oleh Adib Za
Rojak dan cendol, kombinasi dua makanan ini memang disukai seluruh rakyat Malaysia. Malah bagi pelancong asing yang bertandang ke sini, sering juga diajak mencuba makanan sedap tersebut.
Jika anda berada berhampiran Desa Sri Hartamas bolehlah singgah sebentar ke gerai Wahab's Cendol yang sangat 'famous' ini.
Ia terletak di The H Fourtcourt, Desa Sri Hartamas. Apa yang paling menarik di sini ialah cendol pulut mangga dan juga durian.
Bukan sahaja orang kita yang selalu memesan menu di sini, para ekspatriat juga memang gemarkan makanan gerai Wahab. Antara lain, anda juga boleh memesan rojak mamak original mahu pun rojak meatball, fusion style!
Memang bikin terliur sahajalah Wahab's Cendol ni! - CARI
Waktu operasi:
Isnin ke khamis 12 tengahari ke 4 petang
Jumaat & Sabtu 7 malam dan keatas
Instagram:
https://www.instagram.com/wahabscendol/
|