View: 4422|Reply: 35
|
Sungai Terpanjang Di Semenanjung Kini Di Ambang Kemusnahan - Pakar
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Penerokaan hutan tanpa kawalan di Ulu Tembeling. - Foto ihsan akuanakpahang.blogspot.com
JERANTUT: Penerokaan hutan tanpa kawalan di Ulu Tembeling memungkinkan nama Sungai Pahang sebagai sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia tidak mustahil terpadam dalam lipatan sejarah negara.
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Maketab Mohamed, berkata ini kerana Sungai Pahang serta anak sungai utamanya iaitu Sungai Tembeling hampir berada di ambang 'garisan kemusnahan' dan hampir kontang ekoran sikap rakus manusia meneroka khazanah alam itu sehingga lupa kepada implikasinya.
"Ramai yang mengaitkan punca sungai ini cetek disebabkan El Nino, pemanasan global. Benda tu pada skala dunia, memang boleh jadi ada impak, tetapi persoalannya berapa peratus. "
Isunya kini ia lebih daripada itu, lebih kepada faktor tempatan iaitu pengurusan kawasan tadahan air tempatan. Impaknya kini dirasai oleh penduduk dan ini terbukti apabila Sungai Kancing yang sebelum ini dapat membekalkan air kepada masyarakat sehingga ke Kampung Bantal sudah tidak dapat lagi berbuat demikian.
"Sehubungan itu, sudah sampai masanya untuk kerajaan negeri dan pusat bekerjasama cari jalan penyelesaian bagaimana nak perbetulkan masalah ini," katanya selepas menyertai Misi Selamatkan Kawasan Tadahan Air Negara di Ulu Tembeling baru-baru ini.
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Maketab Mohamed berkata Sungai Tembeling hampir berada di ambang 'garisan kemusnahan' dan hampir kontang ekoran sikap rakus manusia meneroka khazanah alam.
Misi berkenaan disertai oleh 150 anggota yang terdiri daripada pakar alam sekitar dan ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Persatuan Pelindung Alam Malaysia, Sahabat Alam Malaysia, dan Jaringan Orang Asli Pahang.
Pihak berkuasa perlu segera bertindak menangani masalah ini kerana ia bukan isu kecil yang boleh dipandang remeh. - CARI Infonet.
Sumber - BHarian/BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ka tanpa kawasan tadahan air means air hujan semua cepat ke laut, bukan sungai jadi pupus....
ka aku yang silap faham?...
|
|
|
|
|
|
|
|
selayak nya la dek...dengan penduduk pahang yang hauk ini |
|
|
|
|
|
|
|
Changa replied at 21-5-2016 12:45 PM
selayak nya la dek...dengan penduduk pahang yang hauk ini
Penduduk mne yg tk hauk? Klo sya negeri yg hauk penduduknye pantai timur ngn johor |
|
|
|
|
|
|
|
Cash la sis..nanti ujung2 tahu ujan lebat barulah nk meratib menetes bagai time kering sbegini membabi kau sondol. |
|
|
|
|
|
|
|
Sultan, perdana menteri dan menteri besar...penyamun 3 serangkai..negeri mana la agaknya tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sungai bertambah tetet sebab tu senang banjir.
Apa boleh buat warga msia tak ada kuasa untuk buat bantahan. Pemushah negara semua tu tak fikir ke apa akan jadi pada anak cucu cicit mereka akan datang? |
|
|
|
|
|
|
|
ape ade hal? nanti anak cucu cicit mureka boleh menetap di LONDON. tempat pprt ini hanyalah utk marhaen yg tiada kepentingan pon bg mureka ini. |
|
|
|
|
|
|
|
So sad |
|
|
|
|
|
|
|
Skarang ni air sungai pahang keruh ya amat |
|
|
|
|
|
|
|
Prof Maketab nih dulu ajar sy. Ms tuh dier Prof. Madya lg..English accent dier sdap. Ala2x koboi sbb dier study kt US dulu...hihi |
|
|
|
|
|
|
|
cubalah korang baca blog wzwh. dia ni macai umno. dia salahkan jabatan hutan pahang aje sbb bagi kebenaran. ajli politik..raja semua tak salah |
|
|
|
|
|
|
|
balasan cash utk manusia............ hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
When the last tree has fallen..the last fish caught and the last river dries up then people realize that you cannot eat money. Take that ummah pahang. Senyapppp je dgn kemusnahan negeri sendiri. Brainwashed much? |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 21-5-2016 12:42 PM
bukan ka tanpa kawasan tadahan air means air hujan semua cepat ke laut, bukan sungai jadi pupus....
...
Nak tertadah apa...kawasan penadah kot they all ngap skali...musim panas kering kontang...musim tengkujuh kalo abis segala dr hulu di bawa ke hilir... |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni sungai terpanjang di semenanjung milik Sungai Perak kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu cash sahajalah kepada ummah Pahang Darul Kemusnahan Alam Sekitar ni dekkk |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat diorang heran ke?? Hasil tu yang penting..esok2 mula la cari salah siapa |
|
|
|
|
|
|
| |
|