|
Edited by CARI-IIN at 3-8-2016 10:38 AM
Oleh Izzah Abbasy
Permohonan calon presiden Republikan, Donald Trump, untuk mengenepikan tuntutan pelajar Universiti Trump yang mendakwa mereka ditipu berhubung seminar hartanah beliau ditolak seorang hakim AS semalam.
Hakim Daerah AS, Gonzalo Curiel, dalam keputusan bertulis, berkata terdapat "fakta kes yang tulen dan penting" yang menunjukkan sama ada Trump dengan sengaja terbabit dalam skim untuk menipu pelajar Universiti Trump.
Curiel berkata, terdapat banyak bukti menunjukkan Trump tidak menemui, menemubual atau memilih tenaga pengajar Universiti Trump biarpun menyatakan sendiri memilih mereka. - Reuters
Sumber : BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|