Gareth Bale terus menjadi nadi kemenangan Wales, kali ini menang 1-0 ke atas Ireland Utara untuk membantu pasukannya mara buat kali pertama ke suku akhir Euro 2016 pagi tadi.
Apa yang menarik Bale tidak perlu menjaringkan gol pada aksi pusingan kedua kalah mati itu sebaliknya dia hanya perlu menghantar bola ke dalam kotak penalti sebelum disempurnakan oleh gol sendiri pemain Ireland Utara, Gareth McAuley pada minit ke-75.
Kemenangan itu membolehkan Wales menempa sejarah tersendiri memandangkan negara itu tidak pernah pergi sejauh ini dalam sejarah kejohanan Eropah.
Menanti Wales di suku akhir nanti adalah pemenang perlawanan antara Hungary dan Belgium.- CARI