CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2915|Reply: 5

Resepi Apam Gula Hangus Yang Sangat Lembut Macam "Sponge"

[Copy link]
Post time 25-5-2016 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ


Pernah makan tak Apam Gula Hangus? Bagi yang belum pernah rasa rugi lah jika tidak mencuba.


Apam ini tak jauh beza dengan apam-apam yang ada di Malaysia ni. Cuma cara penyediaan, rasa dan warna sedikit berbeza.


Buat penggemar apam, jom cuba.


Gula Hangus
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas


2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.


Cara-cara
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air dan disejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik kecil. Kukus dlm 15 minit sahaja.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah  ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya.














Bentuknya yang gebu, tembam dan cantik molek pastinya membuatkan suami dan anak-anak suka sebab nampak macam cup cake kan. Apa lagi jom buat apam! - CARI Infonet.




Sumber: Potret Kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 04:10 PM | Show all posts
suka1000x
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 10:47 AM | Show all posts
Good info...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 10:59 PM | Show all posts
Apam ni mmg sedap.tq share resepi
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 12:19 PM | Show all posts
suka sangat apam ni xyah kelapa2 makan gitu jer...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 06:30 PM | Show all posts
not my fav tp boleh try buat utk mak
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.072420 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list