oleh Adib Za
Penyanyi Rihanna mengambil keputusan untuk membatalkan konsert jelajahnya, Anti yang dijadualkan berlangsung di Nice, Perancis.
Ini susulan kejadian serangan trak pada Khamis lalu yang telah mengorbankan lebih 80 orang awam ketika menyambut Hari Bastille.
Bagaimanapun, Rihanna yang telah berada di negara itu dilaporkan dalam keadaan selamat.
Situasi yang sama turut berlaku kepada penyanyi terkenal Mariah Carey yang membatalkan konsert jelajahnya yang dijadualkan di Brussels, Belgium pada Mac lalu selepas negara itu mengalami serangan pengganas. - CARI
Sumber foto: Carian google
|