Sebelum ini banyak tempat telah dijadikan sebagai bilik tidur oleh sesetengah pihak, antaranya atas pokok, kontena, dalam gua, bawah tanah dan dalam keranda.
Tindakan tersebut di atas dipercayai semuanya berpunca daripada keterujaan mereka terhadap tempat-tempat tersebut.
sumber foto: http://www.mirror.co.uk/
Menurut portal mirror.co.uk, baru-baru ini terdapat dua orang penyelam dari Turki yang bernama Serap Metinturk dan Meh-met Bat, dikatakan berikutan rasa cinta dan keprihatinan terhadap hidupan di dasar laut, mereka telah menyediakan bilik tidur di dasar laut yang berhampiran Perairan Fethiye, Aegean.
Selain membawa tilam, cadar, bantal, lampu, jam dan permainan pada kedalaman lapan meter dari permukaan, mereka turut membawa kamera dasar laut untuk membuat rakaman secara bergilir-gilir gelagat masing-masing yang kelihatan begitu teruja berbaring sambil melihat ikan itu.
Menurut Metinturk, aktiviti itu dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepenti-ngan memulihara serta melin-dungi hidupan laut.
“Walaupun agak meletihkan, tetapi amat berbaloi. Saya dapat melihat banyak spesies ikan yang berenang di sekeliling ‘katil’ kami dan pengalaman itu cukup menyeronokkan." - CARI