|
Oleh : TS LOO
Insiden bot karam di Sungai Han, Da Nang, Vietnam Sabtu lalu yang membabitkan empat rakyat Malaysia dilaporkan dalam keadaan selamat.
Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Luar Negeri mengesahkan bot berkenaan telah karam di Sungai Han kira-kira 850km dari bandar Ho Chi Minh, kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan.
"Setakat ini identiti empat mangsa rakyat (Malaysia) telah dikenal pasti dan dilaporkan selamat," menurut laporan Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh.
Menurut Wisma Putra, tiga daripada mangsa yang terlibat iaitu Leow Kim Hin, Pong Kee Juat dan Ding Swee Yoke telah kembali ke Malaysia.
Manakala seorang lagi mangsa iaitu Ong Tah Fatt masih dirawat di hospital dan Konsulat Jeneral Malaysia masih memantau situasi ini dari semasa ke semasa.- CARI Infonet |
|