oleh Adib Za
Benarkah anak pertama sering diabaikan dan tidak mendapat tempat yang istimewa berbanding adik-adik yang lain?
Dalam keluarga, anak pertama yang sering dimarahi, dicubit dan disalahkan. Itulah antara pengorbanan yang tidak dipinta pun oleh anak yang bergelar sulung.
Gambar hiasan. Sumber foto Carian google.
Biasanya bila si ibu mula hamil anak yang kedua dan seterusnya, anak pertamalah yang sering diabaikan. Mungkin tanpa sedar ataupun sebaliknya. Namun situasi ini telah membuatkan seorang pendakwah dan penceramah, Noor Laila Aniza berkongsi rasa tentang anak pertama.
Katanya, anak pertama adalah anugerah yang sangat istimewa. Kehadirannya sering dinanti-nanti ketika awal perkahwinan, namun ia menjadi sebaliknya bila si ibu hamilkan anak kedua dan seterusnya.
Apa yang harus dilakukan oleh ibu bapa sebenarnya? Baca nukilan panjang oleh ustazah ini. Semoga bermanfaat ya. - CARI Infonet
|