|
|
oleh Adib Za
Selepas gambar 'shirtless' pelakon Fezrul Khan menjadi bualan para peminat di Instagram, kini pelakon itu menjelaskan hal sebenarnya.
Menerusi temubual bersama Berita Harian, Fezrul berkata dia tiada niat untuk 'show off' sebaliknya mahu perkara ini menjadi inspirasi kepada ramai orang untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
"Saya tidak berniat untuk menayangkan badan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Gambar tidak berbaju itu dirakamkan ketika bercuti di Pulau Mabul, Sabah. Takkan saya hendak memakai baju yang menutup badan pula?
"Lagipun, pada masa sama, saya juga menyimpan hasrat untuk menggelapkan warna kulit supaya lebih sekata. Saya pernah memuat naik gambar tidak berbaju ketika bersenam di gimnasium. Saya tidak sewenang-wenangnya menayangkan badan tanpa sebab hanya kerana ingin menarik perhatian.
"Terpulang kepada mereka di luar sana untuk menilai. Lebih baik sekiranya ada yang memandang positif dan tertarik untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan melihat gambar yang dimuat naik. Dakwaan mengatakan saya lebih 'daring' selepas cerai pun tidak benar," terangnya. - CARI
Sumber: Berita Harian

Foto Ihsan Rotikaya

Foto Ihsan The Malay Mail Online |
|