CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7645|Reply: 96

[Tempatan] minta kredit letew: Alhamdulillah, kata PAS selepas Selena Gomez tampil sopan

[Copy link]
Post time 27-7-2016 08:08 AM | Show all posts |Read mode
yela yela
semua sebab solat hajat pas
kita semua ucapkan terima kasih passsss....

Alhamdulillah, kata PAS selepas Selena Gomez tampil ‘sopan’

Faiz Zainudin | July 27, 2016
Walaupun artis barat itu tidak menunjukkan imej seksi, tidak bermakna ia diterima umat Islam, kata pemimpin PAS.



PETALING JAYA: Penampilan Selena Gomez yang tidak memperagakan pakaian seksi menerusi konsert Jelajah Revival Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi disambut dengan rasa syukur pemimpin PAS, walaupun parti Islam itu tetap tidak bersetuju dengan kehadiran artis tersebut ke negara ini.

Naib Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khairudin berkata langkah berhati-hati dengan mengekalkan keamanan dan artis itu supaya berpakaian sopan merupakan kejayaan buat semua pihak.

“Alhamdulillah, ia kejayaan usaha semua pihak untuk memastikan artis luar tidak membawa budaya yang mencemarkan adat ketimuran dan Islam sebagai agama rasmi negara ini,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata PAS tetap dengan pendirian sebelum ini menolak budaya hiburan melampau Selena, walaupun artis itu tidak membuat persembahan dengan memakai busana seksi seperti sebelum ini.

“Umat Islam tetap menolak budaya hiburan melampau atau hedonisme apatah lagi penampilan artis seksi. Memperagakan pakaian tidak seksi dalam persembahan malam tadi tidak bermakna boleh diterima dalam Islam.

“Diharap umat Islam tidak terikut-ikut kerana di luar (Malaysia) beliau (Selena) masih berpenampilan seksi. Malah protes PAS sekurang-kurangnya memberi maklumat budaya Islam dan timur adalah berbeza dengan barat,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu FMT melaporkan, dengan protes terhadap imej seksinya dan doa supaya persembahannya dibatalkan menjelang konsert di Malaysia, Selena dan penganjur konsert mengambil langkah berhati-hati bagi mengekalkan keamanan dan artis seksi itu dipastikan berpakaian sopan.

Tweet Selena Gomez di News@SelenaHQ di Twitter berkata:”Pakaian baharu bagi menghormati budaya dan agama di Malaysia!”

Bersama tweet itu ialah gambar Selena dikelilingi kumpulan penarinya, dengan setiap daripada mereka berpakaian sopan berwarna hitam. Selena sendiri memakai baju lengan panjang warna hitam dan seluar berpotongan longgar, juga berona hitam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke masa nak lulus konsert itu syaratnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 08:26 AM | Show all posts
sorok sgt muka selena ni
rmbt serabai...pki spek..
x tunjuk sgt..

cuba kalo dia ikat kemas rmbt...spek x yah pki...
terserlah kecute tan nya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Penonton lebih sexy dr dia kot sbtlnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 08:28 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 27-7-2016 08:26 AM
sorok sgt muka selena ni
rmbt serabai...pki spek..
x tunjuk sgt..

kalau ke'cute'an terlihat oleh lobai pas..habis akidah mereka
sebab tu selena kena disolek kusut masai
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 08:28 AM | Show all posts
mmg la elok selena pakai mcm tu bila dtg buat konsert kat msia.....

tapi mcm mana dgn artis2 lokal yg sentiasa pakai baju namapk spender, lurah2 tetek...sampai bila pas nak diam je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2016 08:32 AM | Show all posts
yg ramai dtg berpusu2 pun stok2 bbnu pompuan melayu gareh2 gedik2

camno tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur. Selena gomez berpakaian sopan kerana usaha gigih PAS. Takbir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 08:33 AM | Show all posts
krustykrab replied at 27-7-2016 08:28 AM
mmg la elok selena pakai mcm tu bila dtg buat konsert kat msia.....

tapi mcm mana dgn artis2 loka ...

kannn...bgs selena ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 08:34 AM | Show all posts
Mashalla.. Isle sudah monang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 08:35 AM | Show all posts
tagas replied at 27-7-2016 08:32 AM
yg ramai dtg berpusu2 pun stok2 bbnu pompuan melayu gareh2 gedik2

camno tu

at least mereka beli tiket dengan duit sendiri, bukan curi duit rakyat jelata
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 27-7-2016 08:27 AM
Penonton lebih sexy dr dia kot sbtlnya

No doubt about it. Anak-anak cinapek dapig berpakaian seksi.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 08:38 AM | Show all posts
selena yang ada herpes ni yang korang dok sibuk
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 08:39 AM | Show all posts
dizzzzek replied at 27-7-2016 08:35 AM
at least mereka beli tiket dengan duit sendiri, bukan curi duit rakyat jelata

tak taw jgk

ntah2 curik duit parent
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau setakat nak kat sekat budaya hiburan melampau, lobai patut demo di astro.... Dr kecik sampai ke tua semua sakan menyanyi gelek terkinja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 08:40 AM | Show all posts
tagas replied at 27-7-2016 08:39 AM
tak taw jgk

ntah2 curik duit parent

ikut teladan pemimpin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2016 08:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni muka cute...
Pakai sexy pun tak nampak berahi sgt
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 08:55 AM | Show all posts
sipendiam replied at 27-7-2016 08:38 AM
selena yang ada herpes ni yang korang dok sibuk

comel je dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 08:57 AM | Show all posts

comel tapi berak tak basuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakw ...
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 407992 Replies : 8499
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 63208 Replies : 546
Pembicaraan 1MDB sudah sampai ke penghujung, Najib ada kepentingan peribadi
maklukpenggodaPembicaraan 1MDB sudah sampai ke penghuj
Views : 25778 Replies : 14
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 5191 Replies : 8
Video tular menunjukkan tangan Netanyahu terketar-ketar dan tertekan semasa berucap di televisyen mengenai ancaman terhadap Iran
YgBenarVideo tular menunjukkan tangan Netanyahu
Views : 6441 Replies : 5
Lima produk kosmetik dikesan mengandungi racun - KKM
maklukpenggodaLima produk kosmetik dikesan mengandungi
Views : 9276 Replies : 39
Abang terlantar di Hospital Korea Selatan,keluarga buntu dan terdesak perlukan 200k untuk bawa pulang ke Malaysia
YgBenarAbang terlantar di Hospital Korea Selata
Views : 25089 Replies : 55
Gadis Kazakhstan Tak Kisah Kahwin Dengan Lelaki Malaysia Gaji RM3,000.Cinta dan keikhlasan lebih penting daripada jumlah gaji yang diterima
YgBenarGadis Kazakhstan Tak Kisah Kahwin Dengan
Views : 26955 Replies : 12
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 103461 Replies : 5627
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105086 Replies : 1645

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.180708 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list