CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2364|Reply: 4

Tips Penting Ketika Membeli Telefon Bimbit

[Copy link]
Post time 22-8-2016 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ









Dimasa ini, telefon pintar atau smartphone merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Smartphone mula menjadi kegilaan generasi baru selari dengan perkembangan pesat dunia teknologi abad ini. Terdapat pelbagai jenama dengan fungsi dan harga yang berbeza untuk setiap smartphone dipasaran.


Dengan adanya banyak jenama mungkin menjadi sedikit kesukaran untuk anda memilih smartphone yang bagus. Bagi yang tidak tahu cara memilih telefon smartphone dengan betul dan berbaloi, disini kami sediakan sedikit panduan untuk anda.





1. Bandingkan harga smartphone di kedai-kedai lain
Sama seperti untuk membeli barang-barang lain, membeli telefon bimbit juga perlu melakukan banyak "survey" harga. Bandingkan harga dengan banyak kedai untuk memastikan harga yang anda dapat berbaloi. Jadi jangan terlalu teruja jika anda ditawarkan dengan harga yang konon murah kerana siapa tahu dikedai-kedai lain jauh lebih murah.


2. Pastikan original
Smartphone baru tidak semestinya semua original, kadang-kadang kita terkejut ditawarkan harga yang sangat murah. Tanya betul-betul atau periksa dahulu smarphone tersebut samaada original atau recond sebelum terus membelinya.

3. Jangan terikut-ikut orang atau trend
Tak perlulah terlalu mengikut trend kerana teknologi telefon bimbit sangat laju dan sentiasa ada pengeluaran baru. Jadi berjimat dan ukur lah baju dibadan sendiri. Kalau smartphone masih elok kenapa pula perlu ditukar? Tidakkah itu satu pembaziran.


4. Pilih storan yang tidak mencukupi
Jangan terlalu melihat pada bentuk, kamera dan harga semata-mata. Saiz storan dalam smartphone (internal) adalah yang terpenting kerana ia menentukan berapa banyak sesuatu file, gambar atau video dapat disimpan. Jika saiz storan rendah, smartphone anda akan cepat "hang".

5. Memilih saiz skrin

Bab saiz ni kena ikut kesukaan masing-masing. Jika anda jenis rabun disarankan ambil skrin melebihi 4.0 inci tetapi jika nak senang simpan dalam poket, ambilah skrin bersaiz 4.0 inci kebawah.


Semoga tips yang dikongsikan dapat dijadikan panduan buat anda. Jangan lupa share tips berguna ini dengan rakan-rakan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2016 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by JENABREJAM89 at 22-8-2016 02:19 PM

Salah bod ni .... patutnya di gadjet sana nun ... @admin6 sila2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 03:08 PM | Show all posts
semua point2 kt atas tak valid utk ifon takcaya tanya @dinopower

utk ifon point dia satu saja...takdak duit dok diam2
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 22-8-2016 03:08 PM
semua point2 kt atas tak valid utk ifon takcaya tanya @dinopower

utk ifon point dia satu saja... ...

betul2
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 06:43 PM | Show all posts
noell replied at 22-8-2016 03:08 PM
semua point2 kt atas tak valid utk ifon takcaya tanya @dinopower

utk ifon point dia satu saja... ...

hehe....setuju bebenor. tkyah nk compare2 spec. yg penting ado duit, jalan....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.077211 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list