CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1792|Reply: 1

Kejayaan Air Asia, Tony Fernandes Buktikan Kebolehan Buat Bapanya!

[Copy link]
Post time 9-8-2016 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: Bloomberg





Ketua pegawai eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes, sejak kecil lagi sudah mempunyai impian untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan.


Tetapi apabila dia beritahu ayahnya mengenai impian tersebut, ayahnya pula mengatakan, "Anda boleh jadi penjaga pintu di Hotel Hilton, saya sudah amat gembira."


Ketika temubual bersama Bloomberg, Tony menegaskan, apa yang dinyatakan oleh ayahnya itu sehingga kini masih jelas dalam ingatannya. Kenyataan yang masih segar dalam ingatan itu, serta kejayaan yang diperolehi Tony setakat ini, sekali gus merupakan bukti yang terbaik buat ayahnya.


Pada Disember tahun 2001, syarikat peribadi Tony yang bernama Tune Air membeli sebuah syarikat penerbangan yang banyak berhutang dengan harga RM1 atau bersamaan dengan AS$0.26, ketika itu Air Asia memiliki hutang sebanyak RM40 million.


Tetapi syarikat itu dalam tempoh masa yang agak pendek iaitu setahun sahaja telah mengubah daripada sebuah syarikat yang merugikan menjadi menguntungkan, sehingga tahun 2015, Air Asia telah mempunyai bilangan penumpang seramai 50 million, memperolehi pendapatan tahunan melebihi 2 billion.


sumber foto: laman rasmi Air Asia





Menurut Tony, Eropah boleh melaksanakan pasaran penerbangan tambang rendah, kenapa Asia tidak boleh? Ketika melakukan penganalisis data, dia mendapati ketika itu hanya 6% rakyat Malaysia yang pernah menaiki kapalterbang, oleh itu peratusan tersebut membolehka dia yakin masih terdapat 94% pasaran yang boleh dilakukan nuntuk menjana keuntungannya.


Dengan menjadikan syarikat penerbangan Amerika Syarikat seperti Southwest, syarikat penerbangan Ireland iaitu Ryanair, syarikat penerbangan Britain iaitu EasyJet sebagai bahan rujukan, Tony melaksanakan perniagaan Air Asia dengan konsep "Now Everyone Can Fly".




sumber foto: Facebook Tony Fernandes





Berapa besar pasaran yang boleh Syarikat Air Asia terokai di rantau Asia?


Kini, terdapat sebanyak 5 hingga 6 syarikat penerbangan di Eropah yang memiliki lebih 500 kapalterbang, namun di rantau Asia hanya Southern Airline bagi negara China sahaja yang mampu berbuat demikian. Tony berpendapat, pasaran di rantau Asia sesungguhnya boleh membuatkan sebuah syarikat penerbangan memiliki 500 hingga 1000 buah kapalterbang.

" Saya ingin menegaskan adalah, sekarang hanyalah permulaan sahaja."




sumber foto: google image





Biarpun, kini semakin banyak syarikat penerbangan merujuk kepada cara "penerbangan tambang rendah", tetapi Tony tetap yakin, persaingan membolehkan industri menjadi semakin bagus.

" Sekiranya ada orang lebih bagus daripada kami, tersepak punggung kami, kalau macam itu jadinya, memang patut kami disepak punggung."


"ersaingan adalah cara yang terbaik untuk memerangsang seseorang menjadi lebih hebat. Saya suka ada saingan, kerana ini memjadikan saya terus rasa lapar, membolehkan saya meneruskan perjalanan saya."- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2016 08:26 PM | Show all posts
Cerita basi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.040370 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list