|
jgn lupe ye kawan2... mlm ni pkl 8.30... dato vs chen long...
|
|
|
|
|
|
|
|
Selangkah ke final
Koo Kien Keat (kiri) dan Tan Boon Heong membalas hantaran pasangan Thailand, Bodin Issara -Maneepong Jongjit pada aksi suku akhir di Arena Wembley, London semalam.
LONDON - Pingat yang diimpikan Malaysia daripada acara badminton terus berada di landasan selepas jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong melangkah ke separuh akhir Sukan Olimpik di Arena Wembley, semalam.
Hadir ke London dengan dibebani masalah kecergasan, malah memulakan kempen dengan kurang meyakinkan, Chong Wei bagaimanapun menyerlahkan potensi dengan mengetepikan jaguh India, P. Kashyap 21-19, 21-11 dalam masa 47 minit.
Chong Wei, 29, yang menggalas harapan jutaan rakyat Malaysia untuk memburu emas Olimpik pertama, kini bakal berdepan ujian terbesarnya di London apabila menentang jaguh muda China dan pilihan ketiga, Chen Long di separuh akhir hari ini. Chen Long mara selepas mudah menyingkirkan bintang veteran Denmark, Peter Hoeg Gade 21-16, 21-13 dalam satu lagi saingan suku akhir.
Pemain No. 3 dunia berusia 23 tahun itu, merupakan pemain kedua selepas Lin Dan paling banyak memenangi pertemuan ke atas Chong Wei. Dia menang empat daripada 10 perlawanan menentang jaguh No. 2 dunia itu tetapi kalah dalam pertemuan terakhir di Terbuka Malaysia, Januari lalu.
Bergelut di awal set pertama, termasuk ketinggalan 4-9, 5-10, 11-13 dan 12-14, Chong Wei bagaimanapun tidak ‘memberi muka’ kepada pemain No. 21 dunia dari India itu sejurus memenangi set pembukaan 21-19. Dia yang lebih banyak bermain rali di awal saingan, akhirnya mempercepatkan permainan untuk mudah memenangi set kedua 21-11.
“ada set pertama saya menerima tekanan yang sangat kuat kerana lawan berjaya membaca permainan saya dengan mudah dan saya pula terikut-ikut rentak permainannya hinggakan tidak punya banyak peluang menyerang, tetapi di set kedua saya menukar taktik dan dia terus terperangkap.
“Menentang Chen Long, dia mempunyai taktik yang sangat berbahaya, selain memiliki kelebihan fizikal yang tinggi. Begitupun saya akan memasuki gelanggang dengan lebih yakin,’’ ujar Chong Wei, pemenang pingat perak di Olimpik 2008.
Sementara itu, Kien Keat-Boon Heong yang sering menjadi mangsa kritikan sebelum berlepas ke Sukan Olimpik kerana prestasi tidak menentu, akhirnya menjawab segala cemuhan dengan menumpaskan beregu paling mencuri tumpuan di London, Bodin Issara-Maneepong Jongjit dari Thailand.
Bodin-Maneepong mungkin terlalu hebat buat beregu No. 4 dunia, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan dan pasangan handalan Indonesia, Mohammad Ahsan-Bona Septano apabila mudah menjinakkan mereka di peringkat kumpulan, namun di suku akhir semalam, beregu muda itu nyata tidak mampu menandingi Kien Keat-Boon Heong apabila tumpas 16-21, 18-21.
Kemenangan Kien Keat-Boon Heong memperbaiki pencapaian mereka di Olimpik Beijing empat tahun lalu, apabila tunduk kepada pasangan Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan di suku akhir. Pasangan negara itu bagaimanapun bakal berdepan laluan berduri di separuh akhir esok, apabila bertemu juara dunia empat kali, Cai Yun-Fu Haifeng dari China.
Cai Yun-Haifeng yang memegang rekod 9-4 ke atas pasangan Malaysia, mara selepas menewas kan rakan senegara, Chai Biao-Guo Zhendong 21-15, 21-19. Satu lagi separuh akhir beregu lelaki pula bakal menemukan pasangan No. 1 dunia, Chung Jae Sung-Lee Yong Dae dan Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark.
“Saya tidak tidur semalaman kerana terlalu memikirkan tentang perlawanan suku akhir. Pada mulanya saya turun dengan rasa gusar, namun sebaik permainan berjalan, saya meraih keyakinan.
