Oleh Izzah Abbasy
Hampir pertengahan tahun ini pasti ramai yang berkira-kira untuk melancong ke luar negara.
Buat anda yang merancang untuk ke Las Vegas, jangan lupa untuk berkunjung ke Nevada, bahagian selatan padang pasir di Las Vegas.
Satu tarikan baru berupa susunan batu berwarna-warni mula dipamerkan pada 11 Mei 2016 lepas. Ia hanya berlangsung selama 2 tahun sahaja.
Direka oleh seniman Switzerland Ugo Rondinone, seni susunan batu gergasi ini dipanggil The Seven Magic Mountain's.
Memang menakjubkan, ia sesuatu yang tidak patut dilepaskan, lebih-lebih lagi ia dipamerkan dalam jangka masa yang terhad.
Perjalanan ke sini mengambil masa selama setengah jam dari pusat bandar Las Vegas. Idea pemasangan ini adalah hasil kerjasama Art Production Fund, New York dan Muzium Art Nevada di Reno. - CARI Infonet
Kredit Foto : Gianfranco Gorgoni
|