Selain menjadi lokasi beli-belah terkenal di kalangan rakyat Malaysia, Bandung Indonesia juga mempunyai banyak lokasi yang sangat indah dan memukau.
Salah satunya yang tidak harus dilepaskan apabila berkunjung ke Bandung ialah Situ Cileunca. Jarak antara kota Bandung ke sini adalah sekitar 45 km dan mengambil masa dua jam.
Namun begitu, anda pasti tidak akan menyesal ketika menjejakkan kaki ke sini. Kenapa agaknya? Destinasi yang terdiri daripada tasik buatan ini bukan sahaja sangat cantik, malah ia merupakan satu kawasan yang berudara sejuk yang sangat menyegarkan.
Memang tepat sekali jika anda mencari lokasi untuk merehatkan diri dan menyegarkan semula badan yang letih selepas stress bekerja. Banyak tersedia camping ground bagi anda yang ingin berkhemah di sini juga.
Jika anda merupakan kaki selfie dan juga fotografi, di sini memang terbaik! Anda boleh merakamkan latar belakang landskap yang mengagumkan dan panorama kawasan tasik yang sangat menenangkan. Best tau! - CARI Infonet