“Memasuki separuh akhir sesuatu yang bagus tetapi saya belum mengecapi apa-apa kejayaan dan tidak mahu berpuas hati. Kami mempunyai sasaran untuk dipenuhi, namun kami tidak mahu menjadikan ia satu beban dan akan cuba bermain seperti biasa," kata Kien Keat. - UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
abas8888 posted on 3-8-2012 08:49 AM
dah diorang declare sebagai layak untuk datang ke situ atas pencapaian BAM selama ni...huh ...
hehehe... aku sangat setuju.... datang tak memberikan kelebihan ... tak datang pun takda kesan apa2 konco2 ni... baik tgk geng sorak team malaysia yang ramai tu lagi bersemangat..... |
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 3-8-2012 08:53 AM
yg baju2 kuning kot exco2nyer...
wooo ini ke... ingatkan geng sorak team malaysia... tapi semuanya duduk diam(tak agresif sangat pun) je smlm waktu chong wei lawan... dah menang baru bersorak sakan... patutlah bila chong wei menang dia tak pandang sangat group ni.. sebab memang dah kenal diorang ni kot... hahahahhaha (hishh aku terburuk sangka plak)... heheh |
|
|
|
|
|
|
|
giler tak sabar nak tgk semifinals mlm ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 3-8-2012 08:57 AM
TAHNIAH DATO'!!!
gambar yg first tu memang lawak... mula2 pemain india ada buat camtu jgk bila chong wei terpa depan net tu..... pastu chong wei plak blocking dengan raket depan net.... macam main volleyball plak.. ada blocking blocking ni... hahahha tapi game semalam tu... first set memang sengit sebab pemain india tu pun not bad jgk.... second set baru chong wei control game...
aku risau setiap kali chong wei buat jumping smash takut bila landing nanti terseliuh lagi.... fuhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 3-8-2012 10:42 AM
camane nak agresif, memasing dah tua...
tak paham apa motif diorang ni dibawa ke sini... nak menganalisis kelemahan lawan ke... tapi tgk gaya masing2 tu... "lepas game ni habis jom gi jalan2...."... |
|
|
|
|
|
|
|
mbinmohd posted on 3-8-2012 10:46 AM
tak paham apa motif diorang ni dibawa ke sini... nak menganalisis kelemahan lawan ke... tapi tgk g ...
aku rasa mmg motip diaorg ke london tu utk jalan2 aje... pastu shopping2... menganalisis tu kire last item on the list laa...
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 3-8-2012 10:43 AM
giler tak sabar nak tgk semifinals mlm ni...
ramalan.. ramalan...... ramalan kat qtrfinal hanya 3 tepat.... harap semi final kali ni dua2 tepat kot...
1) chong wei vs cheng long -> chong wei menang straight set tp very tough straight set (cheng long over confident dan tertekan kena habis2an kalahkan chong wei)
2) lin dan vs lee hyun il -> lee hyun il menang rubber set (unexpected result tapi boleh berlaku sebab lin dan kepenatan lawan sho sasaki waktu qf kena main rubber set sedangkan hyun il menang straight set je dengan chen jin)
final nanti ramalan lain plak.... hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ramai2 geng baju kuning tu kalao sorang satu bawak kamera video duduk setiap penjuru stadium rakam aksi chen long main lagi ok.. habis game boleh analisa kekurangan dan kehebatan chen long sebelum semifinal..
satu lagi rakam setiap gerak geri jurulatih diorang... mesti ada isyarat2 tertentu kepada chen long bila dia main..
Last edited by h@i on 3-8-2012 11:47 AM \n\n |
|
|
|
|
|
|
|
kayla posted on 2-8-2012 11:24 PM
aku harap china olimpik comittee buat sesuatu pasal LYB ni ...
aku rasa mmg dia yg arahkan WD tu ...
pelik kan kay, bila siasat kes found it:
players=gulity
coaches=guilty
BWF=guilty
when it come to punishment:
players=disqualified,penalty & deduct rangking points
coaches=maksum,kebal tahap dewa langit ke-7
BWF=profesional,karisma segala dasar sempurna gitu
sbb tu pikok kesian kat players.usaha keras susah payah at last kena telan kebusukan itu sendirian..
|
|
|
|
|
|
|
|
harap2 IOC hentam itu BWF kaw-kaw sebagaimana badan induk badminton itu selalu point persatuan!
pikok: better olimpik panggil BAM buat draw..
|
|
|
|
|
|
|
|
sesi meroyan tamat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Datok Lee Com Weii & national pair KOO/TAN go...gol..gold!
Last edited by peacock.bass on 3-8-2012 12:54 PM \n\n |
|
|
|
|
|
|
| |
|