CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17226|Reply: 137

Nourul Depp Diganggu Lelaki Gila Seks, No. Tel Disebarkan Pekerja Pizza Hut

[Copy link]
Post time 15-8-2016 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-IIN at 15-8-2016 02:05 PM

Oleh Izzah Abbasy

Penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab, 38, atau lebih dikenali Nourul Wahab Depp baru-baru ini menghubungi sebuah restoran makanan segera untuk membuat pesanan, malangnya pekerja tersebut menjawap panggilan dengan nada yang tidak mesra dan secara tidak sengaja juga Nourul terkeluar satu perkataan yang agak kasar.

Gara-gara terlepas perkataan kasar itu, maklumat peribadi penyanyi Nourul Wahab telah didedahkan kepada sebuah kumpulan lelaki gila seks oleh seorang pekerja restoran makanan segera tersebut.

Tindakan pekerja tersebut mengakibatkan dia menerima gangguan daripada beberapa individu dengan tujuan tidak baik termasuk menerima pelbagai ugutan.

"Selepas kira-kira 30 minit telefon saya mula dihubungi oleh orang yang gila seks dan mengajak saya ke hotel. Malah mereka juga menerima maklumat kononnya saya seorang janda," ujarnya.

Nourul meluahkan perasaan geram dan kesal di laman sosial Facebook miliknya.

"Pihak restoran ada hubungi saya untuk minta maaf, saya juga mengaku bahawa keluar satu perkataan yang tidak sepatutnya sehingga mengakibatkan pekerja itu marah.

"Tapi tidak sepatutnya dia menyebarkan nombor dan maklumat peribadi saya kepada pihak lain sehingga menimbulkan ancaman keselamatan,"
katanya.

Nourul berkata, dia sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada malam Jumaat lalu. - CARI Infonet






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2016 01:43 PM | Show all posts
retis ,sikit2 nk saman
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Terlajak perahu bole di undur,terlajak kate terima la padah nye..x memasal je jd pnjg citer..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah perkataan yg nurul tu cakapkan ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 01:54 PM | Show all posts
bagus jugak norul buat macam ni.
xsilap dulu2 pun dia pernah kene gangguan seksual jugak kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
missHIJAU replied at 15-8-2016 01:43 PM
retis ,sikit2 nk saman

She has the right to do so.. sukati jer nak bagi personal info org  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2016 02:03 PM | Show all posts
dlm hal ni, mmg x patut org tu bg no kpd org ketiga.

but retisss, sikit2 SAMAN dan MAHKAMAH!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki dayus gitulah, sakit hati kt perempuan, sebarkan nombor phone kt group bebukan. Pathetic.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2016 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Caner nk dpt no Ah Boy tu ek?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 02:14 PM | Show all posts
kat sini pizza hut dah bole kena hukuman astas personal data provacy act
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sooo berapa ramai dah no customer kne sebar dek operator tipon fast food ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 02:16 PM | Show all posts
jandabergetah replied at 15-8-2016 02:04 PM
Caner nk dpt no Ah Boy tu ek?

cuba kol PHD...pastu kutuk staff yg jwb kol tu, confirm dpt ahboy
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 02:19 PM | Show all posts
yg ko pon ckp xelok kt org dh kenapa. feeling2 star sgt skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 02:42 PM | Show all posts
macam mana yang dia confirm sgt data dia disebarkan oleh pekerja tu?
dia pun call terus place order kejadah..
of course la orang tu take time tya nama no and confirm add..
kalau takut sangat orang tau ko retis, guna la MN.. abis cerita..
kerek orang ko bising.. kerek sendiri tak nampak..
nak orang layan ko elok, then layan orang lain elok-elok..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 02:49 PM | Show all posts
tah apa yg di cakap dia smpai mrh sgt org tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 02:54 PM | Show all posts
tapi tetap tak boleh suka2 bagi details kat third party
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2016 03:08 PM | Show all posts
slamat menyaman
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Berminat nak tahu apa si nourul ni cakap.  Hadek Pizza Hut sila masuk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Iouls x menyangka insan yg bajet2 classy menyumpah jua
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik warna lipstik dia di gambo bawah tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.089182 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list