View: 2926|Reply: 18
|
[Dunia]
Teksi tanpa pemandu di Singapura menjelang 2018.
[Copy link]
|
|
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 950x530. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 780x520. |
Senior Minister of State for Transport Josephine Teo sitting in an Autonomous Vehicle, a modified Renault Zoe by nuTonomy.
SINGAPURA: Kerajaan republik Singapura menjangkakan perkhidmatan teksi tanpa pemandu dapat dilaksanakan seawal 2018 dengan pengambilan penumpang bagi perjalanan pendek, atas permintaan pelanggan.
Berita Harian Singapura melaporkan langkah itu sebahagian daripada usaha menjadikan Singapura tanpa banyak kereta, termasuk pengangkutan tanpa pemandu dan kenderaan seperti itu memenuhi bahagian pertama dan terakhir perjalanan – mengambil penumpang ke dan dari rumah serta stesen MRT atau kemudahan berdekatan seperti pusat beli-belah.
Menteri Negara Kanan (Pengangkutan) Josephine Teo berkata pusat penyelidikan dan litar kenderaan pandu sendiri (SDV), di mana kenderaan tanpa pemandu boleh diuji di bawah keadaan lalu lintas sudah dibuka semalam.
Katanya, litar itu akan dibuka kepada peserta industri untuk membangunkan produk mereka sendiri, sambil meninjau masa depan.
“Walaupun banyak negara dan bandar sedang menguji kenderaan pandu sendiri, kita masih belum melihat taraf dan peraturan antarabangsa sesuai untuk penggunaan berskala besar SDV,” katanya dipetik daripada Berita Harian Singapura.
Bagi melaksanakan perkhidmatan itu, Singapura menerusi Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat berpangkalan di Britain, Delphi Automotive Systems, dan sebuah syarikat baru nuTonomy.
Josephine berkata pusat dan litar berkenaan boleh membantu Singapura membangunkan taraf tersebut dan menggerakkan SDV di jalan raya.
“Ia juga satu langkah penting ke arah merealisasikan wawasan kita di mana SDV digunakan untuk sambungan pertama dan peringkat akhir di bandar kita,” katanya.
Sementara itu, nuTonomy menjangka mempunyai perkhidmatan komersial terhad menjelang 2018 dengan sehingga 75 kenderaan di kawasan tertentu, dengan perkhidmatan seluruh pulau dilancarkan pada 2020.
Syarikat baharu itu, yang menguji kenderaan tanpa pemandu di one-north sejak April, berkata ia menjangka menggunakan kenderaan elektrik yang boleh bergerak hingga 150km sebelum perlu dicas semula.
“Kami mengharapkan ia lebih murah daripada teksi biasa,” kata pengasas bersama yang juga ketua pegawai teknologi nuTonomy, Emilio Frazzoli.
Naib Presiden Perkhidmatan Delphi Glen W. De Vos berkata syarikat itu kini mempunyai enam kenderaan, tetapi menjangka 40 hingga 50 lagi menjelang 2022.
Beliau berkata perkhidmatannya akan mempunyai tambang “kompetitif”.
http://www.freemalaysiatoday.com/cat...-bermula-2018/
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia masih lagi mempunyai taci proton buruk kotor, bas buruk yang mengeluarkan asap hitam. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu buat kat msia maunye pemandu taxi merusuh kat kl sentral , bersaing dgn robot pulak kali ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasni org singapor lak seberang tambak cr keje |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 kos tambang dpt dikurangkan |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 2-8-2016 08:46 PM
Malaysia masih lagi mempunyai taci proton buruk kotor, bas buruk yang mengeluarkan asap hitam.
Tu dah cukup baikkk.....
Dulu Datsun 120y jd taxi tau.... |
|
|
|
|
|
|
|
Perghhhhhhhh...itu Menteri ka? Atau Miss universe? power ranger seh.........Tak tercelen menteri2 Malaya.........double barrel dram rata rata.....
Uwaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
teksi tanpa perompak di malaysia menjelang 2018 |
|
|
|
|
|
|
|
Serbis level tetap old datsun 120y.....khennn?
Huh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Teksi tu, baru la nampak future gitu
Teksi msia mcm 90an gitu.. pastu tokok tambah dgn spoiler, aksesori mengarut mcm din beramboi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa kan.. eurasian tu.. spore tempat eurasian berkumpul
|
|
|
|
|
|
|
|
aku bayangkan teksi tu mcm ironhide..
sekali kena hempuk, die kuar segala bapak senjata yg ada
|
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya dan sedap mata memandang menteri wanita deyols...
Jika dibandingkan dengan menteri wanita malaysia, yang induk pun dah tak lalu nak suap nasi kalau tengok |
|
|
|
|
|
|
|
Wow canggihnya. Bila nk ada kat msia pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Beauty with brain...kheenn?.....bukan macam suetinah pulau ujong dalam board nee, mulut atas bawah koyak rabak...otak pulak tahap pea brain........
Wakakaakaakaka
|
|
|
|
|
|
|
|
We can always dream....
Kah Kah Kah.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Noraini Ahmad pun cantik gak.. slim & glowing gitu.. cuma dia sorang je la kot.. menteri pompuan lain.. sila kurangkan makan mekdi.. hikhik
|
|
|
|
|
|
|
|
meanwhile in malaysia, taxi masih mengugut customer |
|
|
|
|
|
|
|
Tmpak cantik lg ms josephine... |
|
|
|
|
|
|
| |
|