View: 1483|Reply: 1
|
Datuk Dzulkifli Ahmad Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Mulai Hari Ini
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Datuk Dzulkifli Ahmad hari ini memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu di Ibu Pejabat SPRM.
Dzulkifli, yang sebelum ini adalah Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara, menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa pada Jumaat lepas mengumumkan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021.
Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat menjalankan tugas dengan baik.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|