|
oleh Adib Za
Cuti sekolah yang tiba ini, anda mencari-cari lokasi untuk membawa anak-anak beriadah dan berjalan-jalan?
Apa kata bawa mereka Trong Leisure Farm & Resort yang terletak di Kampong Salak, Trong Perak. Di sini bukan sahaja dihiasi dengan kawasan yang sangat cantik, malah terdapat banyak aktiviti yang disediakan.
Dengan kadar kemasukan dewasa RM5 dan kanak-kanak cuma RM2, antara aktiviti yang disediakan ialah berbasikal, memancing, taman tema air, BBQ dan banyak lagi.
Anda juga boleh menginap di sini dan tak perlu risau dengan fasiliti yang pastinya memuaskan hati. Jaraknya dengan bandar Ipoh pun tak terlalu jauh, sekitar 43.5 km sahaja.
Jika anda merupakan peminat itik yang comel, di sini juga merupakan lokasi yang tepat. Memang berbaloi-baloi di sini! - CARI Infonet
Trong Leisure Farm & Resort
Lokasi : PT293,JALAN KUALA TRONG, 34800 Trong, Perak.
Masa : 9.00am - 7.00pm
Tiket: Dewasa RM5, Kanak-kanak RM2 |
|