View: 6604|Reply: 63
|
Balu Bekas Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Calon BN PRK Kuala Kangsar
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://m.utusan.com.my/
Balu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Mohd. Yazid, 55, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Bilik Gerakan BN PRK Kuala Kangsar siang tadi.
Ahmad Zahid berkata, pemilihan Mastura bertepatan dengan hasrat untuk meneruskan kesinambungan legasi Wan Mohammad Khair-il Anuar.
"Beliau seorang tokoh yang dekat dan tahu denyut nadi pengundi di Kuala Kangsar," katanya.
Difahamkan, Datin Mastura berkelulusan undang-undang di universiti terkemuka perundangan dunia Lincoln's Inn di United Kingdom dan bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun.
Semalam, Pas mengumumkan Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Dr. Najihatussalehah Ahmad, 50, sebagai calon parti itu dalam PRK tersebut.- CARI Infonet
Berita selanjutnya: http://www.bernama.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
huk aloh |
|
|
|
|
|
|
|
Hokay..
Macam2 hal.. Layan kan jer |
|
|
|
|
|
|
|
Hijau dengan oren mcm mana?? |
|
|
|
|
|
|
|
Legasi kerusi. Ada harapan anak-anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Loyar vs doktor. |
|
|
|
|
|
|
|
merah lagi tanah kubur... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam wasap org sebut pasal datin ni masih dalam iddah... |
|
|
|
|
|
|
|
lah baru keja 6 tahun. takde pengalaman |
|
|
|
|
|
|
|
Npe 2 PRK calon PAS nganAmenoo sama jah...lol |
|
|
|
|
|
|
|
Okay menarik... We'll see hehhe |
|
|
|
|
|
|
|
CALON BN DI KUALA KANGSAR TIDAK BOLEH BERKEMPEN?
Calon BN Puan Mastura dilihat sebagai calon kontroversi kerana masih dalam tempoh 'iddah.
Sudah pasti secara prinsipnya kita perlu kembali kepada nas2 agama yg merentasi fahaman mahupun ideologi politik.
Hukum bg wanita yg sedang iddah telah disepakati oleh ulama tentang larangan "keluar" dari rumah selama 4 bulan 10 hari.
Antara dalil dari Al-Quran dan Al-Sunnah yg digunakan sebagai hujjah oleh para ulama dalam menetapkan hukum hakam asas bagi iddah:
1. Al-Quran
Firman Allah SWT:
( ( 234 ) )
Maksudnya: "Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari." (QS Al-Baqarah, 2:234)
2. Hadis Nabi SAW
Dari Ummu 'Athiyyah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidak dibenarkan bagi seorang wanita untuk berkabung atas kematian seseorang lebih daripada 3 hari kecuali atas kematian suaminya iaitu selama 4 bulan 10 hari. (Selama tempoh itu) Dia tidak boleh memakai pakaian yang beraneka warna kecuali jika pakaian itu kain putih dan coraknya sekadar garis-garis (belang) (sejenis kain buatan Yaman pada zaman Nabi), dia juga tidak boleh memakai celak dan tidak pula boleh berwangi-wangian melainkan ketika ia bersih (daripada haid). (Adapun ketika haid) maka (diperbolehkan) dia mengenakan sedikit wangian dengan cebisan kapas/kain (untuk menghilangkan bau tidak enak pada kemaluannya)." (HR al-Bukhari & Muslim)
Jadi persoalannya bagaimana dgn Puan Mastura?
Saya ingin memberi cadangan kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional supaya tetap menghormati keputusan AGAMA iaitu Puan Mastura TIDAK BOLEH KELUAR dari rumah utk berkempen. Sebaliknya biarlah anak beliau menjadi pengganti beliau utk berkempen sepanjang tempoh pilihanraya. Kehendak agama WAJIB didahulukan dari kehendak manusia. Saya amat yakin umat Islam mampu memahami situasi ini dengan baik. Dan saya berharap kepada pengundi2 non-muslim juga memahami sensitiviti hukum yg telah diputuskan dalam agama kami.
Wallaahualam.
Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Umno najib ni buta agama sangat dah.... parti penasihat najib tak.nasihatkan umno ker.. pelik akak...
Abis, kalau najib takder.. ganti rosmah..? |
|
|
|
|
|
|
|
catalina replied at 28-5-2016 11:38 PM
CALON BN DI KUALA KANGSAR TIDAK BOLEH BERKEMPEN?
Calon BN Puan Mastura dilihat sebagai calon ko ...
Takpa.. menurut lobainitas, hadis sahih boleh dipertikaikan
|
|
|
|
|
|
|
|
.... Ini membuktikan org2 yang baik, berkualiti semakin sedikit dlm umnok, banyak dipenuhi oleh makhlok rak berotak macam Jamal Lombu, ali tinju, Rani Foreskin aje... |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar2 umno sengaja bagi kalah sebab nak kawtim dengan pas? Betul ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|