|
Oleh : Dean BZ
Penyanyi pop muda terkenal, Justin Bieber dilaporkan menolak tawaran lumayan membuat persembahan pada acara kempen politik Parti Republik yang diketuai Donald Trump.
Seperti dilapor TMZ, Justin mempunyai alasan kukuh bahawa dirinya seorang pemuzik yang terlibat dalam sebarang parti politik.
Menurutnya, sekalipun dia menyokong Trump, dia tidak akan terbuka tampil pada acara yang dianjurkan oleh parti itu.
Terdahulu, seorang sumber memberitahu, Justin pada awalnya mempertimbangkan tawaran sebanyak USD5m tersebut dengan baik, namun menolaknya pada saat akhir.
Pada pandangan penulis, elok juga penyanyi tidak terlibat dengan mana-mana majlis politik. Ini kerana penyanyi tersebut akan terus dilabel menyokong sesebuah parti dan pasti akan kehilangan sesetengah peminat tegar yang mempunyai ideologi politik yang bertentangan. Jadi, cara selamat elakkan!. - CARI
Sumber - MstarOnline |
|