CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2609|Reply: 15

Haram Guna Duit Raya Anak-anak - Ustaz Azhar

[Copy link]
Post time 21-7-2016 04:05 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za

Memang menjadi kelaziman, pada musim perayaan ini ramai ibu bapa yang mengalami 'kekeringan duit poket' selepas berbelanja lebih dari biasa untuk keperluan hari raya.


Manakala, anak-anak pula merupakan golongan paling gembira kerana mendapat 'durian runtuh' dengan duit raya yang diberikan kepada mereka ketika raya.


Pada waktu inilah ramai ibu bapa yang mula meminjam duit raya anak-anak mereka. Nampaknya, ia bukan isu terpencil, bila diutarakan di laman sosial, ia telah mendapat perhatian ramai dan pengalaman sama. Persoalannya, berdosakah menggunakan duit anak-anak anda?


Ternyata perlakuan menggunakan duit raya anak-anak adalah tidak dibenarkan, pendek kata haram digunakan dari sudut pandangan Islam.


Lebih-lebih lagi digunakan untuk tujuan peribadi. Apa salah anak anda menerima duit raya? Seharusnya, anda sebagai penjaga memberi sokongan dengan menggalakkan mereka menyimpan di dalam bank.


Menjawab soalan ini, penceramah Ustaz Azhar Idrus turut menekankan, ibu bapa tidak berhak mengambil dan menggunakan duit raya anak-anak mereka.













"erkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport, spoiler dan lain-lain.

"Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri.

"Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar.

"Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil itu.

"Namun, wajib membayar balik dan dibayar segera." - CARI





Sumber foto: jeringdaily
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2016 04:54 PM | Show all posts
Minggu terakhir sebelum bergaji semula ni ramai mak pak yg sesak sampaikan duit anak dlm account simpanan kanak2 nya pun ada gak yg dah kene kebas jadi apa tah lagi sekadar duit raya ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 05:16 PM | Show all posts
siapa berak berterabur opis aku ni  


sorry offtopic tapi geram
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 05:17 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 21-7-2016 04:54 PM
Minggu terakhir sebelum bergaji semula ni ramai mak pak yg sesak sampaikan duit anak dlm account sim ...


guna bayar balik ok kot.kalau guna buat beli nombor ekor tu yang haram
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 05:21 PM | Show all posts

wartawan ni minat mariah carey ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 05:24 PM | Show all posts
rastaf replied at 21-7-2016 05:17 PM
guna bayar balik ok kot.kalau guna buat beli nombor ekor tu yang haram

Bab bayar balik tu le in doubt berapa ramai sgt yang betul2 bayar balik seperti yang dikata.  Ada sampai raya posa tahun depan pun tak settle2 lagi.  Ni dari pengalaman seorang kenalan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2016 05:27 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 21-7-2016 05:24 PM
Bab bayar balik tu le in doubt berapa ramai sgt yang betul2 bayar balik seperti yang dikata.  Ada  ...


tu subjektif la awak.. tak semua camtuh. kalau terdesak ok je pakai ganti la balik


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2016 05:34 PM | Show all posts
rastaf replied at 21-7-2016 05:21 PM
wartawan ni minat mariah carey ke

ya benar hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2016 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
duit bini pun selamba disapu sampai licin gaji.. ni kan pulak duit anak-anak
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-7-2016 05:42 PM
duit bini pun selamba disapu sampai licin gaji.. ni kan pulak duit anak-anak

Wuiii kalau i bersilat i duit gaji bini pon disapu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kih kuh kih tak halal .. haram.. itu jaa laa yg marhaen nak tahu.. sampai bila2 laa dok bersoal jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols & husband ada gak pinjam duit raya anak bukan sebab takde duit nak tunggu gaji tapi sebab nak guna duit kecik rm10 or rm5 nak bagi duit raya kat budak lain.. Atau bila nak guna cash tapi tak sempat withdraw duit.. Nanti weols ganti masukkan asb/bank & tambah.. Kalau tahun tu dapat rm300 duit raya nanti weols genapkan jd rm500
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 12:58 PM | Show all posts
32kW replied at 22-7-2016 09:35 AM
Iols & husband ada gak pinjam duit raya anak bukan sebab takde duit nak tunggu gaji tapi sebab nak g ...

i dengar cite elok masukkan dlm tabung aji sbb bunga tabung aji & asb 2x5...
just found out...haha...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulah.. Iols belum buat lg acc tabung haji kat anak kecik ni. Nanti balik kg kat johor suruh laki pegi tabung haji la.. Masuk duit raya anak2
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 04:39 PM | Show all posts
xsmpai ati kot nk amek..even diorg xpaham lg kegunaan duit tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Simple je rule

Amik yg bukan.hak kamu tu curi

Curi tu haram
SuamI amik duit bini tanpa izin pun haram ok? Jpe 5 sen di jalan dan kutip amik pun haram, tu hak seseorang, isteri buleh amik duit suami tanpa izin sekadar nafkah zahir yg wajib atas suami misal dia laporr nk bli mkn, pahammmm?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.170564 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list