|
Oleh : TS LOO
Disneyland ialah sebuah taman tema milik dan kendalian divisi Walt Disney Parks and Resorts dalam syarikat Walt Disney yang terletak di bandar Anaheim, California, Amerika Syarikat.
Taman ini didedikasikan dengan prawara-wara akhbar pada 17 Julai 1955, kemudian dibuka kepada awam pada 18 Julai 1955. Disneyland terkenal sebagai satu-satunya taman tema yang direka dan dibina di bawah seliaan langsung Walt Disney sendiri.
Lazimnya tiket kemasukan ke Taman Tema Disneyland akan menyatakan untuk tempoh penggunaan berapa hari pembelian terbabit, tapi dapat tak anda bayangkan tiket kemasukan yang telah dibeli sejak 22 tahun lalu masih boleh diterima?
Di San Fransisco, Amerika Syarikat, seorang gadis berumur 27 tahun bernama Chelsea Herline, ketika zaman kanak-kanak, bersama seisi keluarga bersuka ria di Disneyland, Orlando, tiket kemasukan yang boleh digunakan selama 4 hari, masih tinggal satu hari belum digunakan lagi.
Perkara ini diketahuinya setelah 22 tahun, menimbulkan rasa keinginannya untuk cuba samada tiket tersebut masih boleh diguna pakai lagi atau tidak.
Jadi dia mengambil keputusan untuk mencuba, tanpa disangka-sangkakan pihak Disneyland membenarkan dia untuk masuk ke dalam Taman Tema tersebut.
Menurut laporan akhbar Apple Daily di Hong Kong, pada ketika itu Herline bersama keluarga sebenarnya ingin berseronok sepanjang 4 hari berturut-turut, tapi mana tahu pada hari terakhir dia pula sakit sehingga tidak dapat hadir, jadi tertinggallah tiket ini.
Sebelum ini, ketika mengemas rumah, secara tidak sengaja dia terjumpa tiket tersebut, dan dia pun bawa tiket itu sekali lagi ke Disneyland cuba nasib.
Pekerja yang bertugas di kaunter tiket beritahu mereka tidak pernah lihat jenis tiket kemasukan yang lama ini, justeru memanggil pengurus yang bertugas untuk mengesahkannya. Akhirnya pengurus bukan sahaja bersetuju menukar tiket lama itu kepada tiket elektronik yang terbaru, malah menghadiahkan dia satu lencana "Lawatan Pertama Kali" bagi menebus kekecewaan Herline sejak 22 tahun lalu.
Herline berkongsi pengalaman manis tersebut dalam internet dan menganggap ianya sungguh menggembirakan buat dirnya.- CARI Infonet
|
|