAK seperti era 80-an dan 90-an, kelembapan pasaran album kini menjadikan nasib penyanyi tempatan hidup segan mati tidak mahu. Jika dulu saban minggu muncul pelbagai album baru, tidak seperti sekarang untuk album penyanyi ternama mencecah jualan 5,000 unit pun jauh panggang daripada api.

Pelbagai faktor dilihat menjadi pemangkin berlakunya kemerosotan penjualan album artis tempatan.

Segelintir penyanyi mengeluh betapa jualan album mereka belum boleh menguntungkan hanya sekadar 'pulang modal.' Tekanan lebih dirasai dengan kebanjiran album penyanyi luar yang tidak dikawal.

Vokalis kumpulan Lefthanded, Nashrudin (Nash) Elias, 47, mengakui kelembapan pasaran album tempatan yang kian rumit. Terdapat dua faktor iaitu kepelbagaian genre muzik termasuk kekurangan kreativiti penulisan, menjadikan muzik kita kian hilang identiti dan kemajuan teknologi merompak hasil seni, yang disifatkan Nash antara penyumbang di sebalik kelembapan album tempatan.

"Secara peribadi, saya lihat lagu yang dihasilkan komposer mungkin tidak menepati cita rasa pendengar, lalu album tidak laku. Kemasukan terlampau banyak lagu dari luar mengganggu pasaran.

"Kebanjiran lagu luar seperti indie, hip hop dan sebagainya dalam satu masa menjadikan pendengar berkecamuk dengan melodi. Di sini terdapat perbezaan melodi, teknik muzik dan lirik.

"Implikasinya, pendengar tidak dapat memberi tumpuan kepada genre muzik tertentu. Harus diingat terlampau banyak melodi dicedok dari luar, tanpa disedari kelak muzik kita hilang identiti.

"Di sebaliknya, apabila lagu baru mulai di pasaran, pendengar mudah memuat turun lagu. Harta intelektual dirampas secara halal. Bayangkan, kanak-kanak seusia 10 tahun pun boleh memuat turun sewenang-wenangnya," kata Nash ketika diminta mengulas kelembapan pasaran album tempatan.

Nash menekankan kualiti dan identiti yang dibawakan penyanyi mempengaruhi jualan album.

Penyanyi yang bakal menghasilkan album baru dalam masa terdekat itu menambah: "Bagaimana perkara ini hendak dihalang? Sebagai contoh Aizat AF, lagu dia meletup kerana lagu yang dihasilkannya bagus."

Pemenang Malaysian Idol pertama, Jaclyn (Jac) Victor, 31, berkata teknologi bidang rakaman yang kian canggih menjadi pemangkin utama kelembapan album berbanding isu kegawatan ekonomi global.

"Teknologi rakaman muzik semakin canggih. Peminat sudah tak beli album di tangan. Peminat selalu cenderung untuk memuat turun, beli secara online dan sebagainya.

"Saya rasa jual single lagu lebih baik kerana tidak ramai yang membeli sebuah album semata-mata kerana satu lagu," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studio, Norman Abdul Halim atau Norman KRU, 37, berpendapat pasaran album tempatan yang lembap bukan masalah utama. Ini kerana pasaran digital membantu artis tempatan.

"Pasaran album lembap di pasaran tidak menjadi masalah kerana kita beralih kepada teknologi digital seperti nada dering. Penyanyi boleh mendapat royalti daripada teknologi ini.

"Selain itu, persembahan pentas contohnya Celcom menaja 'Konsert Penghargaan Search di Awan Biru yang berjaya menarik lebih 5,000 penonton. Kita berharap lebih banyak lagi pihak menaja konsert sedemikian," katanya.

Penyanyi, Fazli Zainal, 31, berkata kegawatan ekonomi dan sikap pilih kasih stesen radio menjadi punca kelembapan album artis tempatan. Fazli yang pada asalnya merancang mengeluarkan album kedua tahun ini terpaksa menangguhkan rancangannya kerana kelembapan pasaran.

Fazli menyatakan, teknologi tanpa sempadan seperti muat turun secara percuma dan bluetooth boleh menjejaskan industri muzik tanah air.

"Sekarang ini, kebanjiran lagu dari Indonesia secara tak langsung mengganggu pasaran tempatan. Pada saya, sesetengah stesen radio yang memutarkan lagu atas permintaan pendengar kurang sesuai.

" Mereka kerap memutarkan lagu yang sama atas alasan permintaan peminat," katanya.

Menurut Fazli, sikap sesetengah stesen radio kurang berminat dengan lagu tempatan dan kerap memutarkan lagu dari seberang seolah-olah penyanyi tempatan dianaktirikan.

"Ada sesetengah stesen radio menggunakan SMS sebelum memutarkan lagu. Alasan tidak memutarkan lagu artis tempatan mudah. Lagu artis tempatan tak ok.

"Bagaimana orang nak suka lagu kita kalau stesen radio tak putarkan lagu artis kita?" katanya.

Sebaliknya, Fazli kecewa kerana terpaksa menunggu sehingga ekonomi pulih untuk melancarkan album keduanya, Kalbu. Stesen radio harus peka masalah yang melanda persada seni tanah air.

Juara Akademi Fantasia ke-5 (AF5), Norsyarmilla Jirin atau Mila, 22, juga kecewa dengan penyalahgunaan teknologi canggih yang menjadi pemangkin kepada kelembapan pasaran album tempatan.

"Sememangnya saya dapat rasakan pasaran album kita lembab sangat. Sebabnya, teknologi canggih penyebabnya hinggakan siapa saja boleh muat turun dan bluetooth sesuka hati.

"Agak mengecewakan. Sekarang nak jual album susah hinggakan 5,000 unit pun belum tentu terjual. Tidak seperti dulu, album dijual ratusan ribu unit," katanya.


Ternyata kecanggihan teknologi tanpa sempadan mengeruhkan lagi pasaran album tempatan. Peminat perlu sedar mengenai peranan mereka bagi menghapuskan kelembapan penjualan album tempatan.

Seandainya semua pihak sedar peranan masing-masing, pastinya persada seni kita lebih gemilang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.074549 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list