View: 3232|Reply: 6
|
Graduan Tertua Dunia Milik Atuk Jepun Berumur 96 Tahun
[Copy link]
|
|
Oleh: TS LOO
sumber foto: http://www.indiatimes.com/
Konsep pembelajaran sepanjang hayat harus dijadikan amalan kepada seluruh rakyat Malaysia pada hari ini hingga sampai bila-bila.
Daya saing global dan kepelbagaian keperluan mendesak kita agar sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang juga sejajar dengan pembangunan sosioekonomi negara, individu perlu sedar dan menghayati keperluan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran demi kemajuan dan kepuasan diri.
Sabtu lalu, Shigemi Hirata, seorang lelaki tua yang berumur 96 tahun berasal dari Jepun berjaya pecah rekod dan diisytiharkan sebagai lelaki yang paling tua menjadi graduan universiti selepas menerima ijazah dalam bidang seni seramik.
sumber foto:http://www.indiatimes.com/
Pengiktirafan itu diberikan oleh Guiness World Of Records selepas ijazah tersebut diterima Shigemi daripada Falkulti Seni dan Reka Bentuk Di Universiti Kyoto pada bulan Mac yang lalu.
Hirata dilahirkan di sebuah ladang di Hiroshima pada 1919 iaitu ketika tentera bersekutu dan Jerman menandatangani ‘Perjanjian Versailles’ dan dia umpama selebriti ketika berada di kampusnya
Kita harus menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai satu cabaran dan harus menerapkan budaya pembelajaran analitikal dan intelektual kerana mencari ilmu ibarat sebagai memburu ilmu dalam zaman teknologi bermaklumat yang begitu pantas. - CARI Infonet
sumber : http://www.indiatimes.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Belajar ni tak ada penghujungnya hanya yang malas berusaha je malas nak berlajar |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah atok. terbukti usia bukan penghalang. giteww.
|
|
|
|
|
|
|
|
never say never. belajar tiada penghujung dan peringkat umur. tahniah atok. |
|
|
|
|
|
|
|
96 tahun mcm tu punya tegap bdn...alahai.... Apapun slute lh atok |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Atok.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|